Sunday, April 24, 2011

>> Houseman

Assalamualaikum..

Nah, baca link ni sebab takmau kopipes.


Doktor latihan siswazah kena kerja 40 jam berterusan


Bagi yg tak tahu, selepas seorang pelajar perubatan tu menamatkan pengajian di sekolah perubatan, dia akan bergelar Houseman dan diwajibkan untuk menjalankan Housemanship di hospital yg ada Pakar selama 2 tahun wajib. 


Kiranya dalam ranking Doktor, Houseman / House Officer (H.O) ni adalah yang paling cinonet sebab itu selalu dibuli seperti kuli. Hehe. Biasanya orang kampung panggil 'doktor praktikal'.  Lepas tamat housemanship 2 tahun, dia akn bergelar Medical Officer (M.O). Pada masa ni lah dia boleh sambung buat Master program untuk melayakkan dia bergelar Specialist. Tak kisahlah dalam bidang apa yang dia nak. Suka hati dia/ bapak/auntie dialah nak jadi specialist dlm bidang apa pun takde sapa nak halang. Seterusnya berusalah doktor itu untuk mendapatkan Associate Professor, seterusnya Professor. Nak lagi, buatlah jasa2 baik2 lalu kan mendapat Datuk. Lagi, Tan Sri, Prof Emeritus etc etc. Ape2 darjah kebesaran atau kekecilan kalau dia nak pun boleh dapat. 


Kalo tak mau prektis, buatlah bisnes (inspired by Dr Che Rozmey) ataupun join politiklah, cepat sket femes dan kaya raya mengalahkan jalan raya.


Yeah, tak dinafikan dulu kita kekurangan Doktor sebab tulah bnyk sekolah perubatan tetiba tumbuh dgn sesuka hatinya mengalahkan cendawan yg tumbuh selepas hujan lebat. Dah banyak sangat orang yg nak masuk medik, nah ambik kau berlaku pula lambakan houseman kat ngr kita ni. Kalau dulu satu department ade sorang dua je HO tp skrg ni berpuluh2. Kalau dulu sorang HO jaga 60 patient pd 1 malam, skrg ni 2,3 HO jaga sorang patient. Kalo dulu sorang HO oncall EOD (every other day), sekarang ni mcm Dr dlm artikel tu ckpla, 6-7 kali. 


Adeh, ye, kalau nak dibandingkan dgn zaman dulu, mmg la banyak bezanya. Dunia dah maju zaman dah berubah. Ada sorang specialist aku anti sgt kalo orang bezakan zaman dulu dan sekarang. Dia ckp kalo zaman dulu bagus sgt, knape tak dtg hospital naik basikal. Hehe. I loike.


Nama pun baru start kerja dgn ilmu2 teori, haruslah doktor tu menjalani latihan sebelum betul2 boleh berdikari merawat orang. HO kerja under specialist's supervision. Buat kerja2 wad dgn gigih, isi borang itu borang ini untuk patientsss, hantar patient ke radiology, endoscopy. Pagi petang siang malam ambik darah. Sekejap2 kena review patient. Buat VE (vaginal examination) beratus kali. 

"Doktor, branula tercabut "
"Doktor, betul ke dose ubat ni"
"Doktor, buat admission clerking patient bed 6, 10, 14, 26 new case"
"Doktor, CBD (urinary catheter) patient mcm nak tercabut"
"Doktor, darah  ambik tadi x cukup,utk GXM mmg kena banyak"
"Doktor CVL (central venous line) dah psg ke?"

dan lain2 lagi. Kalo nak list semua benda dalam logbook tu alamak patahla 'jejari runcing' ni. heheh.


Bizi tak bizi tak? huhu. HO pun ade logbook dia jugak. Sebab tu kekadang berebut pulaklah ngan medical student UKM yg mmg diketahui tahap kerajinan yg tak terbelah bahagi oleh batu belah batu bertangkup. Batu api apatah lagi. Takdelah, bukan nak ckp kerja doktor ni paling bagus, paling sibuk dan paling penting kat dunia ni. Tak, tak bermaksud begitu. Cuma kan dah bnyk kali kluar paper Hosmen duk cerita xde life la, mak ayah komplen anak jarang balik rumah la asek tido di sepital la so dats why aku nak cerita jgk kat sini.  Nah aku pernah cerita pasal oncall kat entry ni.

