Wednesday, May 18, 2011

>> Kerja

Assalamualaikum..


Bangun pagi tadi, rasa macam nak demam. Tekaknya rasa sakit di dalam sana. Rasa bnyk secretion. Terbatuk2, bersin. Alamak, nak demam ke ni. Dah lama kot x demam. 
Malamnya tu, aku mimpi pergi jumpa doktor, ckp sakit tekak.
aku: doktor, saya demam dan sakit kat pharynx
Dr: Pharynx kat bhgn mana?
aku: Err, pharynx..larynx er er
Haha. siap mimpi tu. Mungkin maksud Dr tu, oropharynx, nasopharynx ke? Haha. Dlm mimpi pun bebal. Cisdale betol!


So hari ni aku menghabiskan masa ibarat org demam. Terbaring atas katil. (padahal tiap2 hari pun mcm tu.heheh). Puas baring, aku duduk. Puas duduk, aku berdiri. Takleh berdiri terus dari baring sbb ada Postural Hypotension, nanti gelap mata! BP aku mmg agak low lah, borderline je. Biasanya, 96/56mmHg. Normal BP range adalah 100-140mmHg untuk systolic, 60-100 utk diastolic. Ideal, 120/80mmHg. 
Alhamdulillah, skrg dah tak demam, cuma ada sore throat je sikit. Minum air banyak2, ye diri sendiri !




Haissh.. masa bersenang lenang tinggal bbrapa hari je. 7 hari lagi, iaitu 24 Mei ni, bermula lah detik yg akan membawa aku ke alam pekerjaan. Kursus Induksi. Barangsiapa yg mahu menjadi penjawat awam haruslah melalui kursus tersebut. Tamat induksi 27 Mei, terus menyarung white coat. Kot putih. Yang doktor selalu pakai bak dalam cerita melayu tu. Jadi jangkaannya, mula kerja Isnin 30 Mei. Tarikh2 penting dlm diari kerjaya. Tidak dilupa, 30 Mac yg membawa aku ke alam baru ini.


Bersedia atau tidak, itu belakang kira. KKM dah bagi sebulan lebih cuti utk segala persiapan. Wah sebulan lebih gitew. Macam la lama sangat, kan. Pejam celik-pejam-pejam-pejam-celik eh dah sampai surat dari Bahagian Pengurusan Latihan. Iyelah, kami dari sekolah perubatan ni sering dahagakan cuti. Masakan tidak, dikala kalian bercuti 3 bulan di akhir semester, kami hanya mendapat separuh. Kalian bercuti sebulan? Kami 2 minggu cuma. Tahun akhir lagilah sengsara tiada cuti semester yang rasmi. Menumpang kasih di public holiday. Syukur Malaysia banyak kaummya jadi kutiplah sikit2 hari cuti.
(apsal bahasa aku mcm lain je?)


Hari tu, berjumpa dgn kawan Umi utk suntikan semangat. Sebagai seorg yg sudah masak dgn bidang perubatan, banyk yg diceritakan. Paling penting katanya, jgnlah buat hal, jgnlah quit ketika housemanship. Kalau tidak, habislah 5 tahun kerahan tenaga itu. U have the degree but, you are nothing.


Aku dikira beruntung kerana grad awal bbrapa tahun sebelum berlakunya lambakan doktor muda. Walaupun skrg ini sudah menjurus ke arah itu namun syukur masih ada tempat utk aku, dan kawan sejurusan. Itulah, ramai ye org nak jadi doktor rupanya. Banyak sekolah perubatan yg kebanyakannya tumbuh for granted. Nak untung. Recognized atau tidak, itu cerita lain kali. Yang penting dpt untung. Mahal kan yuran pengajian. Syukur aku ditanggung JPA. Terima kasih pembayar2 cukai di luar sana kerana membantu saya menghabiskan pengajian. Syukur juga mendapat tempat di UKM. Jadi nanti akan dibekukan kemunculan kursus perubatan, mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016. Sefaham aku, ia tidak melibatkan yang sedia ada, cuma tak akan bukak medical school yang baru. Cukuplah 33 medical school (11 IPTA, 22 IPTS) dgn lebih kurang 3000 houseman dihasilkan setahun. Sekarang ni,  secara purata nisbah satu pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:600. Target utk tahun 2020 adalah 1:400 sebab ini adlh nisbah optimum utk negara membangun. Nah, dah terlebih dari cukup. Dengarnya nanti, dah ada degree pun kena sit for exam, maknanya siapa lulus akan dpt kerja, siapa yg tidak, akan jadi JOBLESS DOCTOR !


Dunia perubatan kini pun sudah tidak semudah dahulu. Dulu senang2 je nak bukak klinik, jadi general practitioner (GP). Tapi mungkin nanti skrg siapa2 yg nak bukak klinik kena ada master in family medicine contohnya. Akan digazetkan nanti (correct me if dah digazetkan). Maknanya yang bukak klinik tu adalah seorang specialist. Pakar. Msyarkt skrg ni kan lebih suka jumpa pakar terus. Tak puas hati dgn GP, terus minta referral letter ke Pakar. Lagipun ada GP yg buat kerja sambil lewa. Nak wat camana kan, depa guna konsep ibarat Klinik Aku Bukan Klinik Bapak Hang.




