Monday, May 30, 2011

>> Lapor diri 29 Mei 2011



Assalamualaikum lagi. 


Aku masih terasa nak menaip. Hehe. Ekceli ada beberapa entry aku yg tersangkut kat dashboard tapi yg tu tolak tepi dulu sebab skrg ni aku nak buat entry yg baru pasal lapor diri pada 29 Mei 2011 utk menjawat tugas di Kementerian Kesihatan Malaysia. Disebabkan tak mau buat paragraph pjg, mari kita buat numbering. YeeeeHawww !!


1. Seawal jam 8.45 pagi (awal ke !) aku dah ada kat Jabatan Kesihatan Negeri kat tingkat 5 Wisma Persekutuan. Kena lapor diri kat situ dulu sebab kena ambil surat tawaran rasmi utk diserahkan kpd Pengarah Hospital. Mak aku teman. Ekceli nak pergi sendiri tapi mak aku na teman jugak! Siap tunggu sampai habis urusan. Huhu. Rasa mcm budak sbb mak ikut sekali huhu.. btw, tenkiu UMI :DD
Semua yg dapat Kelantan lapor diri kat situ, so jumpa la semua kawan2, Fad, Peney, Silah, Elly, Jiroh dan kawan baru, Qayyum !


2.  Lepas tu g makan dulu. Prepare utk hari yg hebat. Then pegi satu kedai kecik tepi wisma tu utk print gambar pasport. Aku nak print 4 keping je sebab tak suka gambar tu. Nanti nak ambik gambo yg lain :D


3.  Terus ke Pejabat Pentadbiran SUmber Manusia. Eh betul ke nama opis tu ahh lantaklah lebih kurang camtu lah. Kat sini aku stress gila. Tak, bukan sebab layanan tak bagus, Puan Rohani menatang kami bagai minyak yg penuh (okey, hyperbola). Aku stress sebab banyak gila borang nak kena isi. Basically nak tahu personal details je. Geram betul brapa belas kali duk tulis alamat. Alamat rumah kan panjang ! Grrrr. Kalo isi online kan boleh kopipes jew. Sejam duk isi borang tanpa berhenti. Boleh masuk Guinness book of record. 
(sekali dia nak 5 keping gamba passport)


4.  Tgh hari tu, pergi daftar KWSP. Aku tak terlintas langsung nak kena bukak KWSP ni. Kalo tahu la, masa ngah cuti duk golek-golek tu lagi aku pergi daftar. Takdelah penat hari lapor diri aku ni... (yeay, dah ada KWSP, rasa dewasa selangkah)


5.  Pergi Maybank dan bank Islam nak ambik pengesahan passbookless. Hati-hati ye kawan2, bukan penyata akaun ! Masa lapor diri, dia nak salinan muka surat depan buku bank , tapi aku xde, so kena g ambik pengesahan la. Ada org cakap fotostat kad atm je kan tapi salah salah salah mana boleh mcm tu, tak laku.


6.  Lepas solat Zuhur, pergi balik kat Puan Rohani. Dia buatkan fail utk kami, kami kan staff HRPZ II hehe. Pastu dia suruh pergi jumpa Penolong Ketua Pengarah (Bhgn Sumber manusia) utk penempatan posting mana. Skrg ada kekosongan kat Medical je, so aku ngan Fad sama2 dipostkan ke Medical Department. AKu redha dgn ketentuan ini dan harap yg terbaik. Tough ooo medical aaaaa...
AKu start tagging pada 1 jun ni. Esok, lepas pergi ke Infection control unit, kena pergi ke Jabatan Pathology selama 2 hari je. Kalo pegi Jabatan Patho seminggu pun takpe :D 
waaaaaa ekceli tak mau start bertugas lagi...... huhuhu


7.  Kemudian jumpa Pengarah Hospital. Kejap je. Sebab dia ada meeting. Kalo dia takde meeting, kitorang date lama la sket. Phewwww...


8.  Jumpa penyelia asrama. Dukacita dimaklumkan kuarters penuh ! 14 Jun baru ada orang nak keluar, tapi waiting list dah 9 orang. Kawan2, doakan aku dapat hostel. Aku tak betah nak drive ke hospital pada pukul 6 pagi, juga tak sanggup drive balik pukul 10 malam. Huwaaaa...


9.  Tamat sudah agenda lapor diri. 


10.  Kawan aku pergi ambik sebab nak g beli hadiah kawin utk kenduri kahwin kawan beliau esok. Aku suka benorr bab2 beli hadiah ni.. I just loikkkee it...Singgah makan nasik kat KB mall sebab masa tu baru perasan rupanya tak makan nasi lagi pada hari tersebut!!


11. Pukul 7 sampai rumah. Keletihan.


12. Malam main internet. Update blog.


13.  Bye, nak tido da, esok pukul 9 kena ada kat Infection Control Unit utk 'cuci tangan'


Time kasih kerana bagi perhatian yg kudus :D

Sunday, May 29, 2011

>> Induksi




credits to google


Assalamualaikum.. 

