Wednesday, April 27, 2011

>> UPU

Assalamualaikum..
Tadi, masa duk kemas2 file, terjumpa kertas ni. Borang UPU yg diisi lepas matrik dulu. 
HAHA
tergelak sorang2 aku tgk.




Kalo orang lain yg nak wat medic, isi PERUBATAN je dari kotak 1 sampai kotak 8.
Aku plak, isi satu je, dgn harapan mintak2 la tak dapat. Huhu. Bising umi tgk, marah2 dia sebab dia yg sungguh2 nak aku wat medic ni. Aku plak, konon la kan terorist kimia nak wat farmasi la pulakk.. kihihkih



 CGPA matrik aku tak dapat 4 flat sebab 2nd sem kat matrik tu, math aku dapat A- je. Oh math kesayangan...Sedeyyy sobsobsob. Kan orang cakap MESTI 4 flat kalo nak wat medik. So, aku mcm suka jugakla sbb ade chance la utk takwat medic, Haha, keji mmg keji kesian mak aku.


Ditakdirkan, aku dapatla 1st choice. Umi aku mintak maaf ngan aku sebab doa ibu mmg dimakbulkan. Huhu. Then termasuklah aku ke Faculty of Medicine of National University of Malaysia. Hehe.


 Masa 1st year, aku agak memberontaklah jugak. Dlm hati duk pikir aku tak suka aku tak suka. Menci3. Siap terfikir, kalo aku ada fail 1st sem masa 1st year tu, aku NAK TUKAR COURSE. Cirit betol haha. Ditakdirkan lagi, aku lulus, borderline je pun. Cis apesal aku lulus haaa ??! haha.. 
Tapi mmg miserable gila la masa tu. Dengan konsep Problem Based Learning (PBL) yg blur2, aku rasa betol2 lost. Rasa taktau amende yg aku stadi tuuu??? Aku tak reti sgt nak stadi secara konsisten. Orang lain cepat je adapt, siap stay up gila2 stadi. Benci gila aku tgk, aku anggap mereka poyo haha. Mereng betol aku masa tu. kihkih :O


Pastu aku mula terima slow2. Stadi jela ikut cara aku. Tak payah nak peduli kat org lain. Tak payah nak compare diri dgn org lain. Tak payah nak saiko2 ngan org lain. Tak payah nak compare result dgn org lain. Kan. Setiap org kan ada cara sendiri, just go on dgn cara yg dia suka & selesa. Mungkin bg sesetengah org, dgn mengcompare diri dgn org lain, akan tersuntik semangat utk belajar. Kalau dia rasa OK mcm tu, just go on jugaklah kan, asalkan jgn ada sifat pntingkan diri sendiri dan hasad dengki.


Dalam duk nak taknak minat tak minat, Alhamdulillah tamat jugak 5 tahun tu. Sekarang tunggu masa nak KONVO. hehe. Suka SUKA :D

B4 this cakap induksi bulan 6, tetiba je depa cakap induksi 23 MEI ni plak. Aduss, rasa tak cukup masa pulak nak bermalas-malasan kat rumah.


**************************************************************************

Sebenarnya, sejak skolah lagi aku tak suka subjek BIOLOGY. Tak, bukan salah cikgu Bio. Tidak sama sekali. 
Cikgu Ayu, Cikgu Wan Nor, they did a very GREAT job. Cikgu dah mengajar bermati-matian, bersungguh, dgn extra classessssss bagai.
Aku je rasa weak sangat2 dalam subjek tu (disamping fizik yg mmg KO. hehe)
Exam, nak dapat B pun mmg nazak. Hmmm.. Naseb je SPM dapat A2.


Tapi bila org tanya cita2, haruslah cakap doktor supaya nampaklah diri tu bercita2, berpandangan jauh dan berparadigma. Hehe. Hakikatnya....................


Rindunya nak belajar mathematics. Rindu Cikgu Zul n Cikgu Azmi. hehe. Dgn gaya slamber  je ajar Add math, Ckgu Zul bagi latihan kat buku teks je. Kelas lain, nah beratus latihan stiap hari. Tapi tulah, dia ada cara tersendiri nak mengajar dan apa yg diajar tu, mmg berbekas dihati :D
Cikgu Azmi plak, buat lawaaaaakkk je. Takleh menjawab, nanti kena drop oleh beliau. HAHA..


