Tuesday, May 10, 2011

>> Kek keladi

Assalamualaikum.


Aku yakin sgt, tak ramai manusia di luar sana yg suka makan kek keladi. Kan. 
Kenapa?
Ntah. tanya la depa, pahal tanya aku. Huhu

Ahhh, aku terlalu prejudis terhadap kek keladi. Maafkan aku kek, seharusnya aku bertanya dahulu,
Korang suka makan kek keladi? Siapa yg x suka makan sila angkat kening kanan.



Dulu, aku pun xsuka. Sebab apa, sebab x suka la. Rasa mcm xsedap. Di saat aiskrim keladi menjadi kegilaan ramai orang, aku hanya mampu berkata 'keladi, YUUCKKSS'
Tiada alasan kukuh utk aku menolak keladi dlm hidupku, namun sebagai alasan, deria rasa lidahku tidak mampu menerima kehadiran sejenis makanan yg bernama, keladi.

Itu dulu.
With time, people changed.
Sekarang,
Aku SUKA.
MySpace
Suka yg sedap jer. Hehe. Mestilah semua orang suka yg sedap. Ada ke org pegi kedai kek cakap akak ada tak kek paling tak sedap saya nak beli. Sah, sewel.
Cara nak buat kena teliti betul2. Tersalah langkah, lain pulak jadinya. 
Kdg2 peniaga buat for the sake of nak jual. Bahasa mudahnya, org berniaga, aku pun nak berniaga jugak. Aku pun boleh buat juga. *Semangat Malaysia boleh yg tak bertempat*

Mungkin kalian berbisik eeii, di zaman chocholate indulgence ni pun ade lagi manusia mkn kek keladi, Two toes down !! 
Ahaha, lidah masing2, babe ! 

Baru-baru ini, tak baru sgt pun, iaitu sebulan lepas, aku berkesempatan merasa kek keladi yg fullamak, masyuk giler weyh. Kek keladi plg sedap pernah dirasa. *air liur meleleh* Adunan yg diadun dgn penuh kasih syg, dgn perahan santan hasil dari pokok kelapa yg ditanam sendiri, dgn ubi keladi masak ranum direbus empuk, membuatkan siapa yg merasa pasti akan berkata nak lagi, nak tempah, nak tempah ugak.

Siapa sangka di saat aku kepingin sangat2 nak meratah kek keladi, nah hambik kau sekotak kek tiba di pintu rumah.

Sekotak kek keladi berserta cupcakes.

caption: Selamat Hari Jadi Norhidayah (instead of Nor Hidayah =,=)


Tgklah, kek yg tebal, dgn setiap lapisan keladi yg berselang seli dgn vanilla cake, aaum, best best :D
Cupcakes? Toksah banyak cerita, sedapnya hingga menjilat ibu jari kaki.

Kek ini dibawakan khas ketika menerima kunjungan sebuah keluarga ke rumahku, sebagai hadiah harijadi aku pd hujung March, juga sebagai tanda perkenalan 2 keluarga yg bakal bersatu. Kelak. Tak. Tahu. Bila. Lagi. Jangan. Tanya.
MySpace

Terima kasih diucapkan kpd mereka yg bersusah pyh dlm menjayakan kek keladi yg lazat ni, espeshelly 'umi'.


barulah kena dgn pantun;
Terima kasih daun keladi.
Ada masa hantar la lagi.
(orang bagi betis nak paha)


Sekian.



p/s: sorrylah beb, xsempat korang nak rasa, aku dah habiskan semua.
p/s/s: Kalau nak order boleh komen kat sini. Lokasi pembuat kek: London Lundang, Kota Bharu.

5 bakal jutawan:

Anonymous said...

dayah! sape? cepat story mory ngn aku!

TiA said...

hahaha...ayu semangat nk tau yg tu je eh?? igt ke nk tempah...hik hik~

Hidayah Juta said...

ahahaha.. shedapnye kek homemade ni.. cupcakes pun homemade juge.. dap!

Anonymous said...

tape2...aku akan korek jugok rahasia itu...tungguuuu

syazwanie sidik said...

Bestnye..caner nak order ni

Post a Comment