Hehe, saja aku letak 3 gambar di atas, nak kongsi keindahan ciptaan Tuhan, Saranghae Oppa ! Haha ekceli aku baru abis tengok Secret Garden semalam so masih dlm mood Saranghae Oppa la. Even aku bukanlah pengikut Korean series yg tegar tapi aku enjoy gila tgk Secret Garden :D. Sila tonton ye..

**********************************

Fuhh fuhhh fuhhh tiup habuk-habuk kat blog ni. Lama tak menjenguk. Hai, terima kasih yg sudi datang. Walaupun tak de pape yg best tapi aku tahu masih ada yg sudi dtg menjenguk sepanjang sepeninggalan aku ni hehe.


Jadi seperti yg aku war-war kan before this, yes, aku dah pergi kursus induksi. Aku rasa bersalah sebab ada negative perception toward this kursus induksi. Sebenarnya bagus tau kursus ni. Bagus, bagus :D Aku beruntung sebab kena 4 hari je, sebab dulu tempohnya adlh 2 minggu, then cut to 5 days, then 4 hari cuma yay !!


Aktiviti dia OK la cuma aku agak terkilan sebab xde sesi riadah SEBAB AKU BARU BELI SPORT SHOES A DAY BEFORE !!  aaaa  buat penuh beg je bawak sport attire. Kalo bgtahu awal2 kan senang. Tulah aku duk wondergirl awal2 lagi, nak buat riadah kat mana sebab aku kena kat Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut KL (Sebelah LORONG HAJI TAIB) , betul2 tgh bandar kan so mustahil la nak riadah. hishhhh.. Mcm2 andaian budak2 ni buat termasuklah berkayak di Tasik Titiwangsa, treasure hunt di Plaza GM, explorace di Chow Kit la hahahaha..


Basically, kursus ni dibuat sbg basic exposure pasal kerajaan. Sepanjang 4 hari tu dia duk ajar pasal Perintah Am Persekutuan Bab A, B, C, D, E, F dan G. (perintah am = General Order). 

BAB A: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 

BAB B: ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

BAB C: CUTI

BAB D: TATATERTIB

BAB E: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB FPERUBATAN

BAB G: WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA


Aku malas la nak hurai satu-satu. Tak cukup masa ni, bizi gitew haha. Nanti ada exam on the last day. 20 soalan objektif, 2 soalan subjektif. Hehe pandai2 la nak hidup kan !
Selain tu ada ceramah dari SPRM (rasuah). Erm, tak best ah talk dia, bosan. Lagipun dah tgh hari so macam malas-la-aku-nak-dengar huhhu. Kalau korang yg x pergi lagi ni malas nak dgr ceramah tu, atau nak lebih pemahaman pasal perintah am ni, google la dan baca dulu. Lagi pun korang ngah cuti tido-bangun-tido-bangun kan, so baca la menda ni supaya hidup nkorang lebih berfaedah hehe


Dah nama pun ceramah, mesti la agak bosan kan. Masa talk pasal Perintah Am Bab B, D,E aku tertidur. Maaf ya encik, saya mmg tak tahan. Then, talk yang lain-lain tu, okayla, boleh survive, especially bab GAJI DAN ELAUN. Haha. Interaktif gila. Semua berbulu mata duk kira gaji bila campur2 ngan elaun sume. Yang duk Sabah Sarawak bestla korang, dapat extra 1K. Btw, gaji korang sampai 6k ke? (Jelesss). Pastu duk buat division konon brapa tolak EPF, bagi mak, shopping, makan dll. Hehe. Mula2 aku pun terpengaruh tapi bila fikir2 balik, ah malaslah aku nak bagi2 mcm tu, at the end aku tau, plan tu msti ntah ke mana nye.. Yg aku dpt agak, sebulan dua gaji ni still tak dapat nak buat saving sbb banyak projek perlu dijalankan. Huhu. X pe, semua orang ada plan masing-masing kan, tak perlu nak bertekak plan sapa yg lagi bagus, best, bernas dan jitu, sambil merendah-rendahkan plan org lain sbb kita adalah nakhoda yg mengemudi kapal masing. A lu pikir lah sendiri hehe


Berkenaan penempatan Housemanship. Dia announce penempatan ni masa first day. Kat surat penempatan tu siap ada template untuk rayuan tukar hospital in case sapa2 tak dapat hospital idaman. Yang ni penting tau. Nasihat aku, baik korang prepare dokumen2 tambahan utk buat rayuan, utk kukuhkan lagi reason kenapa nak tukar hospital. Contohnya, kalau mak sakit, bagi surat salinan rujukan doktor. Ni utk menjamin korang betul2 dapat hospital yg korang nak. Ni nasihat utk semua tau, termasuk dgn mereka yg guna 'kabel' sebesar alam. Guna kabel tak menjamin utk dpt hospital idaman, korang berkemungkinan kena buat rayuan jugak, believe me ! Jangan duk duduk relax je, be prepare OK. Surat rayuan tu kena tulis tangan je atas kertas A4 kosong. Nanti dpt surat tu korang tahulah mcm mana. 


