Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni dapat balik awal. Pukul 5 pm dah boleh sampai kat rumah. Hello, hari ni Jumaat okey??? Weekend, okeyhh.. tapi dah mcm hari bekerja, pergi pukul 7am balik pkl 5pm. Tapi aku bersyukur, at least sempat berehat sementara menanti hari esok yg oncall, better dari balik malam. Ekceli aku oncall hari ni tapi nasib baik ada orang nak tukar ngan aku, so aku kena esoklah. Aku baru je oncall hari Rabu ri tuh...uuuuu..tak sukaaa la kerap sgt oncall ni.....
Khamis balik rumah pkl 8pm. Penat. Gila ke apa kerja dari 7am sampai 7pm esoknya. Gila penat weyh. Dahla penat mlm tu tak sempat tidur sangat. Tgh malam tu ada patient drug addict masuk. Aku paling-memang-benci-gila kat drug addict yg masuk wad. Rasa mcm nak simbah acid kat muka. Menyusahkan orang! Dahla nak set up intravenous line susah gila! Ye lah, diorang duk guna kesemua blood vessel yg ada utk inject drug tu. Susah tau nak cari. Especially yg HIV positive, geli gila tgk darah diorang. Mmg kena pakai proper gloves ah utk handle mereka. Nak examine pon aku pakai glove. Siap pakai mask lagi. Ye, katakanlah aku jahat atau ape pun tapi aku mmg benci ngan diorg ni. Betul2 menyusahkan orang. Yang patient aku baru masuk ni, dia dari penjara. Mmg ada guard 2 org duk jaga. Sebelah tangan gari kat katil. Berpeluh2 aku try masukkan branula. Lama gila. Banyak kali aku cucuk. Padan muka kau. Dari 1.30am sampai 2.30am aku duk try last skali aku tension gila aku mintak tlg orang. Aku terpaksa buat sebab patient ni anemic, Hb dia 5.2 je so kena transfuse blood pagi tu jugak, kena la set line. Aku tanya bila last inject, dia cakap last month. YE DIA DARI PENJARA DAN DIA INJECT LAST MONTH. So kau blh imagine lah kan apa yg berlaku kat penjara. Even orang yg tak pernah kenal drug, bila masuk lokap boleh jadi drug addict. Betul, aku tak tipu ni, ada banduan pernah cerita kat aku. Ada certain warden yg buat duit dgn menjadi supplier kat diorang. Warden sama sampah ngan mereka. Grr.. geram betul.
Erm.. aku dah boleh adapt dgn sistem kat sini. Masalah aku skrg ni, aku x reti nak manage patient. Basic management rasa mcm weak lagi.
Contoh, kalau tiba-tiba patient shortness of breath, nak bagi nebulizer ke tak? Kalau yg known case of asthma/ COPD mmg le bagi. Kalo yang takde, nak bagi tak? nak order ECG ke tak?
Kalau patient hypoglycemic, nak bagi dextrose 50% terus ke? ke bagi dextrose 10% je.. ke maintainance je ngan dextrose 5%? Ke nak encourage oral intake je? Kalau yg jenis naik turun hyper-hypoglycemic nak turunkan ke actrapid dari 14 unit ke 10 unit..
Kalau tiba-tiba BP patient 90/40mmHg, kena buat apa selain bagi normal saline run fast? Nak bagi ke colloid ke? Okey, aku ambil GXM terus, prepare jugak for blood transfusion.
Bila masalah yang kena inform MO? Kang call everytime kang marah pulak. Takpun, kalau tak inform nanti kena marah jugak.
Kalau patient ngah transfuse blood, nak stop ke tak kalau dia fever? Hold dulu, then bagi PCM pastu run balik. Ok ke kalau mcm tu? Ke wajib stop terus?
dan banyak lagi kalaunya... aku takut nanti tersalah langkah, nyawa patient terancam. Dan lagi teruk, aku kena extend. Aku takut weh......
Erm.. apa lagi nak cakap ek.. Rasa mcm banyak nak cerita. Btw, aku oncall lagi esok. Skrg ni mmg xde life. Hmm.. hanya mampu mendengar org cakap 'bersabarlah'. Okey, thanks for the concern walaupun ia tak mengubah apa-apa pun. Hari tu Fad mengadu kat aku dia stress gila, balik rumah penat nangis2. Ye, bukan Fad saja, aku sejak first day lagi dah nangis sbb stress gila. Takleh nak cakap perasaan tu mcm mana. Dahla baru, buat kerja lambat. Hmm.. aku ngah adapt ni nak buat kerja dgn begitu cepat dan tangkas. Ambik darah cepat2, trace result cepat, tapi xleh cepat sgt sbb komputer monitor kuning utk trace result tu lembab gila babas. Macam mesin taip. Kalu masa wardround kena trace result, mmg mengundang pelempang aku lah. Nasib baik je MO dan spcialist ward aku tak garang, so stakat ni boleh survive lagi lah. Kalau ward Fad, Specialist garang gila. Semua org takut..Houseman dia yg ngah buat Bone Marrow Aspiration pun blh terlepas trochar bila dia ni g jenguk. Huhu. Takutnya bila kena rotation kat ward tu. Senior HO kat ward Fad tu mmg agak kejam la sbb bagi cubicle yg ramai dgn drug addict. Spt yg aku cakap kat atas tadi, mereka ni melecehkan. Kalau ada TIBI, kena notify la, kena buat TIBI wallet la dan mcm2 lagi. Kesian gila Fad hari tu balik rumah dekat pukul 10 mlm da, pastu pukul 5.30pagi dah terpacak kat ward nak setelkan kerja yg x selesai. Masa tu MO aku dtg ward nak tgk new admission so aku kena accompany la MO aku. Oncall, biasalah tu ward round 5.30 pagi.
Kadang-kadang bila rasa stress sangat, aku terfikir nak berhenti kerja. Betul ni. Nasib baik aku fikir balik my 5 years course. Rugi kalau berhenti nanti result tak laku, nanti kerja ntah pape. Bangun pagi, liat sgt nak bangun. Takde semangat lgsg. Aku rasa apa ni kerja mcm labour, sampai takde life. Masalahnya bukan setakat seminggu dua ni, ia akan berlanjutan berbulan-bulan lamanya. Kalau lagi malang, sepanjang housemanship ni. Kalau betul ada lambakan houseman, hantar la sini. Kalau oncall 2 kali seminggu pun aku rasa dah ok. Ni tak, selang sehari. Yang hari tak oncall tu pun bukan boleh balik pukul 5, kalau tak siap kerja, sampai malam jugak. Balik rumah terus tido, esok oncall lagi. Tak tahan betul mcm ni.... Tengoklah sampai bila aku boleh tahan, jgn terkejut nanti kalau aku resign.. ini serius.
Ok lah. Pendek2 je boleh update. Nak tido. Nak kemas barang2 untuk dibawa esok. Mintak2 sempat tido mlm esk. Ya Allah, permudahkanlah aku. Ameen.
Gudnite everybody. Have fun !
0 bakal jutawan:
Post a Comment