Monday, June 6, 2011

:: HO

Assalamualaikum

Mulai hari ini, lupakan tentang lambakan houseman di Malaysia sbb dewasa ini aku amat menciiii dgn perkataan tersebut. Cis ! Aku tak tahulah mana silapnya, tapi keadaan kami HO di hospital ni sangat meletihkan. Department kami kekurangan houseman.Seperti yg aku duk komplen2 dlm status FB aku tu, ye, aku mmg penat seminggu ni. Teruk ! 


Bagi yg tak tahu, apabila seseorang HO memasuki posting baru, dia akan 'tagging' di awal posting tu. Maksudnya, dia diberi masa utk adaptation dan belajar benda2 baru. Kalau terbuat salah, tidak akan dipertanggungjawabkan, dgn sebab HO itu mash baru dlm bidang itew. Especially bila seseorang pelajar perubatan mcm aku ni yg baru nak mengenal erti skim KWSP dan juga skim pencen, masuk first posting, sepatutnya kami diberi masa yg panjang utk menyesuaikan diri. Seminimum, seminggu. Macam2 cara tagging ni, ada yg kena prektis ambil darah sahaja yg bg aku amat membosankan sebab masa final year dulu kan dah jenuh buat nak isi logbook. Ada yg kena penuhi requirement logbook dan mcm2 lg. 


Tak kisahlah mcm mana cara org lain tagging. Mungkin itu yg terbaik utk hospital mereka. Aku cuma nak merungut pasal aku di sini sebab aku cukup jeles dgn kerilekan mereka.  Huhu. Aku terpaksa tagging 3 hari je, yg mana semua org terkejut. 3 hari tagging tak banyak belajar benda baru, rasa mcm guna apa yg belajar dulu je, kecuali buat peritoneal dialysis. HO kat sini kena tererist buat PD sebab everyday ada yg nak buat PD. Almost all patient yg ESRF with fluid overload akan buat PD, either bagi atau tidak Frusemide. AKu pelik jgk sbb kat HUKM dulu nak tgk satu pun kemain susah. Tak tahulah pulak kalo depa buat kat Wad Nephro sbb tak pernah menjenguk hehe.


First day, lepas letak bag, kena buat 2 blood culture. Erk. Sepanjang 5 tahun belajar, buat sekali dua je ni dlm masa sehari dah buat dua Hahaha. Pastu sesuaikan diri dgn sistem. Biasakan diri dgn troli2, bilik2 utk ambil brg buat procedure. Belajar buat discharge summary. GGRRRRR ! Aku plg benci buat discharg summary kat sini sbb leceh. 

Satu kena tulis dalam buku kecik utk follow up tu. Kat sini kena tulis summary semua pasal patient tu termasuk investigation result so that bila dia re-admit atau dtg TCA, sesiapa yg berkenaan tahu apa yg berlaku kat dia. Kalau aku malas, aku tulis gitu2 je.

Kedua borang ringkasan discaj dari wad.

Ketiga borang kecik utk bagi kat patient.

Keempat borang ringkasan utk disimpan dlm fail patient.

Kelima endorse ubat. Ala, yg tulis, sain dan chop tu, yg biasa hospital kerajaan guna tu...

Ni tak termasuk kena isi borang radiology kalau dia perlukan appointment. Nak isi borang satu hal, kena buat case summary sket. Consent lagi. Untuk CT scan, kena isi borang allergy.

Leceh kan? Kalo kat HUKM, taip komp je. 10 tahun akan dtg pun boleh nak print lagi. Manalah tahu kau terkenang saat2 manis kena admit ward sbb ada pelajar perubatan manis2 nama Hidayah Juta, kau pergilah jumpa HO kat situ cakap nak discharge summary kau, nanti dia akan printkan, anytime ! 


Huhu. Takpelah, nak wat camana kan, adatlah hosp kerajaan. Tak boleh nak compare dgn universiti hospital yg menempatkan professor-professor bertaraf dunia. Cumanya kena banyak bersabar dan banyakkan stok pen, sbb banyak yg nak kena tulis.