Adoi.. kenangan betul blaja kat zaman sekolah. Duk cuti2 ni, rasa nak je melawat skolah. Hari tu aku lalu, dah banyak sangat pembangunan. Bangunan baru berlambak2. Padang dah tinggal suku. Ke skrg dah takde langsung? Ada lagi ke Dewan NIk Yahya (nama pengasa skolah Naim tu). Koop ada lagi? Water cooler? hehe. Bangunan form 4 n form 5 ada lagi tak eh?


Errmm... dah habis belaja.......
skolah rendah: 6 tahun.
skolah menengah: 5 tahun.
matrik: 1 tahun
degree: 5 tahun

total: 17 tahun masa dihabiskan utk belajar, menuntut ilmu.
Sekarang tiba masa untuk bekerja.

MARI MENJADI PENJAWAT AWAM 
:D


hehe, sekian.

p/s: Oit makcik, nak sambung master tak? taknak!!! huhu

Tuesday, April 26, 2011

>> Nasi Katil

Assalamualaikum.

Dulu aku dengar org cakap je pasal nasi katil ni. Tertanya2 jugak why nasi katil? best sangat ke?? Untuk merungkai persoalan ini, Umi bawak aku g kenal2 tempat tu.

Tu katilnya.. nampak tak?
Dua orang tudung labuh tu owner dia.

LAAAAAAhhh.. rupa2nya sebab dia meniaga dari atas katil, bkn makan sambil baring atau tido ye.

Kitorang g bekfes kat situ. Mcm biasa, ada Nasi Belauk katanya ore kelate. Rasanya, ermm, OK la, tapi xleh pegi selalu la takut muak. 

amboi, gelak sakan ye bang. Balik opis tanak? hehe
(tgkla yg sdg beratur beli nasik tu, kemeja belaka.. kerja mana sume ni? hehe)


Korang leh ar try. Aku tengok asek penuh je tempat tu. 
Lokasi: Jalan Yaakubiah, Lundang (dekat2 ngan Masjid hijau dekat traffic light Yaakubiah)


Tak tahu nama kedai sbb xde papan tanda. Kalau tny orang, mesti orang tahu punya..

Kbai ;)

Monday, April 25, 2011

>> Make Over 1

Assalamualaikum..

MySpace

Erm.. ekceli banyak menda nak di taip kat sini. Banyak entry tertunggak. Namun disebabkan oleh:
1. Brukbeng di konker oleh Boe
2. Masa utk laptop sedikit terbatas 
3. Urusan2 birokrasi lain

..........menyebabkan entry2 tersebut hanya digazetkan di Draft. Takpe, nanti kita buat retrospective entry, okay.


Macam ape yg ak nak cerita kali ini, sebenarnya sejak 3 minggu lepas lagi aku nak post tapi tulah ade je menda menghalang. Geram betol. huhu. Eh mcm penting sgt pulok doh !


Lepas professional exam hari tu, pihak kolej suruh clear barang2 by 1st April. Adalah agak menyusahkan aku yg barang dibiliknya tersangat banyak manakala rumahnya nun lebih 400km dari kolej. Mak ayah tak dapat nak jemput n bawak balik brg tu same2. So 1st April tu aku g pos guna Transnasional courier. 3 kotak barang2 buku2 sahaja.  Then balik Kelate la malamnya tu naik bas sebab bawak balik 2 beg baju. 


Selingan: aku menci naik bas aaaaaaa. Bawak laju gila babas! Dahla paginya tu, kena turun tukar bas kat Machang sbb bas yg aku naik tu ntah gila babas ke ape nak g ke arah Rantau Panjang. Memang waddehel la kan aku kena bawak 2 beg aku yg berat gila tu g naik bas setrusnya, ngan handbag lagi, dpt pulak seat tingkat atas, depan sekali. Memang waddehel. Tak mau dah naik bas !!