Btw, at first aku dapat Hospital Kuala Terengganu, my second choice.  Bila dpt hosp ni, aku rasa macam okey, tak buat rayuan pun takpe tapi kesian pulak kat mak aku duk mengharap gila2 siap bagi ayat utk aku tulis buat rayuan. Then aku buat la.... Lepas hantar tu, rasa menyesal pulak. Ntah kenapa, aku rasa mcm nak pergi je kat KT tu... Hmmm.. tapi doa ibu mmg makbul, aku buat rayuan tukar Hospital Kota Bharu,  Alhamdulillah, dapat, 'berkabelkan' Allah Taala. :)
2 orang je dak batch aku dapat Hospital KB. (Hai Fadila :D). Ekceli sedih gakla sebab aku nak semua kawan2 yg mintak HKB ni dpt sama2.. tapi...... rezeki mereka kat tempat lain.... AKu harap korang semua dapat bekerja dgn baik ek kat sana. Jaga diri hiasi peribadi. Cewah berseloka pulak.


Erm.. mcm tulah serba sedikit pasal kursus induksi ni. Jgn ada negative perception sbb mmg kita kena tahu pun pasal menda2 mcm tu kan. Mcm aku, daripada tak tahu boleh pilih either skim pencen atau nak mencarum kwsp, skrg dah tahu. Haa, mcm tu lah lebih kurangnye hehe..


 Okaylah.. aku tak mau dah taip panjang2. Untuk Peristiwa Lapor Diri, baca next entry.

Tenkkiu :D




p/s: Sarangha Oppa !!


Friday, May 20, 2011

>> Cinta Terakhir



Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



Wednesday, May 18, 2011

>> Gambar yg bergerak


Assalamualaikum..

Taknak cakap banyak, just nak buat korang rasa dizzi sikit lepas tengok gambar2 kat bawah ni hehe.

Klik pada gambar utk tumbesaran yang sihat, dan utk effect lagi masyuuukk.
Yang penting, fokus ! Jangan cuba menidakkan apa yg anda lihat ! Dan lihat dgn mata hati juga ya..

































































Heheh. Terima kasih kerana menonton !!


source: Encik Google yg berpengetahuan luas :D


>> Kerja

Assalamualaikum..


Bangun pagi tadi, rasa macam nak demam. Tekaknya rasa sakit di dalam sana. Rasa bnyk secretion. Terbatuk2, bersin. Alamak, nak demam ke ni. Dah lama kot x demam. 
Malamnya tu, aku mimpi pergi jumpa doktor, ckp sakit tekak.
aku: doktor, saya demam dan sakit kat pharynx
Dr: Pharynx kat bhgn mana?
aku: Err, pharynx..larynx er er
Haha. siap mimpi tu. Mungkin maksud Dr tu, oropharynx, nasopharynx ke? Haha. Dlm mimpi pun bebal. Cisdale betol!


So hari ni aku menghabiskan masa ibarat org demam. Terbaring atas katil. (padahal tiap2 hari pun mcm tu.heheh). Puas baring, aku duduk. Puas duduk, aku berdiri. Takleh berdiri terus dari baring sbb ada Postural Hypotension, nanti gelap mata! BP aku mmg agak low lah, borderline je. Biasanya, 96/56mmHg. Normal BP range adalah 100-140mmHg untuk systolic, 60-100 utk diastolic. Ideal, 120/80mmHg. 
Alhamdulillah, skrg dah tak demam, cuma ada sore throat je sikit. Minum air banyak2, ye diri sendiri !




Haissh.. masa bersenang lenang tinggal bbrapa hari je. 7 hari lagi, iaitu 24 Mei ni, bermula lah detik yg akan membawa aku ke alam pekerjaan. Kursus Induksi. Barangsiapa yg mahu menjadi penjawat awam haruslah melalui kursus tersebut. Tamat induksi 27 Mei, terus menyarung white coat. Kot putih. Yang doktor selalu pakai bak dalam cerita melayu tu. Jadi jangkaannya, mula kerja Isnin 30 Mei. Tarikh2 penting dlm diari kerjaya. Tidak dilupa, 30 Mac yg membawa aku ke alam baru ini.


