Assalamualaikum, salam muhibah, salam 1Malaysia, salam hari raya.. (takmo salam ngan lelaki, nanti batal wudhuk).
Sedar tak sedar (padahal sedar), dah dekat sebulan aku tak update blog ni... seperti biasa, macamlah kerjaya akulah yg paling bizi di dunia , kan ! kihkih !.. Masa tu ada, tapi bila start taip, malas nak teruskan. Bersusun dalam draft nun. Tak caya, bukakla dashboard aku, password ********. Try kalau tak percaya.
Selalunya aku akan update bila aku bertukar wad, kan. Tapi ni dah bertukar2 banyak kali, tapi blog tiada apa yg baru. Seriyes, tak tahu apa nak update selain kehidupan di hospital ni.... bosan kan. Rutin masih seperti dahulu ; bangun kerja-oncall-tido-bangun pagi- kerja- sama sahaja...
Selepas ke HDW yang best tu, aku bertukar ke wad 9 (female) seminggu. Aku keseorangan di situ. Menci jaga wad sorang. Katil ada 18. Nasib baik tak pernah full. Kemudian ke wad 8 (female). Aku seorang jugak jaga wad tu. Aku selalu malang. Bila sampai turn aku, mesti kena jaga wad seorang. Stress tau. Stress sangat. Wad ada 17 katil. Time aku jaga, asik full je. FULL. Tak larat betul. Bila hari discharge, u know, aku punya consultant yg tolong buat. T_T aku rasa nak menangis kenapa dia baik sangat.. Dia kesian tgk aku wat keje sensorang... huhu... masa jaga tu, kerja2 boleh setel... boleh.. tapi stress dan penat sangat !!! sampai aku terpaksa ambik EL !
Kemudian aku beralih ke CCU.. Masa aku jaga CCU ni minggu raya. So macam aku tak jaga whole-heartedly lah sebab sepanjang cuti tu, aku datang buat am round je, then apa2 hal jadi, orang yg oncall kena cover. Heheh. Seminggu kemudian ke CRW. Boring, yg datang semuanya CHEST PAIN & SOB... bosan.. thats why aku cakap bosan. Hari2 tgk ECG je.. walaupun tak terer2 gak tgk ECG, namun aku ttp bosan berada di situ. Hari Rabu pergi accompany patient buat angiogram. Siriyes, yg ni bosan jgk, tapi berkesempatanlah tgk consultant buat stenting (bare metal stent dan Drug eluting stent). Tapi, apa yg bestnya bila duk di wad macam HDW, CCU, CRW ni, kerja teratur, dan pukul 5pm, tingtong boleh punchcard balik kalau takde emergency. Dan tengah hari have plenty of time untuk solat dan bersocial dgn kawan2 di bilik oncall. HEHE.
Sekarang balik ke general ward. Tak suka sbb wad congested sangat. Huhu.. tapi takpe, ada MO yg best dan rajin. kau tahu, hari Selasa hari tu, aku oncall kat active female ward. Kau tahu, dari pukul 6 ptg sampai 7 pagi, ada 13 admission. Aku sempat curi tidor dari kul 4.15am sampai 5.30am. Kenapa bangun, sebab Staff nurse call bagitahu patient on PLV sampai. Cis !! Cis !! Dahla ada patient masuk kul 2 pagi dgn overload dan uraemic symptom. Kena buat urgent PD. Pukul 3 pagi dgn mata lebam aku buat PD. Dahla buat dgn staff nurse yg lembab. Ntah, dia tak pernah assist PD kot sampai aku kena arahkan satu persatu. Masa tu, aku yakin aku buat jadi, sebab inflow, outflow mmg bagus gila. Dan patient complain less pain than previous PD insertion. Namun, kau tahu, ketika aku pergi HDW tadi (tumpang run ABG machine), tetiba ternampak patient tu di HDW. OH no !! Aku tanya FAd, (HO yg in charge situ) what happen, rupanya treating as PD peritonitis !!! Oh no Mannnnnn !!!!!! Kalau sah, maksudnya ni lah case 2nd traumatic PD aku. Huuuu.. Maafkan aku, pesakit, aku tak bermaksud menyusahkanmu.......