Barang2 yg selebihnya tu aku tinggal dulu kat KTDI. Seminggu lepas tu aku dtg balik ke KL. Ye kali ni aku naik flight akhir dari KB turun kat LCCT. Masa tu kebetulan ada kawan aku nak balik Klate ngan kete so aku tumpang kete beliau je lah !! Makasih beliau !! 4 hari duk rilek melawat saudara mara ipar duai n jadi responden utk Dr Chong ENT punya research (buat caloric test) aku pon balikla semula ke tanah tumpah darah ibuku yg melahirkanku itu.... 

Babai bilikku di KTDI yg disayangi.. Ku akan merindui kamoo. Kau memang best ;)

Sekian mukaddimah. Haha panjang tak? taklah mana ada...

MySpace

Sejak berpindah ke rumah ni, baru bape kali aku balik. Paling lama pun duk 4 hari je. Ni bukannya rmh baru siap, perumahan Binaraya ni pun dah bertahun2 wujudnya. Katanya Umi aku, sini ada satu kawasan USM sediakan rumah utk Dokter2 dia so sesuai sangatlah aku duk sini. Chehcheh haha!



Dah baliknya sekejap2, aku tido lompat2 je bilik tu bilik ni. Tapi kali ni aku kan akan bermastautin kat sini (? berbulan ? bertahun) so haruslah aku menyediakan singgahsana terbaik utk bersemayam ! hehe
 MySpace

Mari kita buat make over !!

Disebabkan aku yg nak mengemas so aku ada kuasa veto nak pilih bilik mana HAHA (gelak keji). Tapi dunwori, aku bukanlah sejahat yg disangka, aku ambik bilik ciput je. Xdok toilet? Takpo. Xdok econ? Takpo. Ish ish, zuhud sungguh ;P




Kau tengok bilik ni xde katil. Sebabnya masa pindah ritu, 1 katil dibuang sbb rosak masa mengangkut, 1 katil tinggal je kat situ.

 Sepah? biasalah lelaki ahaha.


Ish ish kotak2 pindah pun tak unpack lagi. Maklumlah Umi duk ngan Bo je kan. Tak larat jugak nak kemaskan semuanya perfectly. 


Adoii.. camane nak kemas ni...

*
*
*
*
*
*
*








Baby no need to worry, big girl dont cry !!

Tu mereka dah sampai rumah daa. hehe.

Hikmat Ikhtisas ni satu kedai perabot dekat umah aku. Hajatnya ritu nak g wat survey je kat situ tetengok Umi terus beli. Huhu. Cap kampung je tak mampu nak beli kat Macazo, Lorenzo dsb ! huhu


LoL. suke ya makcik?



Alah simple2 je dulu. 


Dinding hijau muda, taknampak kepala katil kaler putih. Grrr
(i like that monyet .eheh)

I like pintu slide. blh letak diruang terhad.
Kat sebelah almari, letak baju2 kurung. senang nak pilih bila nak pakai.


Malas nak cat bilik. Terasa jugak nak cat merah kat bahagian kepala katil tu sebab dia kan putih so kalo dinding cerah nampak suram.Tapi tulah, malas nak g beli cat, alih2 barang  dan cat sendiri. Leceh la pulak ! Huhu.


Langsir tak tukar lagi. Yang sedia ada (yg lain) pun tak best utk diletak. Nak langsir baru, tapi tak mau beli yg siap. Nak g pilih kain pastu upah org jahit baru puas hati. Malangnya org dah tak ambik sebab duk sibuk nak jahit utk raya nun. Takpelah. Sabo le dulu. Kalo ade sapa2 nak bagi langsir terbaik dari ladang, boleh je nak sponsor ! heheh


Set bilik tidur tu sekali ngan tilam. Pada mulanya Umi tak mau tilam sebab dah banyak. Bila org dah dtg hantar set, terpikir pulak nak. Hehe. So call balikla Kak Lah Hikmat Ikhtisas tu, ckp nak tilam. Esoknya depa dtg hantar. Haha.


Nak letak mana lagi? Nah sendal dulu la kat sini. Aku malas nak uruskan. Huhu. Tak abis2 ngan sifat malas tersebut.





Simple je kan? Umi ckp xpolah biasa2 je pon, nanti kenduri EJAY nak kena beli yg lain pulok. Nanti pilihlah nak kayu jati ko, meranti ko gapo2 lah. Bilanya kenduri EJAY tuh? Tunggu la EJ jadi doktor engineer dulou. ;)

Hehe. Oleh itu sekian terima kasih. Kita bertemu lagi dalam episod make over yg lain okaii ;)

>> Surat Tawaran

Assalamualaikum..