Bersedia atau tidak, itu belakang kira. KKM dah bagi sebulan lebih cuti utk segala persiapan. Wah sebulan lebih gitew. Macam la lama sangat, kan. Pejam celik-pejam-pejam-pejam-celik eh dah sampai surat dari Bahagian Pengurusan Latihan. Iyelah, kami dari sekolah perubatan ni sering dahagakan cuti. Masakan tidak, dikala kalian bercuti 3 bulan di akhir semester, kami hanya mendapat separuh. Kalian bercuti sebulan? Kami 2 minggu cuma. Tahun akhir lagilah sengsara tiada cuti semester yang rasmi. Menumpang kasih di public holiday. Syukur Malaysia banyak kaummya jadi kutiplah sikit2 hari cuti.
(apsal bahasa aku mcm lain je?)


Hari tu, berjumpa dgn kawan Umi utk suntikan semangat. Sebagai seorg yg sudah masak dgn bidang perubatan, banyk yg diceritakan. Paling penting katanya, jgnlah buat hal, jgnlah quit ketika housemanship. Kalau tidak, habislah 5 tahun kerahan tenaga itu. U have the degree but, you are nothing.


Aku dikira beruntung kerana grad awal bbrapa tahun sebelum berlakunya lambakan doktor muda. Walaupun skrg ini sudah menjurus ke arah itu namun syukur masih ada tempat utk aku, dan kawan sejurusan. Itulah, ramai ye org nak jadi doktor rupanya. Banyak sekolah perubatan yg kebanyakannya tumbuh for granted. Nak untung. Recognized atau tidak, itu cerita lain kali. Yang penting dpt untung. Mahal kan yuran pengajian. Syukur aku ditanggung JPA. Terima kasih pembayar2 cukai di luar sana kerana membantu saya menghabiskan pengajian. Syukur juga mendapat tempat di UKM. Jadi nanti akan dibekukan kemunculan kursus perubatan, mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016. Sefaham aku, ia tidak melibatkan yang sedia ada, cuma tak akan bukak medical school yang baru. Cukuplah 33 medical school (11 IPTA, 22 IPTS) dgn lebih kurang 3000 houseman dihasilkan setahun. Sekarang ni,  secara purata nisbah satu pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:600. Target utk tahun 2020 adalah 1:400 sebab ini adlh nisbah optimum utk negara membangun. Nah, dah terlebih dari cukup. Dengarnya nanti, dah ada degree pun kena sit for exam, maknanya siapa lulus akan dpt kerja, siapa yg tidak, akan jadi JOBLESS DOCTOR !


Dunia perubatan kini pun sudah tidak semudah dahulu. Dulu senang2 je nak bukak klinik, jadi general practitioner (GP). Tapi mungkin nanti skrg siapa2 yg nak bukak klinik kena ada master in family medicine contohnya. Akan digazetkan nanti (correct me if dah digazetkan). Maknanya yang bukak klinik tu adalah seorang specialist. Pakar. Msyarkt skrg ni kan lebih suka jumpa pakar terus. Tak puas hati dgn GP, terus minta referral letter ke Pakar. Lagipun ada GP yg buat kerja sambil lewa. Nak wat camana kan, depa guna konsep ibarat Klinik Aku Bukan Klinik Bapak Hang.




Aku kan selalu duk cakap, nanti tak mau dah sambung belajar. Nak keje rilek2 je, tak mau kejar ape-ape dah. Silakan kawan2 yg nak jadi professor Emeritus. Tapi bila fikir balik, erm, blh ke mcm tu. Cukup bagus ke jadi doktor stakat blajar 5 tahun? 5 tahun je kot. Doktor skrg berlumba2 nak buat itu, ini, berlumba2 nak jadi speialist paling muda. Even aku masa undergraduate pon dah buat research, publish paper. Itu undergraduate, takkan postgraduate lagi teruuk kan. Sepatutnya selepas habis 5 tahun tu kena get ready utk belajar selama 10 tahun lagi. Belajar banyak lagi benda2 baru, teori2 terkini.. Tapi.. nak sambung belajar bukan senang. Bukan senang nak dapat join Master Program, bukan mudah untuk ambik MRCP, MRCPCH, MRCOG... tapi tak mustahil, sebab ada orang yg pernah melaluinya. Adooi, bila fikir balik benda-benda, sesak otak aku yg kosong ni. Takpelah, tak payah fikir lagi. Kdg2, kita x payah fikir sesuatu masalah sbb ia akan selesai dgn masa. Tgklah nanti masa houseman, kecenderungan aku ke arah mana. Kalau xde cenderung2, aku jadi duta produk kesihatan pun takpe, bukak bisnes (again, inspired by Dr Che Rozmey, hehe).




