Assalamualaikum..
Alhamdulillah, setakat ni aku masih boleh bertahan. Masuk minggu ke 3, rasa kerja lebih teratur. Pergi wad pagi2, dah fikir siap2 apa yg nak kena buat of the day. Minggu ni aku pergi awal sket, iaitu aku make sure sampai plg lambat pukul 6.30pg. Bila pergi awal ni, rasa tenang dan at least blh review separuh patient before MO dtg. Hehe tak sempat la nak review semua, tapi x pe, review sama2 ngan MO. Mujur minggu ni dapat MO yg tak banyak kerenah. Hehe. Tak sempat la weh, nak ambik darah lagi. Takkan aku nak dtg pukul 5 pagi kan....
Kat ward pun rasa tenang je. Rasa semua benda kira macam takde masalah sgt. Setakat yg meninggal seorang dua tu, apelah sangat. Tengok, aku berbunyi seperti kejam. Nak wat camana, dah banyak sgt tengok orang meninggal depan mata. Huhu. Sekarang ni aku kat wad Mahsuri. Semua HO suka duk wad ni. Staff nurse semua baik-baik. Banyak sgt membantu. Kalau aku buat salah pun takdelah perli ke apa. Diorg tegur baik-baik. Lagi satu faktor yg membuatkan wad tenang adalah dgn takdenya HO yg sorang tu. Yang kalut tu. Haha. Jahatnya aku mengumpat. Ingatkan aku je yg x suka dgn dia yg kalut; semua nak cepat2, tapi kesudahannya tak siap2 jugak kerja. Nurse pun x suka kalau dia ada sebab dia suka menyuruh itu dan ini. Kalau dia dtg nurse mesti buat muka. Haha.
Minggu ni jugak banyak menyaksikan muka aku muncul di Jabatan Radiology. Aku paling benci kalau kena ambil EARLY appointment, tak kisahlah Ultrasound or CT scan. Hari tu, sampai 3 patient need early CT thorax. 2 patient je dapat, yg sorang lg tak dapat. haha. Ultrasound pulak dapat 1 je. Yg satu lg reject. Kihkih. Ah, lantak kaulah. Buat ultrasound ke tak ke bukan change management pun utk patient tu. MO ni pun satu, kdg2 order mengalahkan specialist, yg boleh menyumbang kepada lambakan kerja aku. Kemudian aku dianugerahkan MO lelaki yg soft spoken, tak marah aku pon, namun berkata aku ni bagus sebagai seorg HO di first posting. Lubang hidung mahu mengembang namun riak itu amalan yang hina. Hehe. Specialist yg marah aku minggu lepas pon cakap aku DAH OK. Alhamdulillah, ada improvement.
Cumanya, pagi tadi, aku kena marah ngan Datuk, consultant one of the team (Team G). Free-free kena marah. Cis. Sebabnya, ada satu patient team dia kat wad aku, working diagnosis Esophageal carcinoma. Aku dah dapatkan date CT thorax utk dia, iaitu pada 26 Jun. Kan lambat lg kan. MO aku pon suh la dia discharge dulu. Duk wad pun bukan buat apa. Masa ptg nak discharge dia tu, kebetulan specialist team G ada kat situ. Aku inform la, dia approved. Aku bagitahu aku nak buat CT thorax patient tu as outpatient, sbb renal function dia ok, xde allergic sumer. Dia approved, dan siap cakap bagi appointment 2 weeks after CT thorax untuk review result. Dia siap suruh aku buat cepat2 before pukul 5ptg (before office tutup) supaya sempat ambil next appointment. MASALAHNYA, tadi, bila Datuk dtg ward, Datuk tanya sapa discharge patient tu, semua cakap tak tahu. SO I was pointed to! tahik betul. AKu bgtahu la Datuk, si specialist yg namanya N tu dah tahu patient discharge. Si N ni nak selamatkan diri depan Datuk, cakap dia tak discharge patient tu, dia tau2 ward kitorang dah discaj. Tahik sekali lagi. Hello, kalau dia taknak patient tu discaj, KENAPA dia tak halang pada ptg aku discuss ngan dia. Dia tak ingat ke aku dah diskas nak buat CT thorax as outpatient dan dtg balik 2 minggu lepas tu utk review result. Dia tak ingat ke dia yg suruh aku buat cepat2 supaya sempat ambil appoinment clinic? Tak ingat ke, baru 2 hari lepas !! Si Datuk membebel, cakap kalau nak discharge patient yg ada kaitan dgn team lain, kena inform team tersebut, tanpa mengetahui yang aku dah discuss dgn SPECIALIST dia. Cis, pandai si N nak jaga nama. Tak pasal2 aku yg kena, CISS sekali lagi.
Otherwise, aku tak rasa sedih pun. Cuma geram lah. Tak pasal2 aku kena. Betul la, jadi HO ni tak ada orang back-up. Bila dah kena tu, nah, u are alone. Siapalah aku, hanyalah seorang HO, kan !
Selasa ritu, aku oncall kat HDW. First time. Haha bengong gila aku tak tahu nak buat apa. Dahla turun lambat. Masa nurse telefon bgtahu ada 2 admission, aku tak pergi clerk terus. Aku pegi solat maghrib dulu, smbang2 ngan kawan dulu kat bilik oncall. Hehe. Kesudahanyya, nurse telefon cakap MO panggil. Hehehehe. Mula2 risau gak sebab tak sempat tgk case, tapi bila tengok siapa MO, terus aku tersengih. Takpe, MO tak marah. MO tu baru lagi, baru je jadi MO bulan 5 hari tu. Naluri marah tu tak muncul lagi. Setakat cakap 'ish awok nih!!' tu apelah sangat kannn. Hehehe. Apapun, dia suami orang. HAHAHA.
Sepatutnya aku oncall esok, tapi ada orang mintak tukar. So aku oncall Sabtu la. Alhamdulillah minggu ni jadual oncall reorganized, dah takde EOD oncall. Syukur.
Tadi kawan aku yg baru start HO kat hospital ni telefon. Dia tak tahan betul masuk O&G as the first posting. AKu faham, sebab aku dah rasa jadi orang baru. As a newcomer, takde alasan utk buat salah. Smua kena betul, cepat dan teratur, high expectation betul kan ! Stress gilaaaa !!! Semoga dia dapat tukar posting, aku mengalu-alukan utk dia dtg Medical, masuklah wad aku sebab mulai esok tinggal 2 org je nak cover 1 wad. Dahla HO yg sorang lagi tu baru start medical minggu ni. So, kiranya kat wad tu, aku jadi mcm senior la sikit. Cis, aku tak bersedia lagi. Nanti kalau patient collapse, aku yg collapse sama2. Hahaha.
Oklah, aku dah kena tidur ni. Sekarang dah pukul 10.45pm. Takleh tidur lambat2, nanti esok penat. Aku telah bekerja selama 23 hari tanpa cuti. Teruk kan. Susah betul nak cuti. Kalau nak jugak, kena cari org ganti tempat. Susah wey, masing2 pun dah ada workload, inikan pulak nak ganti tempat orang kan.... penat.. penat...penat.. tak tau nak kerja berterusan sampai bila....
Okey, gudnite semua, thanx for reading !
0 bakal jutawan:
Post a Comment