Assalamualaikum lagi.
Aku masih terasa nak menaip. Hehe. Ekceli ada beberapa entry aku yg tersangkut kat dashboard tapi yg tu tolak tepi dulu sebab skrg ni aku nak buat entry yg baru pasal lapor diri pada 29 Mei 2011 utk menjawat tugas di Kementerian Kesihatan Malaysia. Disebabkan tak mau buat paragraph pjg, mari kita buat numbering. YeeeeHawww !!
1. Seawal jam 8.45 pagi (awal ke !) aku dah ada kat Jabatan Kesihatan Negeri kat tingkat 5 Wisma Persekutuan. Kena lapor diri kat situ dulu sebab kena ambil surat tawaran rasmi utk diserahkan kpd Pengarah Hospital. Mak aku teman. Ekceli nak pergi sendiri tapi mak aku na teman jugak! Siap tunggu sampai habis urusan. Huhu. Rasa mcm budak sbb mak ikut sekali huhu.. btw, tenkiu UMI :DD
Semua yg dapat Kelantan lapor diri kat situ, so jumpa la semua kawan2, Fad, Peney, Silah, Elly, Jiroh dan kawan baru, Qayyum !
2. Lepas tu g makan dulu. Prepare utk hari yg hebat. Then pegi satu kedai kecik tepi wisma tu utk print gambar pasport. Aku nak print 4 keping je sebab tak suka gambar tu. Nanti nak ambik gambo yg lain :D
3. Terus ke Pejabat Pentadbiran SUmber Manusia. Eh betul ke nama opis tu ahh lantaklah lebih kurang camtu lah. Kat sini aku stress gila. Tak, bukan sebab layanan tak bagus, Puan Rohani menatang kami bagai minyak yg penuh (okey, hyperbola). Aku stress sebab banyak gila borang nak kena isi. Basically nak tahu personal details je. Geram betul brapa belas kali duk tulis alamat. Alamat rumah kan panjang ! Grrrr. Kalo isi online kan boleh kopipes jew. Sejam duk isi borang tanpa berhenti. Boleh masuk Guinness book of record.
(sekali dia nak 5 keping gamba passport)
4. Tgh hari tu, pergi daftar KWSP. Aku tak terlintas langsung nak kena bukak KWSP ni. Kalo tahu la, masa ngah cuti duk golek-golek tu lagi aku pergi daftar. Takdelah penat hari lapor diri aku ni... (yeay, dah ada KWSP, rasa dewasa selangkah)
5. Pergi Maybank dan bank Islam nak ambik pengesahan passbookless. Hati-hati ye kawan2, bukan penyata akaun ! Masa lapor diri, dia nak salinan muka surat depan buku bank , tapi aku xde, so kena g ambik pengesahan la. Ada org cakap fotostat kad atm je kan tapi salah salah salah mana boleh mcm tu, tak laku.
6. Lepas solat Zuhur, pergi balik kat Puan Rohani. Dia buatkan fail utk kami, kami kan staff HRPZ II hehe. Pastu dia suruh pergi jumpa Penolong Ketua Pengarah (Bhgn Sumber manusia) utk penempatan posting mana. Skrg ada kekosongan kat Medical je, so aku ngan Fad sama2 dipostkan ke Medical Department. AKu redha dgn ketentuan ini dan harap yg terbaik. Tough ooo medical aaaaa...
AKu start tagging pada 1 jun ni. Esok, lepas pergi ke Infection control unit, kena pergi ke Jabatan Pathology selama 2 hari je. Kalo pegi Jabatan Patho seminggu pun takpe :D
waaaaaa ekceli tak mau start bertugas lagi...... huhuhu
7. Kemudian jumpa Pengarah Hospital. Kejap je. Sebab dia ada meeting. Kalo dia takde meeting, kitorang date lama la sket. Phewwww...
8. Jumpa penyelia asrama. Dukacita dimaklumkan kuarters penuh ! 14 Jun baru ada orang nak keluar, tapi waiting list dah 9 orang. Kawan2, doakan aku dapat hostel. Aku tak betah nak drive ke hospital pada pukul 6 pagi, juga tak sanggup drive balik pukul 10 malam. Huwaaaa...
9. Tamat sudah agenda lapor diri.
10. Kawan aku pergi ambik sebab nak g beli hadiah kawin utk kenduri kahwin kawan beliau esok. Aku suka benorr bab2 beli hadiah ni.. I just loikkkee it...Singgah makan nasik kat KB mall sebab masa tu baru perasan rupanya tak makan nasi lagi pada hari tersebut!!
11. Pukul 7 sampai rumah. Keletihan.
12. Malam main internet. Update blog.
13. Bye, nak tido da, esok pukul 9 kena ada kat Infection Control Unit utk 'cuci tangan'
Time kasih kerana bagi perhatian yg kudus :D
0 bakal jutawan:
Post a Comment