Assalamualaikum..
Aku mengaku dah lama aku tak melihat jenazah. (Tak termasuk yg postmortem forensik ). Ada pergi melawat keluarga si mati, namun biasanya bbrp hari slps pemergiannya. Ataupun kenduri tahlil arwah. Tak sempat melihat jenazah yg dikafankan.
Tgh hari kelmarin, 15 Mei, aku teman umi aku pegi melawat jenazah emak kpd Datuk Pa (Mustapha Mohamad). Tak, kami tiada talian persaudaraan, melainkan persaudaraan dlm Islam, tapi umi kenal lah dgn emak beliau. Pernah berjumpa bbrp kali. Aku x pernah jumpa. Balik dari KL pagi Sabtu tu, adik Datuk telefon umi aku nak bgtau perkhabaran duka tu. Dia jg suruh umi aku bgtahu tok sedara aku, Tok Ngah yg baik dgn Allahyarhamah. Aku xtahu nama arwah, tapi umi aku biasa panggil 'Mok', dan dia juga selalunya bahasakan diri dia sbg Mok.
Recently, umi aku ada cakap nak pergi melawat Allahyarhamah yg pd masa tu, sedang sakit. Tok Ngah pun beriya mengajak namun oleh kerana kesibukan masa membataskan, asek x jadi je. Pada petang 14 Mei tu, Tok Ngah sempat berjumpa Allahyarhamah. Katanya Tok Ngah, dia nampak sihat, Ok, macam biasa. Tok Ngah balik ptg tu lebih kurang 6.30 pm. Pagi esoknya, adik Datuk telefon umi aku, bgtahu Mok dah x ada. Umi aku cepat2 telefon Tok Ngah, haruslah terkejut, baru semalanya mereka berjumpa. Arwah meninggal lebih kurang sebelum Maghrib.
AKu teman umi aku pergi rumah Allahyarhamah. Masa kami sampai lebih kurang 12.30pm, jenazah dah siap dikafankan, dah tutup muka semua. Mereka nak 'simpan' lepas solat Zuhur. Subhanallah, ramai sungguh org pergi melawat. Kemudian, semua yg hadir membacakan YaaSin. Ketika doa dibacakan, jenazah diangkat, letak dlm keranda, kemudian keranda ditutup. Then diletakkan kain yg ada ayat2 suci. Aku duduk depan sekali. Aku perhati si lelaki2, aku tak tahulah ank ke saudara ke sapa2 ke, angkat dia letak dlm keranda. Masa tu aku rasa sebak sangat. Nak nangis. Even aku takde kaitan. Mungkin sbb dah lama aku tak tgk situasi itu, aku rasa sebak. AKu duk fikir, apa perasaan dia masa tu, sorang2 duk dalam tu. Pasni nak duk sorang dlm kubur. Yelah, dah org kita duk slalu cakap la kan, kubur masing-masing !
Aku duk terfikir nanti aku mcm mana duk sorang2? Atas dunia ni pun takleh duk sorang2. Duk umah sorang2, bosan. Nak g beli baju sorang2, takbest. Nak g ward sorang2, takbest jugak. Nasib baik induksi nanti ada kawan2 yg dikenali, betapa taknak pergi 'sorang2' padahal ada je budak U lain ! Sebab tulah kita digalakkan menziarah org yg meninggal supaya mendatangkan keinsafan. Betul kan?
Kemudian, mereka solat jenazah, dan dibawa ke masjid berdekatan utk solat sekali lagi dan seterusnya ke tanah perkuburan....... Yang tu, kami x pergilah. Ketika RTM sdg wawancara adik Datuk yg tinggal bersama arwah, kami makan sikit dan terus balik rumah .
Perasaan ni x sama dgn dgn melihat mayat2 di forensik. Ya, sbg seorg medical student, kami kena observe 10 postmortem dan perform 2 postmortem. Macam-macam kes boleh tengok, tapi siriyesly aku ckp, aku tgk dgn xde perasaan. Siap tutup hidung sbb tak tahan dgn bau mayat yg kadang2 dah decomposed. Bunyinya mcm kejam. Yelah, nak observe for the sake of the signature. Kena dapat sign 10 baru boleh perform. Kdg2 tengok dah dekat habis pun ambik sign. Aku yakin ada yg sekapal dgn aku, kan? (hehe). Nak cepat punya pasal, sebab tulah, xtau bila ada case. Tak tau bila polis nak dtg hantar mayat. Penat jgk nak selalu turun ke unit forensik nak tau ada kes ke x. Nak bukak forensiknet pun asek lupa je. Sebab tulah, kot, kesedaran dan keinsafan tu kureng sikit. huhuuu.
Hmm.. akhir kata, aku harap lepas ni aku akan lebih rajin utk menghadiri majlis sedemikian. Semoga, awak, awak, dan kamu juga begitu, supaya kita sentiasa ada 'alarm' utk kembali ke pangkal jalan. Sekian rumusan pendek.
p/s: Tetiba aku teringat saat aku cium arwah datuk aku dulu, sejuknya dahi !
0 bakal jutawan:
Post a Comment