Setelah berhari2 menunggu ketibaan surat dari SPA, akhirnya sampai jugak beliau ke tgn aku. Thank u abang posmen yg gigih bekerja !


Tuan/Puan, [hellooo, aku CIK hoccayyy!! ;P ]

TAWARAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41


Okey, thank u so much atas tawaran itu. Saya berbesar hati menerimanya. Terus tgk gaji, cinonet btol RM2458.39. Haha, duniawi sungguh. Patut naik lagi basic ni. Naik lagi ! Setiap tahun kena naik at least 25% ! Ya, sungguh berpatutan idea itu !

Antara lain, surat ni suruh aku buat:
1. Hantar balik kpd mereka Surat Setuju Terima Pelantikan
2. Medical check up
3. Surat Akujanji
4. Surat Akuan Sumpah
5. dll


Haii... bilanya kursus induksi ni. Semua orang dah tertanya2. SPA ni suka la buat seprais. Manja giteww :O 
Tarikh lapor diri akan diberitahu masa induksi. Kiranya balik dari induksi tu terus start bekerja. Kerja, kerja cari duit untuk makan minum anak bini.


Cuti lama2 ni tak sentuh buku pun. Patutnya kena selalu berus otak ni supaya tak berkarat. Kata nak jadi HO yg baik. Cheh, semangat gila pulak skrg ek.


Okay, that's all
Tata
gudnait.

MySpace



Sunday, April 24, 2011

>> Houseman

Assalamualaikum..

Nah, baca link ni sebab takmau kopipes.


Doktor latihan siswazah kena kerja 40 jam berterusan


Bagi yg tak tahu, selepas seorang pelajar perubatan tu menamatkan pengajian di sekolah perubatan, dia akan bergelar Houseman dan diwajibkan untuk menjalankan Housemanship di hospital yg ada Pakar selama 2 tahun wajib. 


Kiranya dalam ranking Doktor, Houseman / House Officer (H.O) ni adalah yang paling cinonet sebab itu selalu dibuli seperti kuli. Hehe. Biasanya orang kampung panggil 'doktor praktikal'.  Lepas tamat housemanship 2 tahun, dia akn bergelar Medical Officer (M.O). Pada masa ni lah dia boleh sambung buat Master program untuk melayakkan dia bergelar Specialist. Tak kisahlah dalam bidang apa yang dia nak. Suka hati dia/ bapak/auntie dialah nak jadi specialist dlm bidang apa pun takde sapa nak halang. Seterusnya berusalah doktor itu untuk mendapatkan Associate Professor, seterusnya Professor. Nak lagi, buatlah jasa2 baik2 lalu kan mendapat Datuk. Lagi, Tan Sri, Prof Emeritus etc etc. Ape2 darjah kebesaran atau kekecilan kalau dia nak pun boleh dapat. 


Kalo tak mau prektis, buatlah bisnes (inspired by Dr Che Rozmey) ataupun join politiklah, cepat sket femes dan kaya raya mengalahkan jalan raya.


Yeah, tak dinafikan dulu kita kekurangan Doktor sebab tulah bnyk sekolah perubatan tetiba tumbuh dgn sesuka hatinya mengalahkan cendawan yg tumbuh selepas hujan lebat. Dah banyak sangat orang yg nak masuk medik, nah ambik kau berlaku pula lambakan houseman kat ngr kita ni. Kalau dulu satu department ade sorang dua je HO tp skrg ni berpuluh2. Kalau dulu sorang HO jaga 60 patient pd 1 malam, skrg ni 2,3 HO jaga sorang patient. Kalo dulu sorang HO oncall EOD (every other day), sekarang ni mcm Dr dlm artikel tu ckpla, 6-7 kali. 


Adeh, ye, kalau nak dibandingkan dgn zaman dulu, mmg la banyak bezanya. Dunia dah maju zaman dah berubah. Ada sorang specialist aku anti sgt kalo orang bezakan zaman dulu dan sekarang. Dia ckp kalo zaman dulu bagus sgt, knape tak dtg hospital naik basikal. Hehe. I loike.


