Sunday, May 15, 2011

>> Roy

Assalamualaikum.

Lambat pulak aku tidur malam ni. Padahal esok pagi nak bangun awal, pi ambik mak aku balik dari KL, nun kat KB nun. Yup balik ngan bus je kali nih becoz tak prepare awal2 tiket flight dah melambung ke 200 lebey. Nama pun weekend !! Nak wat camna, ari Rabu org call suh dtg meeting hr Jumaat kat KL, so tergesa2 jugakla. Tak sempat habis kursus haji hari Jumaat tu, aku pegi ambik terus hantar airport!


Apapun, berbalik kepada tajuk utama. ye. ROY. Nama macam eksyen semacam haha. *terbayang Roy Azman* erkk

Poor baby Roy, anak Rumah kanak-kanak Tunku Budriah. Aku pun tak tahu nama sebenar dia. Kat board name letak Roy je. Baby yg aku jumpa masa posting paediatric dulu. Dalam bnyk2 baby yg aku jumpa, Roy yg paling terkesan di hati. Ntah ntah dia adalah bakal menantu aku !! Patutlah dah rasa macam ada bonding ! Takpun dia anak ikan aku esok2. Ahaha seronoknya merepek-kerepek.


First tengok Roy, nampak biasa, lagipun dia bukan dari team aku so tak ambik peduli sgt. Lama-lama dia ada kat ward baru aku tertarik jatuh hati jatuh cinta kat dia. Kami semua ni pelajar yg baik selalu pergi bagi kasih sayang yg tiadanya terbelah bahagi terhadap kanak2 dari rumah kebajikan. So dah selalu tgk kecomelan Roy, aku pun mengaku dia anak aku ahaha.




Tadi tertengok gambar Roy. Rindunya kat baby Roy yang comel.


Roy baby yg baik tapi ngada2. Tapi ngada2 dia tu lah yg tarik attention. Nanges2 bila orang dukung, senyap, orang letak mula la merengek2. Last-last, Kami semua lari. Membebel la Nurse sbb kena g dukung pujuk. Ahaha.


Masa ngah posting paeds, ada parents dtg ambik Roy sbg anak angkat. Sob sob sob sedihnya. Tak, bukannya aku panggil Sobrie utk menyatakan kesedihan aku, tak, jgn salah faham. Ianya adelah efek menangis ya !! Dalam duk sedih Roy nak tinggalkan wad, rasa hepi pun ada sebab masa depan akan dia lebih terjamin.


Then bila aku ke O&G, Roy masih di ward. Nah berapa ramai lagi gadis jatuh cinta kat dia. Dia special tau. Dia pandai main peranan. Bila org main-main ngan dia, mesti dia gelak gelak. Dia bercerita itu ini. Nak berdiri. Meronta2 nak lompat. Bila org dukung bawak jalan2, dia diam je tengok sekeliling.


Bila dia discharge, aku tak pasti sebab O&G kan dah last posting so bizi sikitla, nak sit for Pro-exam lah katekan, nak pergi melawat Roy pun tak sempat ! Tapi masa study week tu, aku peri ward, aku jumpa Roy ! Tapi dia ngah tidur. Huhu. Tak berani nak kacau sebab ada ayah dia yang hensem. Kalau tak hensem aku pergi rentap je *apakah*. Haha. Nama pun dah tukar jadi Jordan. Ya! Lupa lak nama penuh. Huhu.


Tapi.....Kat mana Roy skarang eh? Dah besar mana ye? Mesti dah makin tinggi ni. Kalau ikutkan, mungkin skrg ni umur dia dah dekat setahun. 
Dah cruising ke dia? 
Pegang crayon ngan tangan mana? Lukis apa?
Dia jargon loudly n tunefully?
Boleh pegang sudu suap makanan ke mulut?
Minum ngan gelas sendiri?

DA pulak memalam buta ni.



Ok lah Roy, mummy ngantok la. Esok nak g jemput TokMi pulak. Okey baby, semoga membesar jadi manusia berguna. Capai cita-cita tau ! Tak payah jadi doktor, takbest pun ! ahaha. Dah hensem esok2, jgn jadi palyboy buaya darat, takde untung pun jadi benda tak berguna tu, kan ! Huhu OK Roy, gudnite ! Jangan kencing malam !!



Lagi gambar ROy, rujuk blog lama aku.. huhu malas nak upload balik.

tengok gambar je tau, tak payah baca karangan pjg2 tu. Janji tau ! (sambil tunjuk jari kelingking) huhu

0 bakal jutawan:

Post a Comment