Saturday, June 18, 2011

>> Adaptation

Assalamualaikum.

Maka, sudah 18 hari aku di Medical posting ni. Takde yg best pon. Biasa je. Stress ada bertambahla sket. Eh banyak. Aku dah boleh ikut flow da mengenai system kat sini. Banyak gila bertanya, banyak gila mintak tlg orang supervise buat procedure.  Terima kasih senior-senior houseman yg sangat banyak membantu, yg sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dgn aku yg lembab ni. Uhuhu..


Yg nak highlight minggu ni, pada hari Selasa sesuatu telah menyinggung perasaan aku. Sebabnya:

1) Tak ambik appointment CT scan brain untuk sorang patient. Kalau aku ambik awal2, patient dah boleh discharge today instead of tomorrow.

Kenapa aku tak ambik appointment?

 Meh nak cerita. Kat sini, CT scan kena ada signature specialist, dan ada 3 jenis appointment CT scan. 
Pertama, CT scan biasa, tak urgent, boleh buat bila2 masa. Yang ni staff nurse boleh tlg ambikkan date. 
Kedua, EARLY appointment. Yang ni, houseman kena turun ke Jabatan Radiology, kena spoken to Radiologist sendiri. Kalau radiologist setuju nak bagi early appointment, OK, dia bagilah. Kalau tak bagi, dapat date lambat sikitlah. It's OK dapat lambat sket pun.
Ketiga, URGENT CT scan. Yang ni houseman kena jumpa radiologist jugak, tapi kena tahu betul2 pasal patient tu, sebab nak dapatkan URGENT ni susah tau sebab radiologist fussy sgt. URGENT means kena buat hari tu jugak! Kalau radiologist tak approve, houseman akan kena marah dgn Specialist. OK.

Jadi, aku tak pernah ambik date utk patient. Aku kena book EARLY appointment. Pagi tu aku dah tanya colleague aku, macam mana nak ambik date, sedangkan xde signature specialist lagi. Dia cakap, xpe, tunggu je specialist wardround PM sebab x urgent. So aku tunggulah specialist dtg. Bila dia sampai, dia marahla kenapa tak hello dia, kenapa tak cari dia utk ambik signature. Marahnya dia. Mana aku tahu. Kaunter CT scan pun tak tahu kat mana. Huhu. Btw, patient yg nak buat CT brain tu suspect posterior circulation infarct, sebab ada cerebellar sign. Tapi tak perlu utk URGENT CT brain.


Esoknya my other colleague nak pergi ambik appointment CT scan utk patient dia, so aku ikut sekali utk belajar tatacara mengambil date. OK then aku dah tahu mcm mana nak ambik date, dan kat mana nak ambik formal report CT scan. ALhamdulillah, lepas hari tu dapat handle 3 patient, 2 early appointmet, 1 URGENT. 



2) Pada hari yg sama kena marah sbb tak ambil date utk patient, aku juga kena marah sebab tak present betul2 satu case Stroke. 

Sebabnya patient tu discharge ptg tu, so xde issue, aku just buat summary lah. Rupanya dia nak tahu dari awal, apa findings clinical investigation dan juga progress. AAAarghh.. Yang ni betul2 kena marah depan patient sendiri, staff nurse, MO dan sapa2 je yg ada kat situ. Nak je aku nangis kat situ. Dia siap cakap AKU NI PATUT KENA EXTEND. Aku benci betul, diorang ni, sikit2 ugut nak extend, sikit2 ugut nak extend. Lantak kaulah, kalau kau rasa aku ni x selamat dan layak utk di extend, just go on. Tapi kalau sebab ada jarum dalam hati, jawablah 'di hari kemudian'. Tapi bagi aku, setakat duk 2 minggu pun dah cakap nak extend, apa ke halnya. Kalau nak suruh expert everything dlm 2 minggu, buat jelah posting 2 minggu tak payah 4 bulan. Ye tak? Setuju tak? Sapa tak setuju, sila tekan button X di dalam kotak merah, di bahagian penjuru atas sebelah kanan komputer anda. Terima kasih. Hehe.