Eh, dgr cerita, tak tahulah khabar angin ke apa, nanti nak buat shiftwork utk houseman. Ala, yg macam nurse tu. Diorang nak try buat pilot study utk bbrp hospital dulu, tgk mcm mana Pros & Cons dia. Tapi nanti, kalau shiftwork, xde la bonus on-call. Hilangla RM1000-1200. Pastu nanti xde jgk elaun kritikal sbnyk RM750. Nah, barulah tinggal seciput gaji dokter. kehkehkeh. Doktor yg miskin. Yes, money is a matter for me. Tak kira ikhlas mana pun kerja, duit pun perlu jugak. Takde duit, nak bagi anak makan apa? Nak kirim apa kat mak tiap2 bulan? Hehe. Tapi mcm susah je nanti. Susahlah org berkenaan nak susun jadual. Mana nak letak houseman yg cover ward? yang pegi labour room? yang duk kat A&E? yang duk kat endoscopy? Kesian kat ketua houseman nak susun jadual. (eh ketua houseman ke susun jadual? huhu). Tu tak kira yg nak tukar tempat, emergency leave, sakit demam bla3.. arrhh, rumit juga ya !




Perasan tak, mlm ni aku perpandangan jauh dan berparadigma !! (excuse me, apa maksud paradigma ye? mesti korang pun tak tahu kan? kihkihkih). Matured jugak rupanya ya aku ni. heheh. EH korang tak ngantuk ke? biasanya korang tido kul bape? biasanya aku dah tido masa ni. DUk rumah, wat do u expect? Tido malam yg banyak, sepatutnya aku prektis tak tido malam, yg aku bakal hadapi dlm seminggu dua ni. Uuu, takowt ! Tak nak On-call boleh, tapi nak elaun dia ! heheh. $_$ 




Apalah nasib aku agaknya ya masa houseman nanti? Dapat ke tak Hospital idaman aku tu? Beruntungnya orang yg ada kabel besar, tak payah risau, nama dah ada kat hospital yg depa nak. Zaman kabel kan, nak wat cane. huhu. Best tak induksi? *bencinya nak kena brainwash*   Mesti ada nye ceramah politik. Nanti mesti ada perang mulut, gaduh2 macam aku pergi kursus asas BTN pertengahan tahun lepas. Nyampahnya ! Kenapa perlu macam ni? Diorng ni x sedar ke semua orang benci dgn agenda bodoh diorang tu? Kalau diorg duk guna isu video sex, isu agama kat sana, memang lahanat betul la.. !!








(entry x dpt dihabiskan dgn baik sbb penulis semakin emo, btw, dia kirim salam)
:P

Tuesday, May 17, 2011

>> Kereta mayat

Assalamualaikum..


Aku mengaku dah lama aku tak melihat jenazah. (Tak termasuk yg postmortem forensik ). Ada pergi melawat keluarga si mati, namun biasanya bbrp hari slps pemergiannya. Ataupun kenduri tahlil arwah. Tak sempat melihat jenazah yg dikafankan.


Tgh hari kelmarin, 15 Mei, aku teman umi aku pegi melawat jenazah emak kpd Datuk Pa (Mustapha Mohamad). Tak, kami tiada talian persaudaraan, melainkan persaudaraan dlm Islam, tapi umi kenal lah dgn emak beliau. Pernah berjumpa bbrp kali. Aku x pernah jumpa. Balik dari KL pagi Sabtu tu, adik Datuk telefon umi aku nak bgtau perkhabaran duka tu. Dia jg suruh umi aku bgtahu tok sedara aku, Tok Ngah yg baik dgn Allahyarhamah.  Aku xtahu nama arwah, tapi umi aku biasa panggil 'Mok', dan dia juga selalunya bahasakan diri dia sbg Mok.


Recently, umi aku ada cakap nak pergi melawat Allahyarhamah yg pd masa tu, sedang sakit. Tok Ngah pun beriya mengajak namun oleh kerana kesibukan masa membataskan, asek x jadi je. Pada petang 14 Mei tu, Tok Ngah sempat berjumpa Allahyarhamah. Katanya Tok Ngah, dia nampak sihat, Ok, macam biasa. Tok Ngah balik ptg tu lebih kurang 6.30 pm. Pagi esoknya, adik Datuk telefon umi aku, bgtahu Mok dah x ada. Umi aku cepat2 telefon Tok Ngah, haruslah terkejut, baru semalanya mereka berjumpa. Arwah meninggal lebih kurang sebelum Maghrib.


AKu teman umi aku pergi rumah Allahyarhamah. Masa kami sampai lebih kurang 12.30pm, jenazah dah siap dikafankan, dah tutup muka semua. Mereka nak 'simpan' lepas solat Zuhur. Subhanallah, ramai sungguh org pergi melawat. Kemudian, semua yg hadir membacakan YaaSin. Ketika doa dibacakan, jenazah diangkat, letak dlm keranda, kemudian keranda ditutup. Then diletakkan kain yg ada ayat2 suci. Aku duduk depan sekali. Aku perhati si lelaki2, aku tak tahulah ank ke saudara ke sapa2 ke, angkat dia letak dlm keranda. Masa tu aku rasa sebak sangat. Nak nangis. Even aku takde kaitan. Mungkin sbb dah lama aku tak tgk situasi itu, aku rasa sebak. AKu duk fikir, apa perasaan dia masa tu, sorang2 duk dalam tu. Pasni nak duk sorang dlm kubur. Yelah, dah org kita duk slalu cakap la kan, kubur masing-masing


Aku duk terfikir nanti aku mcm mana duk sorang2? Atas dunia ni pun takleh duk sorang2. Duk umah sorang2, bosan. Nak g beli baju sorang2, takbest. Nak g ward sorang2, takbest jugak. Nasib baik induksi nanti ada kawan2 yg dikenali, betapa taknak pergi 'sorang2' padahal ada je budak U lain ! Sebab tulah kita digalakkan menziarah org yg meninggal supaya mendatangkan keinsafan. Betul kan? 


