Friday, June 24, 2011

>> Life goes on (II)..

Assalamualaikum..


Aku dah dapat kunci kuarters minggu lepas lagi.. Tapi, umi aku pulak tak bagi duk situ. Aku bukan apa, aku nak duk kuarters sbb senang nak pergi awal pagi. Duk rumah, susah sket la. Even jarak tu tak berapa jauh, tapi ada 6 traffic light yg perlu ditempuh. Kdg2 memakan masa 30 minit. Buang masa kan? Aku nak drive sendiri, umi aku tak bagi, nak jugak beliau menghantar aku di awal pagi itu. Dia cakap, kalau aku drive sendiri, nanti aku tak singgah beli nasi breakfast (-,-). Kadang2 bila penat sgt, balik plak jem, aku boleh tertidur dulu dlm kereta masa ondeway balik rumah. Next week, target nak sampai ward plg lambat 6.15 am sbb nak cover patient b4 MO round. Dan the very next week, aku pindah masuk wad Bendahara, lagi la kena awal. Scarynye nak masuk wad Bendahara. Bos kat situ mmg scary. Siapa yg masuk wad tu mmg akan depress gila2 !!



Okey, biar dulu yg tu. Ada benda lain nak cakap ni. Tadi aku balik almost 4.00 pm. Aku mintak kawan aku g ambik kat hospital. Pastu ajak dia pergi Parkson KB sebab tak pernah pergi. Huhu. Ekceli aku nak beli sandal baru, dah boring pakai yg lama, dah berbulan tak beli yg baru. Nak pilih punya la berkira, nak beli yg ada sale aje, maklumlah ngah pokai. Okey pastu dah jumpa yg berkenan, harga murah je RM 45. Dlm purse tgk ada RM10 je kihkih. Nak withdraw duit dulu la before bayar. Aku saje nak check balance akaun tu, nak check la berapa saki baki yg tinggal. Kang main tekan malu plak kalau keluar statement 'baki tidak mencukupi' haha. Tetiba aku terkejut, eh biar betul kenapa ada lonjakan amaun di situ? Mula2 terfikir, JPA masuk lagi ke? Terkejut punya pasal, withdraw 100 je. Lepas tu baru terfikir, wei tu gaji la !! HAHAHA.. nyesal aku pilih sandal secara berhemah. Kalo tahu gaji dah masuk, aku sambar je yg mana berkenan haha. Namun masa sudah tidak mencukupi, ak pegi jelah bayar yg dh ambik tadi, yg tu pun berkenan jugak. Hehe. Main point is, bila tarikh gaji masuk? Kenapa awal sgt dia masuk? Aku ingatkan first month keje takkan masuk lagi. Aku duk expect dpt on July thats why tak pernah fikir pon. Tak tertunggu2 langsung. Apapun, senyum sampai telinga dpt first gaji. Hehe, tapi xleh joli pun, ada  plan lain. Kalau nak joli pun x bleh sebab tak ada masa. Waaaa... (T_T)




Pagi tadi kat ward, awal2 lagi ada patient gasping. Patient tu Steven Johnson Syndrome. Dia RVD positive, kena PTB. Pastu day 12 of anti TB medication, develop allergic reaction. Kena Steven Johnson. Dahsyatnya, aku tengok dah mcm nak kena TEN (Toxic epidermal necrolysis). Dia mmg tak tolerate orally, nak bagi fluid pun kena guna syringe. MO suh aku attempt insert branula tapi fail. Mak ai, kulinya kering gila, keras. Vein tak nampak, tak rasa. Nak ambil ABG pun selalu dapat VBG. Aku dah bgtahu MO, aku tak dapat, dia siap ckp kalau dia try pun tak dapat, so semua IV medications ditukar kpd tablet. Tadi tetiba relative cakap patient gasping. Attended stat. (cheh). Tengok dia mmg shortness of breath la. SpO2 dalam 67% gitu je. Tukar ke high flow mask, naik stakat 90% lebih gtew je. Pindah ke acute bed cepat2. Masa ni aku terus la tanya mak dia, kalau dia collapse, nak buat tak CPR/ intubation. Mak dia cakap tak payah la, kesian kat dia, hidup pun seksa. Ok, terus sign borang refusal utk CPR. Lega. At least aku tak payah risau/ kalut nak inform MO/ anaest. Nak pasang cardiac monitoring pun tak lekat, kulit menggelupas habis. So, just SpO2 monitoring la. Aku suh family ajar mengucap. Family pun dah panggil habis la family member yg lain. SpO2 dia tu naik turun. Kejap 60%, kejap 90%. Pening aku. At last, aku biar dulu, just tengok sekejap2. Yg tak tahannya, nurse dah sediakan borang kematian kat file dia. Huhu. Nurse cakap, biasanya RVD patient meninggal hari Jumaat. Sempat bertaubat, barangkali. Tapi tadi masa aku tinggal dlm pukul 3 lebih dia ada lagi. Nurse ckp kat aku, jgn balik lagi, tggu dia 'pergi' dulu. Huhu, mcm kelakar pulak, yakin2 dia akan mati. Huhu.




Esok oncall kat HDW (high dependency ward). Tak suka la duk situ, patient unstable je. Aku tak reti nak manage. Dahla banyak gila kena ambil darah. ABG setiap 2 saat kena ambik. Benci betul. Aku x suka ambil ABG sbb tahu patient taksuka sbb sakit. Eh berbelit pulak ayat aku nih ! Aku tak reti nak insert central venous line lagi. Siriyes aku tak pernah attempt pun. Kat HDW nanti kot la kena buat kan ! Mintak2 la takde. Mintak2 la smooth je.. Pliss plis pliss... Bunyi mcm pengecut kan ! Lantaklah, yg penting aku mengaku aku tak reti sgt nak handle acute situation, sblm ketibaan MO.. hmmm..



Rasanya, tu je aku nak cakap. Next on call, 28/6. Mujur lambat lagi.... Aku harap kerja akan bertambah teratur, smooth dan dapat siapkan semua dgn baik dan cepat. Semoga minggu depan lebih baik dari minggu2 sebelumnya. Dan, kalau kawan aku tu dapat tukar posting, mintak2 dapat medical. Masuk wad aku pon Ok gak. Hehe. 


Sekian, terima kasih :D



0 bakal jutawan:

Post a Comment