Monday, May 2, 2011

>> Pemandu wanita

Assalamualaikum..

Bbrp minggu lepas, kecoh jap di media massa berkenaan isu pemandu wanita. Katanya Bung lakinya Zizie Ezette tu, pemandu perempuan biasanya memandu secara bahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu.


Walaupun agak lambat utk aku cakap pasal isu ni, tapi sapa yg kisah? sapa yg kisah plisss pegi basuh periuk belanga kat dapur nun, xyah baca. Takpun g vaccum carpet, asyik harap kat mak kau je, tak guna betol..Hehe.


Aku kan perempuan, mestilah tak stuju ngan pernyataan ini. 'Pemandu wanita' ni terlalu umum. Tak semua drive sesuka hati taw. Ye, aku tak nafikan ramai je pompuan2 drive sambil melenggang kangkung di lane kanan. Ada je yg masuk line lain sesuka hati. Ada je yg belok masuk simpang tak bagi signal.

Tapi, siapa yang:
+ suka mencarut masa drive
+ suka tunjuk isyarat fakyu masa drive
+ drive melulu konon kau kat litar sepang
+ langgar lampu merah
+ kena saman
+ parking sesuka hati
+ tak bagi jalan bila org nak masuk line tu
+ potong Q kat traffic light

paling penting:


Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandu lelaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.

Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.


Tetapi:

Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.


Hehe. So bagi aku, x kisahlah jantan or betina lelaki or perempuan, asalkan memandu dengan bertimbangrasa, x kuar la isu ni. Takyah la nak berbahas2. Tak dinafikan, pemandu wanita ni biasanya agak 'slow' kat jln raya berbanding lelaki yg lebih mahir, tapi sebab depa rasa mahir ni lah menyebabkan depa overconfident, and bawak sesuka hati tok nenek dia. Kebetulan pulak nama jalan tu sama nama ngan tok nenek dia, lagilah dia masyuk kan. Opss mengarut pulak jap..


Ape2 jelah pendapat korang kan. Aku malas nak ckp panjang2 pasal tu sebab aku kan perempuan sejati bak perempaun Melayu terakhir, nanti jadi bias pulak.
Hehe.


Apa apa pun orang luar sana nak cakap, aku sangat2 sarankan agar wanita2 perempuan2 di luar sana yg masih takde lesen memandu, TOLONGLAH ambil. Yang dah ada, jangan sekadar nak simpan dalam purse. Atau pun jgn simpan dlm petibesi kat rumah tu. Takut nak drive?? awaaakk, itu bukan lagi isunya. Apa yg nak takut, stereng ada, brek ada, drive laaaa..


Aku dulu pun takut sangat nak drive. Aku start ambil lesen masa aku 2nd year kat U. Tu pun aku taknak lagi sebab takut! tapi mak aku paksa jugak. 2 tahun lepas tu baru dapat  kau tau. 2 x barukan lesen L. Punya lah lengah2... huhu..

Masa dalam lesen P, 2 kali aku eksiden. 

1. Pegi cium tiang telepon. 
Nak belok masuk kanan tapi tak lepas. Masa tu aku drive kete manual. X reti pulak nak belok kanan. Kiri OK pulak. Pelik..pelik.. Masa tu tayar pecah, skirting depan remuk gila dan banyak lagilah. Tapi Alhamdulillah semua penumpang selamat.

Lepas tu berbulan2 x drive sebab fobia. Tapi sampai bila nak fobia? Sampai bila aku nak g mana2 berhantar, balik berambil ? Tak ke menyusahkan orang? lainlah kalau kau ada driver, aku dah xleh nak cakap apa.


2. Pegi cium belakang kete orang. 
 Masa tu tgh hari yg panas,  tetiba aku gi langgar kete yg brenti nak belok kanan. Aku rasa mcm dia x bagi signal tp dia ckp dia bagi. Ntah. Alaaaaa...sikit je kot. Kecoh je pakcik tu, aku dah mintak maap banyak2, bawak dia g bengkel2 terus orang bengkel cakap sikit je, aku xingat bayar bape kat org tu, rasanya x sampai 3 rat pun. Kete aku pon kemek sikiiiiiit jeww..