Nama pun baru start kerja dgn ilmu2 teori, haruslah doktor tu menjalani latihan sebelum betul2 boleh berdikari merawat orang. HO kerja under specialist's supervision. Buat kerja2 wad dgn gigih, isi borang itu borang ini untuk patientsss, hantar patient ke radiology, endoscopy. Pagi petang siang malam ambik darah. Sekejap2 kena review patient. Buat VE (vaginal examination) beratus kali. 

"Doktor, branula tercabut "
"Doktor, betul ke dose ubat ni"
"Doktor, buat admission clerking patient bed 6, 10, 14, 26 new case"
"Doktor, CBD (urinary catheter) patient mcm nak tercabut"
"Doktor, darah  ambik tadi x cukup,utk GXM mmg kena banyak"
"Doktor CVL (central venous line) dah psg ke?"

dan lain2 lagi. Kalo nak list semua benda dalam logbook tu alamak patahla 'jejari runcing' ni. heheh.


Bizi tak bizi tak? huhu. HO pun ade logbook dia jugak. Sebab tu kekadang berebut pulaklah ngan medical student UKM yg mmg diketahui tahap kerajinan yg tak terbelah bahagi oleh batu belah batu bertangkup. Batu api apatah lagi. Takdelah, bukan nak ckp kerja doktor ni paling bagus, paling sibuk dan paling penting kat dunia ni. Tak, tak bermaksud begitu. Cuma kan dah bnyk kali kluar paper Hosmen duk cerita xde life la, mak ayah komplen anak jarang balik rumah la asek tido di sepital la so dats why aku nak cerita jgk kat sini.  Nah aku pernah cerita pasal oncall kat entry ni.

MySpace

Truly, dalam duk tak sabar nak start kerja, ade gak la rase risau berdebar mampu ke aku buat nanti? Elok tak performance aku nanti? Mampu ke aku nak jg nama baik UKM? dan mcm2 lagilah.. Bila dah dihantar ke hospital tu hospital ni, bercampur2 lah para graduan dari pelbagai sekolah perubatan. Bila buat keje tak elok sket, orang akan tanya, 'U ni graduate mana hah?' tu soalan biasa. Sebagai contoh, masa aku wardround dulu, Hosmen tak sempat nak siapkan keje b4 grandwardround tu. Dia baru je lepas tagging (baru masuk posting tu). 
Bos tanya, " where were u graduated from" 
" XXXXX"
 " what hv u done in XXXXX ???? "
Gaya tanya tu mcm kau hanya bermain2 masa belajar dulu.


Abah aku, kawan2, pakcik2 selalu cakap kesian tgk HO kena tengking depan org ramai, depan patient. Hurm.. susah nak ckp. Mungkin ada sebab dia betul2 buat salah banyak kali, sebab tu kena tengking2.  Mungkin dah dipesan tapi x buat jugak. Mungkin dia terlupa, tak sengaja tak buat keja elok. Ataupun ade jgk jenisnya bos yg baran.AAhh banyak sgt kemungkinannya tapi dlm apa2 situation pun tak ira sapa yg salah, HO will be pointed to. Nasib badan. 


Macam penulis surat tu cakap:

Houseman takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu. 
YES THIS IS REALLY RIGHT. 


Juga yang ni:
Mungkin orang di luar mudah mengatakan ‘Ala, kerja biar ikhlas, jangan merungut’ tetapi realitinya kalau anda di situasi seperti ‘houseman’, apa anda sanggup? 

Hari tu, aku ngan Umi bawak nenek aku pegi klinik. Dr perempuan. Umi aku ni mesra sangat nak bagitahu aku ni fresh graduate tggu masa nak hantar posting. Dr tu ckp, dia masih ingat lagi masa dia hosmen dulu, ada 1 hari yg dia anggap neraka. Masa tu dia pregnant. Dia kerja start kul 7 pagi tu, nonstop sampai petang esoknya. Perghhh. Dia ckp kalo skarang dia diberi duit beribu2 pun takkan pernah sanggup nak ulang benda2 tu. Huhu.