Kemudian, mereka solat jenazah, dan dibawa ke masjid berdekatan utk solat sekali lagi dan seterusnya ke tanah perkuburan....... Yang tu, kami x pergilah. Ketika RTM sdg wawancara adik Datuk yg tinggal bersama arwah, kami makan sikit dan terus balik rumah . 


Perasaan ni x sama dgn dgn melihat mayat2 di forensik. Ya, sbg seorg medical student, kami kena observe 10 postmortem dan perform 2 postmortem. Macam-macam kes boleh tengok, tapi siriyesly aku ckp, aku tgk dgn xde perasaan. Siap tutup hidung sbb tak tahan dgn bau mayat yg kadang2 dah decomposed. Bunyinya mcm kejam. Yelah, nak observe for the sake of the signature. Kena dapat sign 10 baru boleh perform. Kdg2 tengok dah dekat habis pun ambik sign. Aku yakin ada yg sekapal dgn aku, kan? (hehe). Nak cepat punya pasal, sebab tulah, xtau bila ada case. Tak tau bila polis nak dtg hantar mayat. Penat jgk nak selalu turun ke unit forensik nak tau ada kes ke x. Nak bukak forensiknet pun asek lupa je. Sebab tulah, kot, kesedaran dan keinsafan tu kureng sikit. huhuuu. 



Hmm.. akhir kata, aku harap lepas ni aku akan lebih rajin utk menghadiri majlis sedemikian. Semoga, awak, awak, dan kamu juga begitu, supaya kita sentiasa ada 'alarm' utk kembali ke pangkal jalan. Sekian rumusan pendek.


p/s: Tetiba aku teringat saat aku cium arwah datuk aku dulu, sejuknya dahi !

Sunday, May 15, 2011

>> Roy

Assalamualaikum.

Lambat pulak aku tidur malam ni. Padahal esok pagi nak bangun awal, pi ambik mak aku balik dari KL, nun kat KB nun. Yup balik ngan bus je kali nih becoz tak prepare awal2 tiket flight dah melambung ke 200 lebey. Nama pun weekend !! Nak wat camna, ari Rabu org call suh dtg meeting hr Jumaat kat KL, so tergesa2 jugakla. Tak sempat habis kursus haji hari Jumaat tu, aku pegi ambik terus hantar airport!


Apapun, berbalik kepada tajuk utama. ye. ROY. Nama macam eksyen semacam haha. *terbayang Roy Azman* erkk

Poor baby Roy, anak Rumah kanak-kanak Tunku Budriah. Aku pun tak tahu nama sebenar dia. Kat board name letak Roy je. Baby yg aku jumpa masa posting paediatric dulu. Dalam bnyk2 baby yg aku jumpa, Roy yg paling terkesan di hati. Ntah ntah dia adalah bakal menantu aku !! Patutlah dah rasa macam ada bonding ! Takpun dia anak ikan aku esok2. Ahaha seronoknya merepek-kerepek.


First tengok Roy, nampak biasa, lagipun dia bukan dari team aku so tak ambik peduli sgt. Lama-lama dia ada kat ward baru aku tertarik jatuh hati jatuh cinta kat dia. Kami semua ni pelajar yg baik selalu pergi bagi kasih sayang yg tiadanya terbelah bahagi terhadap kanak2 dari rumah kebajikan. So dah selalu tgk kecomelan Roy, aku pun mengaku dia anak aku ahaha.




Tadi tertengok gambar Roy. Rindunya kat baby Roy yang comel.


Roy baby yg baik tapi ngada2. Tapi ngada2 dia tu lah yg tarik attention. Nanges2 bila orang dukung, senyap, orang letak mula la merengek2. Last-last, Kami semua lari. Membebel la Nurse sbb kena g dukung pujuk. Ahaha.


Masa ngah posting paeds, ada parents dtg ambik Roy sbg anak angkat. Sob sob sob sedihnya. Tak, bukannya aku panggil Sobrie utk menyatakan kesedihan aku, tak, jgn salah faham. Ianya adelah efek menangis ya !! Dalam duk sedih Roy nak tinggalkan wad, rasa hepi pun ada sebab masa depan akan dia lebih terjamin.