Aku kan selalu duk cakap, nanti tak mau dah sambung belajar. Nak keje rilek2 je, tak mau kejar ape-ape dah. Silakan kawan2 yg nak jadi professor Emeritus. Tapi bila fikir balik, erm, blh ke mcm tu. Cukup bagus ke jadi doktor stakat blajar 5 tahun? 5 tahun je kot. Doktor skrg berlumba2 nak buat itu, ini, berlumba2 nak jadi speialist paling muda. Even aku masa undergraduate pon dah buat research, publish paper. Itu undergraduate, takkan postgraduate lagi teruuk kan. Sepatutnya selepas habis 5 tahun tu kena get ready utk belajar selama 10 tahun lagi. Belajar banyak lagi benda2 baru, teori2 terkini.. Tapi.. nak sambung belajar bukan senang. Bukan senang nak dapat join Master Program, bukan mudah untuk ambik MRCP, MRCPCH, MRCOG... tapi tak mustahil, sebab ada orang yg pernah melaluinya. Adooi, bila fikir balik benda-benda, sesak otak aku yg kosong ni. Takpelah, tak payah fikir lagi. Kdg2, kita x payah fikir sesuatu masalah sbb ia akan selesai dgn masa. Tgklah nanti masa houseman, kecenderungan aku ke arah mana. Kalau xde cenderung2, aku jadi duta produk kesihatan pun takpe, bukak bisnes (again, inspired by Dr Che Rozmey, hehe).




Eh, dgr cerita, tak tahulah khabar angin ke apa, nanti nak buat shiftwork utk houseman. Ala, yg macam nurse tu. Diorang nak try buat pilot study utk bbrp hospital dulu, tgk mcm mana Pros & Cons dia. Tapi nanti, kalau shiftwork, xde la bonus on-call. Hilangla RM1000-1200. Pastu nanti xde jgk elaun kritikal sbnyk RM750. Nah, barulah tinggal seciput gaji dokter. kehkehkeh. Doktor yg miskin. Yes, money is a matter for me. Tak kira ikhlas mana pun kerja, duit pun perlu jugak. Takde duit, nak bagi anak makan apa? Nak kirim apa kat mak tiap2 bulan? Hehe. Tapi mcm susah je nanti. Susahlah org berkenaan nak susun jadual. Mana nak letak houseman yg cover ward? yang pegi labour room? yang duk kat A&E? yang duk kat endoscopy? Kesian kat ketua houseman nak susun jadual. (eh ketua houseman ke susun jadual? huhu). Tu tak kira yg nak tukar tempat, emergency leave, sakit demam bla3.. arrhh, rumit juga ya !




Perasan tak, mlm ni aku perpandangan jauh dan berparadigma !! (excuse me, apa maksud paradigma ye? mesti korang pun tak tahu kan? kihkihkih). Matured jugak rupanya ya aku ni. heheh. EH korang tak ngantuk ke? biasanya korang tido kul bape? biasanya aku dah tido masa ni. DUk rumah, wat do u expect? Tido malam yg banyak, sepatutnya aku prektis tak tido malam, yg aku bakal hadapi dlm seminggu dua ni. Uuu, takowt ! Tak nak On-call boleh, tapi nak elaun dia ! heheh. $_$ 




Apalah nasib aku agaknya ya masa houseman nanti? Dapat ke tak Hospital idaman aku tu? Beruntungnya orang yg ada kabel besar, tak payah risau, nama dah ada kat hospital yg depa nak. Zaman kabel kan, nak wat cane. huhu. Best tak induksi? *bencinya nak kena brainwash*   Mesti ada nye ceramah politik. Nanti mesti ada perang mulut, gaduh2 macam aku pergi kursus asas BTN pertengahan tahun lepas. Nyampahnya ! Kenapa perlu macam ni? Diorng ni x sedar ke semua orang benci dgn agenda bodoh diorang tu? Kalau diorg duk guna isu video sex, isu agama kat sana, memang lahanat betul la.. !!








(entry x dpt dihabiskan dgn baik sbb penulis semakin emo, btw, dia kirim salam)
:P

3 bakal jutawan:

akma said...

haha..gelak sorang2 pg2 buta ni bace cik dayah juta ni punye new entry..(sy follower blog awk..wow peminat ni..nak sign~~~)heee

[MH] said...

waaaa. takut memikirkan masa depan bila bc blog kak ni :(

Hidayah Juta said...

akma:no akma mana ni? Setulakma ke? hehe..


Fathy: jangan takut sebab anda seorang yg optimis dan berkebolehan.. pasti boleh menghadapi apa jua yg situasi yg mendatang...

Post a Comment