Saturday, May 7, 2011

>> Hobi baru

Assalamualaikum..

Hari ni Sabtu. Awal pulak bangunnya, lepas bangun Subuh xde mood nak sambung tido. Tak elok sambung tido lepas Subuh, tertutup pintu rezeki. Namun begitu sekali sekala tido jgk, especially weekend. Weekdays? jgn harap even aku sdg berholidei sbb nak hantar Idham ke sekolah. 


Lepas solat, ternampak paper hari Rabu hari tu yg x baca lg, baca seround. Sambung paper smalam yg x abis dibaca. Then campak2 baju dlm mesin basuh, masak air, tadah air tapis.. zap zup zap dah siap kain dibasuh, jemur pulak, masukkan kain yg lain. zap zup zap dah siap basuhan kedua. Jemur semua. Mandi-manda, cari spek dekat setengah jam (tulah, letak merata), panaskan enjin keta, g beli nasi utk breakfast. Saat ini, adik-adikku yg tak guna disayangi tu masih membuta. Balik beli nasik, kutip2 pinggan2 mangkuk letak dlm sink, kemas2 meja makan, buat air teh utk diorg, but coffee for me. Makan sorang sebab lapar sgt, mls tggu org lain. Then Umi aku join. Siap makan, online la, ape lg.. hehe.. pasni la sapu rumah.


Ekceli br sampai rumah dari Shah Alam pd ptg semalam. Impulsive thought of going to Shah ALam. Sebab g SA mcm x logik, mungkin org lain x percaya, iaitu sebab nak g JAKEL. Huhu. Aku suka g beli kain. I like. Duk kat Klate ni pun dh brapa kali pergi Salem Aziz Textile kat Kubang Kerian tu. Kalau g situ, pekerja2 sampaikan bos dia pun dah kenal Umi aku. Kalo x beli pun, g tgk2 pun jadilah. Minggu lepas sempat ngap sepasang. Hehe.



Umi aku mmg ada meeting pada 6/5 kat KL so mmg dia kena pegi KL. Dia ckp, alang2 tu nak pegi Jakel SA utk beli baju raya. Semangat kan? Dalam duk nak pegi tanak pegi aku pun terikut sama. Petang rabu bertolak pegi. Sampai SA pagi Khamis. Lama betol perjalanan sebab driver berenti tido, mengantuk. Kitorg check in hotel betol2 blkg Jakel. Haha. Gila betol. Lepas lunch tu, terus g layan nafsu. 


Kenapa aku suka Jakel SA? sebab bangunan dia besar, lapang, dan kain dia best2 dan cantik2. Ada corak yg x terdapat di cawangan dia kat sini. Betol, aku tau la aku kan dah selalu pegi. Kalau g Salem Aziz Textile kat Wakaf CY lagila x best. Rasa malas nak tgk. Macam corak outdated je. Err, sesedap mulut aku mengata kan. Takpe, aku just buat perbandingan, nyah ! Lagi satu, murah beb ! Aku kan ada 4 beradik pompuan, campur umi aku jadi 5 pompuan so kalau 2 pasang sorang dah jadi 10 pasang. Kat sini, mmg affordable, beli sesuka hati.


Aku ada 1 mentaliti. Baju utk beraya, kena ada lining baru cantik. Baju yg x de lining nampak biasa. Tak setuju dgn mentaliti aku? takpe. Jangan tembak aku sudah. Terpulang kpd pendapat msg2, kan. Baju lining, especially chiffon yg ada batu2 tu nampak cantik sangat. Geram betul aku tengok rasa nak borong semua! Grrr ! ROAR!! nasib baik x keje lagi, kalo dh keje aku rasa duit habis buat bli kain je. Huhu. 


Setelah 4 jam berhempas pulas di situ, akhirnya aku ngan Umi pulang dengan 23 psg kain. Tambah 3 psg baju melayu. Bermacam jenis kain, ada chiffon, cotton, viscose, silk dan apa2 lagilah aku pun tak tahu. Nak harga terendah? tiada masalah lagi dgn adanya Umi aku. Haha. Tu  x sempat tengok langsir, sbb betis ni dah sakit2. Nak tgk beaded organza, RM68/meter tp umi ckp lain kali lah.. :((


Pagi esoknya terus bertolah balik Kelate. Puas, senyum lebar. Itulah, aku x kisah kalau cuti tak pergi makan angin kat mana2, duk rumah pun OK asalkan boleh shopping. Hehe. Sbb bagi aku, kalau g holiday mana2 lagi best kalau holiday berasaskan shopping, bukan setakat gi tengok, pastu ambik gamba sana sini, gaya sama. Nak beli sourvenir pun berjimat cermat. Aku kureng skit mcm tu. Aku ni ada masalah mental, aku rasa seronok bila duit keluar. Sebab tulah bila JPA masuk, aku rasa gelisah sbb rasa duit banyak kat tgn ni kena habiskan cepat2. Betul, tak tipu. Thats why bila hujung sem duk termenung je kat bilik merenung poket yg papa kedana. Aku harap ada insan dari AKPK dpt selesaikan masalah aku ni.


Korang tahu tak beli kain ni boleh tawar menawar mcm kat pasar? Ye, kat Jakel, mahupun Gulati's dan lain2 lagi, boleh nak tawar, even pekerja tu cakap best price la, sale ke. Contoh kalau kain harga RM 128, dan kononnya harga b4 this RM 169/ 179, korang still blh tawar. Beli la dlm 4 -5 psg, insyaAllah dia akan bagi RM100/psg. Gulati's pun, dari RM 220 boleh jadi RM 200 kalau pandai bodek. Betul nak, mak tak tipu. Kalau pekerja x bagi, suruh dia panggil bos, berunding dgn bos lagi senang.


Jadinya sejak sebulan lepas, aku ada 9 psg kain baru, termasuk 2 psg hadiah dari Bandung.
2 dah siap jahit.
2 ada ngan tukang jahit.
5 psg  xde tindakan lagi. Nak hantar ke tukang jahit dlm masa terdekat.

Kalaulah aku pandai menjahit kan best, tiap2 minggu leh buat baju baru.. weeeee... Itupun, 'kalau' la kan !



Kalian jgnlah salah faham, taklah, bukan nak menunjuk2, show off atau apa. Apa sgtla semua ni kalau dibandingkan dgn korang yg suka shopping kat Gulati's, Euro Moda dan apa2 lagilah jenama2 yg aku x kenal. Kan. Aku just nak share hobi baru ni ngan korang je. :D
So, korang toksah duk banyak cerita, ajak mak, kakak, adik, abang, abah, Mak tok, Tok Mek pergi shopping kat Jakel. Nyata korang akan senyum sampai cerebellum.




**Nak tgk gambar? ALa, nanti aku upload ek, sbb bluetooth laptop ade problem. Kabel toksah ckplah mmg dah hilang bertahun-tahun2 lalu.


Sekian, tata. Selamat weekend. 



p/s: teringat kat baju raya tahun lepas. Pakai sekali masa raya je, then sampai sekarang dah tak pakai langsung. Apepun, I Love u !!

3 bakal jutawan:

Elya Roza said...

hi dear...klo nak order kukisss email yeh :)

elyaelmo@gmail.com

Haji Yusuf said...

gilo shopin

Hidayah Juta said...

Thanks Ejay :D

Post a Comment