Bukan aku nak berbangga aku eksiden, gila ke bangga hal2 mcm ni, tak patot betul. Benda2 yg kena bangga adelah bila anak kau masuk sekolah tahfiz, bila kau jadi bilal setiap hari kat surau, bila kau pergi ceramah maghrib setiap hari, bila kau pergi umrah 4x setahun.. 'hehehehehe'


Takdelah, gurau je. Dun take it serius k, babe. Hehe. Back to the track, lepas aku dapt CDL aku drive kete auto. Bawak keta g kolej spy aku dapat biasakan diri ngan keta. Selagi duk takut, selagi tu xleh drive. Daripada duk takut nak drive kat jalan sempit, nah skrg aku dah bleh g mana2. Takut nak drive kat KL sebab motor suka cilok2 ? sekarang tidak lagi. Yang penting, CUBA n buang rasa FOBIA n TAKUT tu.  Alhamdulillah setakat ni xde dah eksiden. Yang ada cuma saman speedtrap dan kompaun MPKB sebab x bayar parking. Hehe.




Banyak faedah taw kalau boleh drive ni. Yg paling penting, langkah awak lagi panjang. Awak boleh g mana2 sendiri, takyah nak tunggu orang hantarkan. Nak masak, tapi takde santan, boleh g ondespot. Takde shawl utk baju kurung baru? boleh g butik ondespot jugak. Awak berdikari, x bergantung harap kat orang lain. Kalau suami demam ke, g outstesyen ke, boleh g keje sendiri. Ade jiran kakak aku dulu, hasben dia xde kat rumah, cit mitak akak aku hantarkan g keje. Cirit ke apekan pagi2 orang pun nak g keje. Sebab apa dia x drive, sebab hasben dia x bagi.

Ni lagi satu hal. Hasben tak bagi drive. Bagi aku, kalau hasben tak bagi drive tu adalah satu tindakan yang tidak kurang bijak. Ye, tau, sayaaaaang bini, nanti jadi ape2 risau pulak kan. Cuba kau fikir, di masa tgh malam masa kau demam teruk sakit kepala, anak tetiba sesak nafas, camne kau nak drive? Harap kat bini la kan masa ni. Eh lupa pulak, isteri kau xleh drive kau terpaksa telefon ntah sapa2 dtg ambik. Takes time beb !!

Lagi satu jadi mcm contoh kat atas tulah, jiran kakak aku tu.

Nak contoh lagi? takyah la, malas nak taip. Hehe.




Aku ngan mak aku (xtaula kalo akak aku nak join sekali ke tak an) mmg rase x leh blah la kalo wanita bekerja tapi xreti drive. Mak aku kan mmg seorang yg berdikari sangat mmg nyampah ngan orang yg suka bergantung kat suami ni. Mak aku cakap satu je, kalau suami 'takde' nanti, baru duk kalut nak belaja kete ambik lesen. Jangan menyesal la masa tu.




Jadi kepada wanita di luar sana yg ada keinginan nak drive, drive la. Jangan risau. Jangan panik.  Kat traffic light bila awak bawak kete manual tetiba lampu hijau tapi awak x masuk gear satu lagi, rilek, jangan gelabah. Masuk gear slow2. Tak kisahlah orang belakang nak Hon cukup 40 rakaat pun xpe, biar lah. Awak rilek sudah. Kalau orang belakang nak cepat sangat, terbang la~
hehe


Yang paling penting, patuhi peraturan jalan raya dan plis plis plis kamu jangan nakal, kamu janganla 'bersiar-siar' di lane kanan. hehe. Selamat memandu :DD


Sekian


MySpace

0 bakal jutawan:

Post a Comment