Then bila aku ke O&G, Roy masih di ward. Nah berapa ramai lagi gadis jatuh cinta kat dia. Dia special tau. Dia pandai main peranan. Bila org main-main ngan dia, mesti dia gelak gelak. Dia bercerita itu ini. Nak berdiri. Meronta2 nak lompat. Bila org dukung bawak jalan2, dia diam je tengok sekeliling.


Bila dia discharge, aku tak pasti sebab O&G kan dah last posting so bizi sikitla, nak sit for Pro-exam lah katekan, nak pergi melawat Roy pun tak sempat ! Tapi masa study week tu, aku peri ward, aku jumpa Roy ! Tapi dia ngah tidur. Huhu. Tak berani nak kacau sebab ada ayah dia yang hensem. Kalau tak hensem aku pergi rentap je *apakah*. Haha. Nama pun dah tukar jadi Jordan. Ya! Lupa lak nama penuh. Huhu.


Tapi.....Kat mana Roy skarang eh? Dah besar mana ye? Mesti dah makin tinggi ni. Kalau ikutkan, mungkin skrg ni umur dia dah dekat setahun. 
Dah cruising ke dia? 
Pegang crayon ngan tangan mana? Lukis apa?
Dia jargon loudly n tunefully?
Boleh pegang sudu suap makanan ke mulut?
Minum ngan gelas sendiri?

DA pulak memalam buta ni.



Ok lah Roy, mummy ngantok la. Esok nak g jemput TokMi pulak. Okey baby, semoga membesar jadi manusia berguna. Capai cita-cita tau ! Tak payah jadi doktor, takbest pun ! ahaha. Dah hensem esok2, jgn jadi palyboy buaya darat, takde untung pun jadi benda tak berguna tu, kan ! Huhu OK Roy, gudnite ! Jangan kencing malam !!



Lagi gambar ROy, rujuk blog lama aku.. huhu malas nak upload balik.

tengok gambar je tau, tak payah baca karangan pjg2 tu. Janji tau ! (sambil tunjuk jari kelingking) huhu

Thursday, May 12, 2011

>> Short update

Assalamualaikum..


Teringin pulak nak tulis dalam point form, boleh cerita semua benda serba ringkas. Okey, mari kita try, nyah! 




1. Smalam pegi makan kat Restoran Cik Siti berhampiran traffic light Long Yunus, KB. Kawan aku ajak try chicken chop kat situ. Org kata sedap. Tapi aku cakap x sedap. OK, blacklisted.




2. Before g makan, singgah supermarket cari besday present. Tetiba dpt call dari New York Skin Solution. Haritu aku sesaja gatal tgn join contest dia yg aku tertengok kat paper KOSMO. SMS contest. Kiranya aku jwb betul, tp aku bkn pemenang utama lagi. Aku kena pergi jumpa diorg , buat treatment apentah 3jam then nak tentukan apa masalah aku. Ahaha. Ntah, aku x dgr sgt sbb aku kan kat supermarket masa tu, dan dan tu la pakcik nak buat enausemen. Dia ckp akan call balik sbb aku xleh nak bg date ondespot. Kalau dia tanak call balik pun xpe, xde hal, xde rezeki la tu.




3. Balik dari makan, tengok ada 2 surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA kat rumah.
a. Surat jemputan ke KURSUS INDUKSI, 24-27mei kat sebuah hotel di KL
b. Surat Akuan Sumpah yg tercicir tempoh hari (SPA hantar balik)




4. Malam, tercapai hajat nak pergi Downtown Wakaf Che yeh, yeay ! Dapat beli shawl dan jugak inner.




5. Pagi tadi Idham kejut aku pukul 5 pagi, nak bagitahu lampu bilik mak aku x leh guna. Aku pegi toilet, dia ikut then aku mandikan dia terus, pakaikan baju sekolah. Pastu aku sambung tido, dia main internet. 6.30pg aku bgn balik tgk dia ngah baca buku. huhu. So, pergi sekolah awal la hari ni.




6. Kemudian, nak setelkan surat akuan sumpah. Mak kawan aku kerja kat pejabat tanah Kota Bharu, kt situ ada Majistret. So, pergi ambik kawan aku kat rumah dia utk bwk g ofis mak dia. Sesampainya di rumah kwn aku tu, abah dia suh g ngan kereta diorg sebab ada sticker jabatan so blh parking kat staff. 
Ok dah dpt cop Majistret. Pengesahan salinan result skali. Then singgah post ofis hantar surat reply ke KKM ckp stuju nak g Induksi. 