Eventhough mcm tu, but it was a good practise. Dr tu nasihat jugakla, buat betu2l masa HO tu. Jangan give up. Jangan quit, sayang sangat nak ambk degree sampai 5-6 tahun, orang cuti 3 bulan kau cuti sebulan, orang cuti sebulan kau cuti seminggu. Hmm..Yang penting kena sabar dan kuat semangat. Apa pun pendapat mereka ttg Housemanship, aku harap nanti aku dapat buat betul2 dn enjoy. 2 years will move on very fast. 2 tahun je, sabar2 ! Lepas dah dapat lesen tu, kau cabutlah nak g mana2 pon. Hehe.


Uuuu, risau risau risau.

Hari pengumuman result.  Tahniah, doktor2 muda. Semoga terus gigih dlm housemanship.
picture credit to Nurulhuda Rahman


Sayangilah HO anda setiap hari


MySpace MySpace

Saturday, April 23, 2011

>> Idham Juta

Assalamualaikum...

MySpace

Sekarang ni dah 3 minggu kat rumah. Cuti habis belajar. HEAVEN !! Eh Eh dah 3 minggu? LoL ! Dah 3 minggu rupenye cis buat2 x perasan pulak dah ! Aku duk berlegar2 je kat rumah je selama 3 minggu, except 4 hari iaitu 9-12 April tu g KL, nak uruskan barang2 yg masih bersisa kat kolej kesayangan KTDI. Bosan? taklah tak bosan langsung even duk umah je sebab banyak menda jugak nak dibuat oleh makcik kau ni..


Kenapa tak bosan tak lain tak bukan karena adanya budak Idham itu. a.k.a Boe. Setiap hari duk uruskan budak bertuah tu. Pagi2 jgn harap aku nak bgn lambat sebab lepas solat Subuh tu nak kena bergaduh ngan budak tu dah. Bergaduh nak kejut g skolah la bukan bergusti tangan. Budak tu, punyalah SUSAH gila nak bangun pagi. Siyes susah, kau goncang badan dia setengah jam pun belum tentu bangun. Sampaikan kdg2 aku ngan Umi usung si demok tu letak kat bilik air, simbah air baru dia bangun. Percik air kat muka? heh, sori bolayan ! Haha. Kenapa usung? sbb aku / Umi x larat nak dokong manusia yg beratnya 40 kilo itu.


Ok bila dah masuk bilik air, bagi berus gigi OKlah sikit. bolehlah tinggal dia mandi sendiri tapi kena berjaga2 jugak kot2 dia main air pulakk. Kena selalu ketuk pintu toilet sebab dia mandi kunci pintu haha. Dah siap mandi kena bagi towel pulak, lap2, pakaikan spender, baju n seluar sekolah. Kalu awal lagi pakai bedak, sikat rambut. Tapi biasanya lambat la. Masa ni, henfon, laptop juga broadband kena sorok betul2 sebab kalau dia terjumpa either one, alamatnya makin lambat la nak keluar dari rumah.


Setelah bersiap2 ala kadar, (biasanya aku tak mandi lagi), aku ngan Umi keluar la hantar Boe tu. Biasanya awal mcm mana pun rancang nak keluar, dekat 7.30am jgk kluar rumahnya. Wait!! tak boleh hantar mcm tu je, kena suap nasi dulu sebab kesian dia g sekolah nanti lapar. So singgah beli nasik sebungkus. Then park keta tepi pagar sekolah. In the meantime, umi suap dia nasi AYAM GULAI (yes, it MUST be ayam gulai or he wont eat) dan dia pakai stoking n kasut.


Dah siap students baca doa, selawat, barulah aku g hantar dia ke kelas. Yes, kena hantar sampai ke pintu kelas. Kdg2 dia x bagi hantar so let him go pastu telefon cikgu kelas, Boe dah sampai kelas ke belom. And ofkos dia akan sampai jugak. Akhirnya setel hantar ke sekolah diwaktu pagi.