MySpace

Truly, dalam duk tak sabar nak start kerja, ade gak la rase risau berdebar mampu ke aku buat nanti? Elok tak performance aku nanti? Mampu ke aku nak jg nama baik UKM? dan mcm2 lagilah.. Bila dah dihantar ke hospital tu hospital ni, bercampur2 lah para graduan dari pelbagai sekolah perubatan. Bila buat keje tak elok sket, orang akan tanya, 'U ni graduate mana hah?' tu soalan biasa. Sebagai contoh, masa aku wardround dulu, Hosmen tak sempat nak siapkan keje b4 grandwardround tu. Dia baru je lepas tagging (baru masuk posting tu). 
Bos tanya, " where were u graduated from" 
" XXXXX"
 " what hv u done in XXXXX ???? "
Gaya tanya tu mcm kau hanya bermain2 masa belajar dulu.


Abah aku, kawan2, pakcik2 selalu cakap kesian tgk HO kena tengking depan org ramai, depan patient. Hurm.. susah nak ckp. Mungkin ada sebab dia betul2 buat salah banyak kali, sebab tu kena tengking2.  Mungkin dah dipesan tapi x buat jugak. Mungkin dia terlupa, tak sengaja tak buat keja elok. Ataupun ade jgk jenisnya bos yg baran.AAhh banyak sgt kemungkinannya tapi dlm apa2 situation pun tak ira sapa yg salah, HO will be pointed to. Nasib badan. 


Macam penulis surat tu cakap:

Houseman takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu. 
YES THIS IS REALLY RIGHT. 


Juga yang ni:
Mungkin orang di luar mudah mengatakan ‘Ala, kerja biar ikhlas, jangan merungut’ tetapi realitinya kalau anda di situasi seperti ‘houseman’, apa anda sanggup? 

Hari tu, aku ngan Umi bawak nenek aku pegi klinik. Dr perempuan. Umi aku ni mesra sangat nak bagitahu aku ni fresh graduate tggu masa nak hantar posting. Dr tu ckp, dia masih ingat lagi masa dia hosmen dulu, ada 1 hari yg dia anggap neraka. Masa tu dia pregnant. Dia kerja start kul 7 pagi tu, nonstop sampai petang esoknya. Perghhh. Dia ckp kalo skarang dia diberi duit beribu2 pun takkan pernah sanggup nak ulang benda2 tu. Huhu.


Eventhough mcm tu, but it was a good practise. Dr tu nasihat jugakla, buat betu2l masa HO tu. Jangan give up. Jangan quit, sayang sangat nak ambk degree sampai 5-6 tahun, orang cuti 3 bulan kau cuti sebulan, orang cuti sebulan kau cuti seminggu. Hmm..Yang penting kena sabar dan kuat semangat. Apa pun pendapat mereka ttg Housemanship, aku harap nanti aku dapat buat betul2 dn enjoy. 2 years will move on very fast. 2 tahun je, sabar2 ! Lepas dah dapat lesen tu, kau cabutlah nak g mana2 pon. Hehe.


Uuuu, risau risau risau.

Hari pengumuman result.  Tahniah, doktor2 muda. Semoga terus gigih dlm housemanship.
picture credit to Nurulhuda Rahman


Sayangilah HO anda setiap hari


MySpace MySpace

3 bakal jutawan:

LadyInPink said...

Saya paham...mmg susah jadi HO nie.. huhu...

Unknown said...

wahh...
susah jugak eh...btw, goodluck kay!!! :)

Anonymous said...

jadi ho ni..buat la seribu kebaikan,,satu kesalahan yg kte buat walaupun minor,itu yg specialist nampak,belumlg kerenah patient,nurses,radiographer,smua nk tunjuk pandai tp xkemana pun

Post a Comment