Assalamualaikum...
Sekarang ni dah 3 minggu kat rumah. Cuti habis belajar. HEAVEN !! Eh Eh dah 3 minggu? LoL ! Dah 3 minggu rupenye cis buat2 x perasan pulak dah ! Aku duk berlegar2 je kat rumah je selama 3 minggu, except 4 hari iaitu 9-12 April tu g KL, nak uruskan barang2 yg masih bersisa kat kolej kesayangan KTDI. Bosan? taklah tak bosan langsung even duk umah je sebab banyak menda jugak nak dibuat oleh makcik kau ni..
Kenapa tak bosan tak lain tak bukan karena adanya budak Idham itu. a.k.a Boe. Setiap hari duk uruskan budak bertuah tu. Pagi2 jgn harap aku nak bgn lambat sebab lepas solat Subuh tu nak kena bergaduh ngan budak tu dah. Bergaduh nak kejut g skolah la bukan bergusti tangan. Budak tu, punyalah SUSAH gila nak bangun pagi. Siyes susah, kau goncang badan dia setengah jam pun belum tentu bangun. Sampaikan kdg2 aku ngan Umi usung si demok tu letak kat bilik air, simbah air baru dia bangun. Percik air kat muka? heh, sori bolayan ! Haha. Kenapa usung? sbb aku / Umi x larat nak dokong manusia yg beratnya 40 kilo itu.
Ok bila dah masuk bilik air, bagi berus gigi OKlah sikit. bolehlah tinggal dia mandi sendiri tapi kena berjaga2 jugak kot2 dia main air pulakk. Kena selalu ketuk pintu toilet sebab dia mandi kunci pintu haha. Dah siap mandi kena bagi towel pulak, lap2, pakaikan spender, baju n seluar sekolah. Kalu awal lagi pakai bedak, sikat rambut. Tapi biasanya lambat la. Masa ni, henfon, laptop juga broadband kena sorok betul2 sebab kalau dia terjumpa either one, alamatnya makin lambat la nak keluar dari rumah.
Setelah bersiap2 ala kadar, (biasanya aku tak mandi lagi), aku ngan Umi keluar la hantar Boe tu. Biasanya awal mcm mana pun rancang nak keluar, dekat 7.30am jgk kluar rumahnya. Wait!! tak boleh hantar mcm tu je, kena suap nasi dulu sebab kesian dia g sekolah nanti lapar. So singgah beli nasik sebungkus. Then park keta tepi pagar sekolah. In the meantime, umi suap dia nasi AYAM GULAI (yes, it MUST be ayam gulai or he wont eat) dan dia pakai stoking n kasut.
Dah siap students baca doa, selawat, barulah aku g hantar dia ke kelas. Yes, kena hantar sampai ke pintu kelas. Kdg2 dia x bagi hantar so let him go pastu telefon cikgu kelas, Boe dah sampai kelas ke belom. And ofkos dia akan sampai jugak. Akhirnya setel hantar ke sekolah diwaktu pagi.
Then aku ngan Umi akan pusing2 cari makan. Biasalah rakyat Kelate, makan pagi harus pusing satu kampung. Dan wajib 'Nasi Berlauk'. Pekerja2 kerajaan pun (swasta pun apa kurangnya), lepas naik punchcard haruslah keluar cari makan. Tak percaya, cuba kau pergi Wisma Persekutuan tu pukul 8.30-9.00 am. Ahh, takpun kul 10, 11 maksud aku, anytime lah, pasti kau nampak mereka berduyun2 ke cafe ataupun gerai2 di sekitarnya. Okey takde keje nak g wisma, kau pergi Lundang, Kedai kat Pokok Ceri atau Nasi Katil. Dulu aku pun x tahu tempat ni tapi sejak balik ni lah Umi aku rajin bawak bekfes kat sini pulak. Jgn tak tahu, aku bekfes dgn manusia2 berkemeja smart, berbaju kurung cantik2. Maksud aku, mereka mengular la tu. Haha.
Taklah, mane de aku fitnah. Umi aku pon keja kat Wisma jugak dulunya, selalu je lesap dari opis. Nak wat cane kan. Rilek sangat kerjanya. hehe.
Eh berbalik kepada Boe, pukul 12 dah kena g jemput dimuka pintu kelas. Ya, wajib ambik dimuka pintu ye kawan2. Bukannya tunggu dalam kereta sambil tekan hon ponponpon. Pastu singgah kedai beli lunch beliau iaitu AYAM GULAI or he wont eat.
Itulah kisahnya bagaimana aku menghabiskan masa cuti dgn Idham Juta. Tu tak termasuk g beli eskrem, beli beras, bawang bersama2 lagi. Tu baru suku (xsampai separuh pun lagi). Penat tau nak uruskan budak ni. Wonder girl betul mcm mana Umi aku blh wat SORANG2.
Kisah ini hanya berlaku jika aku ada kesabaran yg tinggi diwaktu pagi. Kalau tak, "Tokse bangun, xpayah g sekolah ! Tido lah !!!!! " Heheh.. Purata ke sekolah adelah 3-4 hari seminggu. Takpe, ade Guru Besar kisah??
eh tak jumpa pulak gamba ngan baju sekolah. Xpe, lenkali aplottt..
Kbai ;)
1 bakal jutawan:
im wondering. hidayah juta. juta tu dtg dr mana kak? mind to share? :)
yeay! boleh la jadi follower blog ni
Post a Comment