Then aku ngan Umi akan pusing2 cari makan. Biasalah rakyat Kelate, makan pagi harus pusing satu kampung. Dan wajib 'Nasi Berlauk'. Pekerja2 kerajaan pun (swasta pun apa kurangnya), lepas naik punchcard haruslah keluar cari makan. Tak percaya, cuba kau pergi Wisma Persekutuan tu pukul 8.30-9.00 am. Ahh, takpun kul 10, 11 maksud aku, anytime lah, pasti kau nampak mereka berduyun2 ke cafe ataupun gerai2 di sekitarnya. Okey takde keje nak g wisma, kau pergi Lundang, Kedai kat Pokok Ceri atau Nasi Katil.  Dulu aku pun x tahu tempat ni tapi sejak balik ni lah Umi aku rajin bawak bekfes kat sini pulak. Jgn tak tahu, aku bekfes dgn manusia2 berkemeja smart, berbaju kurung cantik2. Maksud aku, mereka mengular la tu. Haha. 


Taklah, mane de aku fitnah. Umi aku pon keja kat Wisma jugak dulunya, selalu je lesap dari opis. Nak wat cane kan. Rilek sangat kerjanya. hehe.


Eh berbalik kepada Boe, pukul 12 dah kena g jemput dimuka pintu kelas. Ya, wajib ambik dimuka pintu ye kawan2. Bukannya tunggu dalam kereta sambil tekan hon ponponpon. Pastu singgah kedai beli lunch beliau iaitu AYAM GULAI or he wont eat. 


Itulah kisahnya bagaimana aku menghabiskan masa cuti dgn Idham Juta. Tu tak termasuk g beli eskrem, beli beras, bawang bersama2 lagi. Tu baru suku (xsampai separuh pun lagi). Penat tau nak uruskan budak ni. Wonder girl betul mcm mana Umi aku blh wat SORANG2. 


Kisah ini hanya berlaku jika aku ada kesabaran yg tinggi diwaktu pagi. Kalau tak, "Tokse bangun, xpayah g sekolah ! Tido lah !!!!! " Heheh.. Purata ke sekolah adelah 3-4 hari seminggu. Takpe, ade Guru Besar kisah??






eh tak jumpa pulak gamba ngan baju sekolah. Xpe, lenkali aplottt..
Kbai ;)


Tuesday, April 19, 2011

>> Im the first ..

Assalamualaikum....

Fuuhhhh.. selamat jugak aku mencipta blog baru.. wee.. dgn ini secara rasminya blog ini akan menggantikan hidayahjuta.blogspot.com. Yes2..

Hari tu lepas pro-exam aku terpikir nak kenalkan blog tu kepada umum. Selama ni blog tersebut beroperasi secara underground. Just tempek link kat profile FB so sapa yg perasan akan link ini akan klik pada link tersebut dan ahhah, oh rupanya inilah blog Hidayah Juta. Sape yg x perasan nescaya tidak tahu kewujudan blog ini dan sesungguhnya mereka hidup dlm kerugian ahha! Bukan ape, malas nak kecoh2 sbb bukan ade citer ape sangat pun, it was just like a diary for a nerdy final year medical student. Kate medstudent haruslah nerd juga skema. kihkih (mari teruskan mentaliti rakyat Malaysia)

Aku suka baca blog orang.. blog sapa? mane2 y aku terjumpa link, aku klik n baca jer la.. biasanya jadi silent reader je.. tanak tinggal jejak pon wahaha.. motif?? ntah..

Blog dulu pun simple aje.. Letak menda basic je, xde button follower, xde chatbox, xde tu xde ni.. Nuffnang? apatah lagi... hikhik..

Setelah berfikit 2,3 jenak, aku pun rasa nak buat blog barulah tuk ceritakan perubahan fasa seorang pelajar yg menjadi fresh graduate dan seterusnya penjawat awam yg berdedikasi. Ape dia akan jadi lepas ni? Ke hospital mana beliau akan dicampakkan??? Jadi melalui blog ini,masyarakat di dunia akan tahu kisah seorang doktor muda ini.. hehe.. Dan blog ini akan menjadi lebih berwarna warni, tidak terlalu menjurus ke arah bidang perubatan.................utk sementara waktu jelah.. hehe nanti start Housemanship, haruslah aku hapdet pasal keje2 kuli di hospital kan. hehe. Yg tu, nanti dulu, lambat lagi bulan 6 nuuun..

Sebagai permulaan, aku kan ceghita pasal cuti aku ni la.. Secara rasminya cuti bermula 31 march 2011 (besday umi aku wei, cepat wish belated besdayy!!) sehingga tarikh yg akan diberitahu kelak.

Jadi, happy reading.
MySpace