3 hari tagging, setiap hari aku sampai kat ward dlm pukul 7 gitu, plg lambat pun 7.15 la sbb kena punchcard before 7.30. Balik pukul 11 pm lebih. Penat tau continuously mcm tu. Day 4 aku off, aku dah  berangan nak balik tgh hari. Sistem sini, setiap hari HO kena dtg review patient dia. Kalau public holiday pun, even dia tak oncall, kena pergi review jgk then baliklah. Cepat kau buat, cepatlah kau balik. That's why I said, everyday is a working day. Nama je off day, kesudahannya aku balik dekat pukul 11 jgk. Aku hanya mampu menyumpah manja di dalam hati.


Yang paling semua org takleh blah, day 5 of work aku dah on call ! tak, bukan aku nak cakap aku hebakk atau apa, tapi jadual dah mmg mcm tu. Semua HO department ni pun dah kena oncall EOD (every other day/ selang sehari), kalo kitorg tak masuk, lg teruklah depa. AKu sendiri takut gila, sbb selalu teringat yg Prof SHahrir ckp, bila jd HO u will be alone. Yes, I was alone. aku sorng jaga wad tu. Aku mengaku je kat staff nurse kalau apa2 yg aku tak tahu. Tak pun aku tnya diorang. Lepas buat admission clerking, aku bukak buku tgk apa next step kena buat hehe. Kena ada plan aku sendiri dulu before consult MO. Bila dah dpt investigtn result (call lab terus) aku inform la MO, telefon dia ckp ada new case. Then dia betulkanlah apa yg salah, proceed yg betul dan bgtahu apa lg yg perlu buat. Aku sempat tido 3 jam pastu pukul 4.15 pg nurse call cakap ada new patient. Hemorrhagic stroke. Pasal patient tu, taknaklah cerita kat sini. Btw, aku oncall 12 KALI bulan 6 ni. TEROK !

Eh satu lagi, ada new case tu, aku tgklah dulu fail dia before g tgk patient. Eh dia ni cikgu ada GL, Nama Maimun Jusoh. Aku mula mengagak, entah2, cikgu dulu..... Bila aku pergi tgk dia, ya betol!! Cikgu Maimun yg ajar Add Math kat korang tu. Dia nak mengajar aku, aku kan ngan Cikgu Zul.. Dia kena admit kat ward. Aku tnya dia mengajar kat Naim ke? dia cakap ye.. ajar add math ke, dia cakap ye.. huhu.. tak blh nak gambarkan perasaan masa tu dan kami bersalaman walaupun cikgu tak kena aku sbb tak pernah mengajar kelas aku..Sapa2 nak g melawat, pm la aku, tnya duk ward mana, k..


Malam ni aku rilek sikit. Sempat bukak FB, berehat2. Dah seminggu tak bukak secara proper, biasanya bukak guna hanset je sampai bil pun dah melambung. Takpe dapat gaji nanti g bayar. Biasa guna free-free je kau eh Cik Juta... hehehe..
Rumah ni dah jadi mcm tempat salin baju dan tido. Macam hotel plak. Adoi, bila la nak dapat hostel.. tak tahan nak ulang alik ke rumah mcm ni.


Oklah kawan2, ekceli banyak benda nak cerita tapi masa tak mengizinkan. Ni dah pukul 11 mlm. Esok kena g wad awal2 sebab ada grand ward round. Okey semua, tunggu next cerita tau..

Tatatatatata


3 bakal jutawan:

[MH] said...

cikgu maimun! huuu
tc care kak day

Jacknaim said...

ganah2.......untung jadi doktor...

Fadzleen Ezyani said...

cikgu maimun..penah ajar saya sekejap masa form4..yg hemorrhagic stroke tu ke? cikgu kt ward mana?

Post a Comment