Hari tu, aku balik rasa stress sangat. Nangis dalam bilik berjam2. Sampai bengkak muka. Rasa nak bagi notice 24 jam. Siriyes. Tidur awal malamnya tu. Bila tersedar, tgk ada umi aku kat sebelah duk basahkan muka aku dgn air. Dia kesian tgk aku nagis sampai lebam. Esoknya tu, mak aku jadi terlebih concern pulak. Nak hantar nasi lunch, aku tak bagi sebab x sempat turun ambik. Ptgnya tu dtg jugak bawak nasi ayam, siap ngan supplement baru beli lagi. Hehe sebab hari tu aku on call lagi. Esoknya aku balik rumah. Tidur awal gila sebab mlm on call tu sempat tidur 3 jam je. Sedar2 mak aku ngah urut betis. Hehehehe. Bestnyewww. :D


Well, beb, aku ada lagi benda nak dikongsi. Apa kata buat dalam numbering, senang sikit ye.

1. Hari ni aku balik awal. Post call. Awal apa kebendanya dah 5.00pm. Tapi awal la tu sbb b4 malam. Nak bagitahu satu rahsia. Aku mandi pagi semalam je. Huhu. Tak sempat beb. Aku dah bawak baju utk pakai malam ngan next morning tapi tulah tak sempat. On call mlm tadi, aku ngantuk gila, lepas siap tgk 2 patient baru masuk lebih kurang pukul 2 lebih la, aku tertidur  di kerusi kat kaunter ward lepas tulis history dalam file patient, masa tu tak infom MO lagi ada 3 patient admitted. Kebetulan aku oncall ngan Fadila, dia dtg kejutkan aku. Aku nak sangat2 pergi tidur kat bilik oncall, tapi kena ambik blood sorang patient ni pulakkk. Dia hypoKalemia, dtg dgn lower limb weakness. Power 3/5 je. Aku kena ambik darah post fast-correction dgn 2g KCl in 200cc NS. Lambat gila IV drip tu nak habis, aku bgtahu staff nurse call lah aku kalau dah siap, nanti aku dtg. Aku pergi tidur bilik oncall ngan Fad. Pukul 4.30pg SN call. AKu pergilah tgk patient tu. Duk ngantuk2, nak buat venepuncture pun tak dapat. Poke 3 kali x dapat jugak. Lantaklah, malas nak try, procedure abandoned. Nanti pagi sikitlah aku ambik. Huhu. Pergi sambung tidur. Pukul 5.15 pagi, adoiii, MO call cakap nak tgk 3 patient baru masuk tu pulakkkkkk. Terpaksa bangun! Kebetulan pulak lepas siap tgk 3 patient tu, ada patient impending collapse pulak. Pukul 9.55am pronounced death.  Innalillah. Kesian Fadila penat duk ambu-bagging patient tu berjam-jam. Huhu.



2. Petang Khamis, aku ada buat PD (peritoneal dialysis) utk seorang patient. Sebenarnya, tu bukan patient aku, tapi sebab ada kawan aku tu mintak tolong buat sebab dia stress sangat buat 1 PD hari tu, mmg difficult lah sebab ouflow asek2 tak bagus je. Banyak kali kena adjust. Banyak masa terbuang so dia dah tak larat nak buat another PD. Then aku tolonglah dia. Aku yakin je nak buat sebab aku dah pernah buat successful PD kan before this. AKu nampak ada laparotomy scar aku tanya pakcik operate apa dia cakap tak tahu. Aku pulak mmg tak tahu, bahawasanya laparotomy scar adalah relative contraindication utk PD. AKu buat jelah. Mula2 buat, PD successful; good inflow and outflow. Tapi pagi esoknya blocked. Kawan aku yg tadi tu cuba flush tapi tak dapat. Dia reinsert PD tube, tapi ptg tu, outflow dah blocked. Nak tak nak, aku terpaksa reinsert sebab patient tu, urea dia 58 beb, creatinine 1800. Mmg kena dialysis lah kan. Ptg tu, masa nak insert trochar, aku rasa la mcm susah semacam je.. tapi tolak jugak, tolak jugak.. akhirnya dapatla inflow cantik. Gembira kejap. Bila start outflow, eh kenapa banyak udara keluar kat tubing ni. Nurse cakap maybe sebab dah buat flushing bnyk kali. Okay, tunggu lagi, tetiba air menjadi kekuningan. Dalam air tu, nampak macam urat2 benang kecik2. Nurse dah risau, feces ke tu, beliau bertanya. Manalah aku tahu kan. Pastu panggil senior nurse tengok. SAH, FECES. Aku terus tarik tube tu keluar. Takut jadi Fecal peritonitis, terus call MO, MO terus dtg. review punya review, dia suh refer Surgery. Malam tu Mr Surgeon dtg tgk, dia membebel la kat aku. Tapi thanks to him, buat aku tahu a few things:

1. Kalau ada laparotomy scar, HO xleh buat senang lenang mcm biasa. Kena inform MO sebab anticipating difficult PD insertion

2. Kalau dah poke bowel, jangan tarik PD tube tu, biarkan dia mengalir di situ sebab in case  kena laparotomy, boleh tahu site of incision.

3. HO tak boleh dipersalahkan sebab buat kerja under supervision (secara teorinya)

4. Kalau traumatic bleeding kena laparotomy STAT! 

Syukur Alhamdulillah, sehingga tgh hari tadi, pakcik tu OK. Aku doakan dia selamat supaya kerjaya aku pun terselamat sama. Huhu



3. Alhamdulillah esok tak oncall. Tapi lusa, ya ! AAAA takutnya aku oncall kat CCU. Apa aku nak buat ni?? Macam mana nak oncall kat situ? Risaulah sebab aku sorang je jaga situ. Hari tu aku pernah oncall jaga 2 ward seorang diri, dahla seharian tu ada 9 admission. Handle sorang2. Wahahah bunyi macam bagus kan, sebenarnya tak sebab utk next step of management aku telefon MO utk bertanya HEHEHE. Ataupun bukak buku Sarawak, untuk drug dose dan frequency, tanya je staff nurse, diorang tererist bab drug dose, x perlu nak call pharmacist. Hehe. 


4. Esok aku kena pergi wad pukul 6 pagi sebab tinggal 2 HO je kat ward. Seorang dah habis Medical, mungkin ke O&G, jadi ada lebih patient untuk di review. Takutnya tak sempat. Dahla at the moment, Lab information system hang! Kena turun makmal trace result investigation. Penatla nak turun naik ! Menci menci I taw !! Huhu. Aku harap sangat esok akan menjadi hari permulaan yg baik utk sepanjang minggu. InsyaAllah.


Ramai yg bertanya, teruk sangat ke jadi HO sbb apa yg aku cerita kat blog ni semua yg tak best AHAHAHA. Sebenarnya depends la kat diri sendiri. Kalau diri sendiri enjoy kerja yg dibuat, tak jadi masalah. Ramai je kawan2 aku yg enjoy gila jadi HO sebab setiap benda diajar satu persatu, tidak dimarahi langsung bila buat salah, malah sentiasa diberi galakan, dapat pulak 1 wad 5 org HO. Mananya tak heaven kan. Aku dtg kat department ni salah timing, iaitu di saat ramai HO habis posting, ada yg jadi MO. So macam shortage la. Dan semua benda kena learn fast dan pandai2 sendiri. On call pun dah 7 x. Yeah dah dapat RM 700 lebih. hehe. Senior HO ckp, department ni mmg selalu mcm ni. Kalau posting Ortho, diorang akan pastikan HO dapat at least 1 day off per week. Perggghh bestnye, tak sabar nak masuk posting ortho, ingatnya nak bertunang masa posting tu... OPpppss..


Hehe.. Okaylah. Rasa mcm dah panjang aku membebel. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kehidupan seorang pegawai kerajaan yg sentiasa berangan nak balik pukul 3.30 ptg pada hari Khamis, namun tak pernah kesampaian. Semoga minggu baru ni aku lebih OK, lebih positive dan tak fikir pasal nak quit lagi. Okey, okey, aku akan CUBA! 


p/s: Duk kira-kira elaun oncall bulan ni. 8 kali weekdays, 3 kali weekend, total (800+330)= RM1130 sahaja. Cis ! Sikit je, Elaun oncall utk HO patut dinaikkan ! (jiwa memberontak semula) huhu

1 bakal jutawan:

[MH] said...

huuu. kak day mmg superwoman dan tough. (kalau tidak benar, fathy nak doa dan ameenkan!)

Post a Comment