Wednesday, April 27, 2011

>> UPU

Assalamualaikum..
Tadi, masa duk kemas2 file, terjumpa kertas ni. Borang UPU yg diisi lepas matrik dulu. 
HAHA
tergelak sorang2 aku tgk.




Kalo orang lain yg nak wat medic, isi PERUBATAN je dari kotak 1 sampai kotak 8.
Aku plak, isi satu je, dgn harapan mintak2 la tak dapat. Huhu. Bising umi tgk, marah2 dia sebab dia yg sungguh2 nak aku wat medic ni. Aku plak, konon la kan terorist kimia nak wat farmasi la pulakk.. kihihkih



 CGPA matrik aku tak dapat 4 flat sebab 2nd sem kat matrik tu, math aku dapat A- je. Oh math kesayangan...Sedeyyy sobsobsob. Kan orang cakap MESTI 4 flat kalo nak wat medik. So, aku mcm suka jugakla sbb ade chance la utk takwat medic, Haha, keji mmg keji kesian mak aku.


Ditakdirkan, aku dapatla 1st choice. Umi aku mintak maaf ngan aku sebab doa ibu mmg dimakbulkan. Huhu. Then termasuklah aku ke Faculty of Medicine of National University of Malaysia. Hehe.


 Masa 1st year, aku agak memberontaklah jugak. Dlm hati duk pikir aku tak suka aku tak suka. Menci3. Siap terfikir, kalo aku ada fail 1st sem masa 1st year tu, aku NAK TUKAR COURSE. Cirit betol haha. Ditakdirkan lagi, aku lulus, borderline je pun. Cis apesal aku lulus haaa ??! haha.. 
Tapi mmg miserable gila la masa tu. Dengan konsep Problem Based Learning (PBL) yg blur2, aku rasa betol2 lost. Rasa taktau amende yg aku stadi tuuu??? Aku tak reti sgt nak stadi secara konsisten. Orang lain cepat je adapt, siap stay up gila2 stadi. Benci gila aku tgk, aku anggap mereka poyo haha. Mereng betol aku masa tu. kihkih :O


Pastu aku mula terima slow2. Stadi jela ikut cara aku. Tak payah nak peduli kat org lain. Tak payah nak compare diri dgn org lain. Tak payah nak saiko2 ngan org lain. Tak payah nak compare result dgn org lain. Kan. Setiap org kan ada cara sendiri, just go on dgn cara yg dia suka & selesa. Mungkin bg sesetengah org, dgn mengcompare diri dgn org lain, akan tersuntik semangat utk belajar. Kalau dia rasa OK mcm tu, just go on jugaklah kan, asalkan jgn ada sifat pntingkan diri sendiri dan hasad dengki.


Dalam duk nak taknak minat tak minat, Alhamdulillah tamat jugak 5 tahun tu. Sekarang tunggu masa nak KONVO. hehe. Suka SUKA :D

B4 this cakap induksi bulan 6, tetiba je depa cakap induksi 23 MEI ni plak. Aduss, rasa tak cukup masa pulak nak bermalas-malasan kat rumah.


**************************************************************************

Sebenarnya, sejak skolah lagi aku tak suka subjek BIOLOGY. Tak, bukan salah cikgu Bio. Tidak sama sekali. 
Cikgu Ayu, Cikgu Wan Nor, they did a very GREAT job. Cikgu dah mengajar bermati-matian, bersungguh, dgn extra classessssss bagai.
Aku je rasa weak sangat2 dalam subjek tu (disamping fizik yg mmg KO. hehe)
Exam, nak dapat B pun mmg nazak. Hmmm.. Naseb je SPM dapat A2.


Tapi bila org tanya cita2, haruslah cakap doktor supaya nampaklah diri tu bercita2, berpandangan jauh dan berparadigma. Hehe. Hakikatnya....................


Rindunya nak belajar mathematics. Rindu Cikgu Zul n Cikgu Azmi. hehe. Dgn gaya slamber  je ajar Add math, Ckgu Zul bagi latihan kat buku teks je. Kelas lain, nah beratus latihan stiap hari. Tapi tulah, dia ada cara tersendiri nak mengajar dan apa yg diajar tu, mmg berbekas dihati :D
Cikgu Azmi plak, buat lawaaaaakkk je. Takleh menjawab, nanti kena drop oleh beliau. HAHA..


Adoi.. kenangan betul blaja kat zaman sekolah. Duk cuti2 ni, rasa nak je melawat skolah. Hari tu aku lalu, dah banyak sangat pembangunan. Bangunan baru berlambak2. Padang dah tinggal suku. Ke skrg dah takde langsung? Ada lagi ke Dewan NIk Yahya (nama pengasa skolah Naim tu). Koop ada lagi? Water cooler? hehe. Bangunan form 4 n form 5 ada lagi tak eh?


Errmm... dah habis belaja.......
skolah rendah: 6 tahun.
skolah menengah: 5 tahun.
matrik: 1 tahun
degree: 5 tahun

total: 17 tahun masa dihabiskan utk belajar, menuntut ilmu.
Sekarang tiba masa untuk bekerja.

MARI MENJADI PENJAWAT AWAM 
:D


hehe, sekian.

p/s: Oit makcik, nak sambung master tak? taknak!!! huhu

7 bakal jutawan:

zack said...

Hehe.As salam, pape pon tahniah kerana berjaya dlm hidup. Byk lg benda perlu di tempuhi. Perjalanan hidup yg sebenar baru bermula. Kerana 17 thn mengajar untuk menjadi siapa diri anda sekarang. All the best and hope appreciate what your mother do for u. Love her as much as u can.

Hidayah Juta said...

hehe.. owaaiiittt. same goes to u! hehe

Anonymous said...

dayah,citerla sikit saat2 mu mengenali aku ngeh3

Anonymous said...

hadi menulis diatas..hoho

Anonymous said...

dayah! rindu zaman sekolah...huhu...aku pun supo mace mum..bio xpenah dpt A last skali spm je baru bleh A..sadis2...

Hidayah Juta said...

saat pertama kali terpandang kelibat Hadi, jantung ini terus berdegup kencang !! dan2 tu jugak ambik beta blocker :DDDDD

Hidayah Juta said...

@ayu: bio takbest kan.. huhu.. i dunlikeit.. tapi terpaksarelakan untuk suka... huuu

Post a Comment