7. Masih berkait dgn perkara di atas. Hantar kwn aku ke rumah, Ya Allah, terkejut aku tgk kereta aku berubah rupa !! Sampai hati abah dia buat mcm ni kat kereta aku.. huuuu.. Kau tahu, abah dia basuh kereta aku, siap lap sampai berkilat luar dan dalam. Siap bukak bonet depan utk lap. AAaaa. Terharu ar camnie. Nasib baik x vaccum, kalo vacuum skali, tak pasal2 minggu depan aku hantar lagi :P ahaha




8. Pukul 2.30 ptg pergi pejabat UMNO Kota Bharu utk serah borang keahlian UMNO. Ahaha. Taklah tipu je. Daftar mengundi pun belom. Ahaha. Ada hal sikit kat sana. Okey, b4 that singgah Kelantan Silk House yg berhampiran. Errrkk, takdak langsung corak kain yg menarik hati. Cepat2 keluar sebelum muntah.




9. Then teman mak aku pergi jumpa kawan bisnes. Aku tunggu atas kereta je ahaha layak ke cakap teman !




10. Pergi kenduri arwah tuk saudara aku kat kampung. Singgah rumah nendaku, Moklah utk serah hamper sempena hari ibu.




11. Sekarang dah ada kat rumah. Terasa hari ini sangat pack.




12. Menghitung hari-hari terakhir di rumah.




13. Masih menghitung hari.




14. Hitung lagi.




15. aku: umi nak bawak baju kurung mana ni nak g induksi, takdop baju kurung lawa.
umi: tuuuu (sambil tunjuk baju2 kurung aku)- mode: malas layan. 
Aahaha




 Sekian.








Tuesday, May 10, 2011

>> Kek keladi

Assalamualaikum.


Aku yakin sgt, tak ramai manusia di luar sana yg suka makan kek keladi. Kan. 
Kenapa?
Ntah. tanya la depa, pahal tanya aku. Huhu

Ahhh, aku terlalu prejudis terhadap kek keladi. Maafkan aku kek, seharusnya aku bertanya dahulu,
Korang suka makan kek keladi? Siapa yg x suka makan sila angkat kening kanan.



Dulu, aku pun xsuka. Sebab apa, sebab x suka la. Rasa mcm xsedap. Di saat aiskrim keladi menjadi kegilaan ramai orang, aku hanya mampu berkata 'keladi, YUUCKKSS'
Tiada alasan kukuh utk aku menolak keladi dlm hidupku, namun sebagai alasan, deria rasa lidahku tidak mampu menerima kehadiran sejenis makanan yg bernama, keladi.

Itu dulu.
With time, people changed.
Sekarang,
Aku SUKA.
MySpace
Suka yg sedap jer. Hehe. Mestilah semua orang suka yg sedap. Ada ke org pegi kedai kek cakap akak ada tak kek paling tak sedap saya nak beli. Sah, sewel.
Cara nak buat kena teliti betul2. Tersalah langkah, lain pulak jadinya. 
Kdg2 peniaga buat for the sake of nak jual. Bahasa mudahnya, org berniaga, aku pun nak berniaga jugak. Aku pun boleh buat juga. *Semangat Malaysia boleh yg tak bertempat*

Mungkin kalian berbisik eeii, di zaman chocholate indulgence ni pun ade lagi manusia mkn kek keladi, Two toes down !! 
Ahaha, lidah masing2, babe ! 

Baru-baru ini, tak baru sgt pun, iaitu sebulan lepas, aku berkesempatan merasa kek keladi yg fullamak, masyuk giler weyh. Kek keladi plg sedap pernah dirasa. *air liur meleleh* Adunan yg diadun dgn penuh kasih syg, dgn perahan santan hasil dari pokok kelapa yg ditanam sendiri, dgn ubi keladi masak ranum direbus empuk, membuatkan siapa yg merasa pasti akan berkata nak lagi, nak tempah, nak tempah ugak.

Siapa sangka di saat aku kepingin sangat2 nak meratah kek keladi, nah hambik kau sekotak kek tiba di pintu rumah.

Sekotak kek keladi berserta cupcakes.

caption: Selamat Hari Jadi Norhidayah (instead of Nor Hidayah =,=)


Tgklah, kek yg tebal, dgn setiap lapisan keladi yg berselang seli dgn vanilla cake, aaum, best best :D
Cupcakes? Toksah banyak cerita, sedapnya hingga menjilat ibu jari kaki.

Kek ini dibawakan khas ketika menerima kunjungan sebuah keluarga ke rumahku, sebagai hadiah harijadi aku pd hujung March, juga sebagai tanda perkenalan 2 keluarga yg bakal bersatu. Kelak. Tak. Tahu. Bila. Lagi. Jangan. Tanya.
MySpace

Terima kasih diucapkan kpd mereka yg bersusah pyh dlm menjayakan kek keladi yg lazat ni, espeshelly 'umi'.


barulah kena dgn pantun;
Terima kasih daun keladi.
Ada masa hantar la lagi.
(orang bagi betis nak paha)


Sekian.



p/s: sorrylah beb, xsempat korang nak rasa, aku dah habiskan semua.
p/s/s: Kalau nak order boleh komen kat sini. Lokasi pembuat kek: London Lundang, Kota Bharu.