Sunday, May 29, 2011

>> Induksi




credits to google


Assalamualaikum.. 

Hehe, saja aku letak 3 gambar di atas, nak kongsi keindahan ciptaan Tuhan, Saranghae Oppa ! Haha ekceli aku baru abis tengok Secret Garden semalam so masih dlm mood Saranghae Oppa la. Even aku bukanlah pengikut Korean series yg tegar tapi aku enjoy gila tgk Secret Garden :D. Sila tonton ye..

**********************************

Fuhh fuhhh fuhhh tiup habuk-habuk kat blog ni. Lama tak menjenguk. Hai, terima kasih yg sudi datang. Walaupun tak de pape yg best tapi aku tahu masih ada yg sudi dtg menjenguk sepanjang sepeninggalan aku ni hehe.


Jadi seperti yg aku war-war kan before this, yes, aku dah pergi kursus induksi. Aku rasa bersalah sebab ada negative perception toward this kursus induksi. Sebenarnya bagus tau kursus ni. Bagus, bagus :D Aku beruntung sebab kena 4 hari je, sebab dulu tempohnya adlh 2 minggu, then cut to 5 days, then 4 hari cuma yay !!


Aktiviti dia OK la cuma aku agak terkilan sebab xde sesi riadah SEBAB AKU BARU BELI SPORT SHOES A DAY BEFORE !!  aaaa  buat penuh beg je bawak sport attire. Kalo bgtahu awal2 kan senang. Tulah aku duk wondergirl awal2 lagi, nak buat riadah kat mana sebab aku kena kat Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut KL (Sebelah LORONG HAJI TAIB) , betul2 tgh bandar kan so mustahil la nak riadah. hishhhh.. Mcm2 andaian budak2 ni buat termasuklah berkayak di Tasik Titiwangsa, treasure hunt di Plaza GM, explorace di Chow Kit la hahahaha..


Basically, kursus ni dibuat sbg basic exposure pasal kerajaan. Sepanjang 4 hari tu dia duk ajar pasal Perintah Am Persekutuan Bab A, B, C, D, E, F dan G. (perintah am = General Order). 

BAB A: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 

BAB B: ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

BAB C: CUTI

BAB D: TATATERTIB

BAB E: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB FPERUBATAN

BAB G: WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA


Aku malas la nak hurai satu-satu. Tak cukup masa ni, bizi gitew haha. Nanti ada exam on the last day. 20 soalan objektif, 2 soalan subjektif. Hehe pandai2 la nak hidup kan !
Selain tu ada ceramah dari SPRM (rasuah). Erm, tak best ah talk dia, bosan. Lagipun dah tgh hari so macam malas-la-aku-nak-dengar huhhu. Kalau korang yg x pergi lagi ni malas nak dgr ceramah tu, atau nak lebih pemahaman pasal perintah am ni, google la dan baca dulu. Lagi pun korang ngah cuti tido-bangun-tido-bangun kan, so baca la menda ni supaya hidup nkorang lebih berfaedah hehe


Dah nama pun ceramah, mesti la agak bosan kan. Masa talk pasal Perintah Am Bab B, D,E aku tertidur. Maaf ya encik, saya mmg tak tahan. Then, talk yang lain-lain tu, okayla, boleh survive, especially bab GAJI DAN ELAUN. Haha. Interaktif gila. Semua berbulu mata duk kira gaji bila campur2 ngan elaun sume. Yang duk Sabah Sarawak bestla korang, dapat extra 1K. Btw, gaji korang sampai 6k ke? (Jelesss). Pastu duk buat division konon brapa tolak EPF, bagi mak, shopping, makan dll. Hehe. Mula2 aku pun terpengaruh tapi bila fikir2 balik, ah malaslah aku nak bagi2 mcm tu, at the end aku tau, plan tu msti ntah ke mana nye.. Yg aku dpt agak, sebulan dua gaji ni still tak dapat nak buat saving sbb banyak projek perlu dijalankan. Huhu. X pe, semua orang ada plan masing-masing kan, tak perlu nak bertekak plan sapa yg lagi bagus, best, bernas dan jitu, sambil merendah-rendahkan plan org lain sbb kita adalah nakhoda yg mengemudi kapal masing. A lu pikir lah sendiri hehe


Berkenaan penempatan Housemanship. Dia announce penempatan ni masa first day. Kat surat penempatan tu siap ada template untuk rayuan tukar hospital in case sapa2 tak dapat hospital idaman. Yang ni penting tau. Nasihat aku, baik korang prepare dokumen2 tambahan utk buat rayuan, utk kukuhkan lagi reason kenapa nak tukar hospital. Contohnya, kalau mak sakit, bagi surat salinan rujukan doktor. Ni utk menjamin korang betul2 dapat hospital yg korang nak. Ni nasihat utk semua tau, termasuk dgn mereka yg guna 'kabel' sebesar alam. Guna kabel tak menjamin utk dpt hospital idaman, korang berkemungkinan kena buat rayuan jugak, believe me ! Jangan duk duduk relax je, be prepare OK. Surat rayuan tu kena tulis tangan je atas kertas A4 kosong. Nanti dpt surat tu korang tahulah mcm mana. 


Btw, at first aku dapat Hospital Kuala Terengganu, my second choice.  Bila dpt hosp ni, aku rasa macam okey, tak buat rayuan pun takpe tapi kesian pulak kat mak aku duk mengharap gila2 siap bagi ayat utk aku tulis buat rayuan. Then aku buat la.... Lepas hantar tu, rasa menyesal pulak. Ntah kenapa, aku rasa mcm nak pergi je kat KT tu... Hmmm.. tapi doa ibu mmg makbul, aku buat rayuan tukar Hospital Kota Bharu,  Alhamdulillah, dapat, 'berkabelkan' Allah Taala. :)
2 orang je dak batch aku dapat Hospital KB. (Hai Fadila :D). Ekceli sedih gakla sebab aku nak semua kawan2 yg mintak HKB ni dpt sama2.. tapi...... rezeki mereka kat tempat lain.... AKu harap korang semua dapat bekerja dgn baik ek kat sana. Jaga diri hiasi peribadi. Cewah berseloka pulak.


Erm.. mcm tulah serba sedikit pasal kursus induksi ni. Jgn ada negative perception sbb mmg kita kena tahu pun pasal menda2 mcm tu kan. Mcm aku, daripada tak tahu boleh pilih either skim pencen atau nak mencarum kwsp, skrg dah tahu. Haa, mcm tu lah lebih kurangnye hehe..


 Okaylah.. aku tak mau dah taip panjang2. Untuk Peristiwa Lapor Diri, baca next entry.

Tenkkiu :D




p/s: Sarangha Oppa !!


0 bakal jutawan:

Post a Comment