Diam tak diam, stress, gembira yakin dan macam2 lagilah situasi yg dialami, dah 3 bulan setengah aku di medical. Secara teori, ada 2 minggu lagi di sini... Tapi VIVA ke 2 belom lagi... takutla, sebab minggu lepas ada 3 HO kena retain lagi 3 bulan... aku rasa tak sanggup nak stay kat sini sampai 3 bulan... tapi kalau bukan rezeki aku nak lepas, aku redha...mungkin ada hikmah kan... tapi aku rasa aku okey, buat kerja sekarang specialist dah takde yg komplen. Namun, kdg2 kesalahan yg kita tak perasan tulah yg orang nampak. Apa yg kita terlepas pandang tulah yg dijadikan issue, kan.. Kalau kita buat kerja bagus, orang takkan puji mahupun cakap thank you tochei terima kasih, tapi sekali buat salah habislah dileret-leretkan... itulah kerja sebagai kuli ni kannn...
Errmm.. minggu lepas sempat curi masa pergi bank, setelkan beberapa hal. Alhamdulillah, loan dah lulus, next week kalau ada masa ke bank lagi, bolehlah selesaikan urusan tanah pulak. Syukur dipermudahkan jalan. Ramai orang ckp, untunglah baru kerja dah boleh beli tanah. Ermm.. ntahlah, mungkin rezeki aku masa ni, depan hari tak tahu lagi. Cumanya bila fikir balik, banyakla pulak kena bayar every month sebab aku nak bayar balik dlm masa 15 tahun je...masa bujang ni, cukuplah makan ngan gaji seciput tu. Nanti kalo ada rejeki kawin dan beranak pinak, naya gak kan. Aaaaaaaaa... kerajaan kena tambah gaji doktor ! Takpun aku kena buat bisnes macam DR che rozmey.. huhu
Opps tersebut pasal itu, kalau jadi insyaAllah sesuatu akan terjadi pada hari raya haji ni..... aaeuwww.. (gedix)
Hehehe hohhoho
Eh beb, aku tak cerita pasal hari raya pun kan ??? boleh terlupa sebab raya takbest. Aku mmg dah tahu, aku oncall pada hari raya pertama. Ok, fine !! Tapi kau tahu, 2 days before raya, adik laki , azim admitted to A&E wad, suspect dengue. (admit untuk rehydrate). Aku tak setuju diorang treat as dengue sebab, total white count 7.5 (kalau dengue, first changes adlah neutropenia), kedua, platelet 190. Cumanya, hematocrit 49. Takkan sebab hematocrit 49 dia treat as dengue. Tak boleh ke, fever with dehydration. Tu pun ekceli dia nak admit wad, tapi aku tak bagi, aku mintak di observe di A&E ward dulu. Kalau HCT 49, sepatutnya bagilah bolus, run fast 1 pint kan, ni tak, nak jugak bagi slow2, mmgla HCT lambat pick up. Esoknya, aku sign AOR discharge sbb pada hari last puasa tu, mak aku pun demam, dan adik bongsu aku pun admitted kat paediatrik ward (bronchopneumonia). Jadi aku bawak balikla adik laki aku tu. Tinggal sorang lagi kat wad. Aku ingat, aku raya sorang2 kat wad pada hari pertama raya, tapi disebabkan Idham admitted, maka berayalah kami sekeluarga di wad. Hahaha. Aku ngan mak aku mintak discharge sbb clinically, adik aku dah very well. (tapi aku admitlah dia punya chest xray very bad, IV antibiotic is the best). MO tak bagi, cakap kalau nak, kena AOR. Then kitorang setuju, Mo inform specialist dia, surprisingly, specialist bg discharge, bukan AOR.. hehe.. then baliklah ke rumah pada hari raya pertama itu..esoknya semua demam.. Bila aku balik keje Tgh hari raya ke 2 tu, sempat ajak diorang pergi beraya ke sebuah rumah sahaja. Raya ke 3 cuti. Raya ke 4 bekerja seperti biasa sampailah hari ni bekerja jugak !!! EVERYDAY IS A WORKING DAY UNTIL PROVEN OTHERWISE. Itulah slogan Houseman di jabatan ini.
Sekian, aku rasa itu sahaja update sebuah kehidupan di alam fana ini.. wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (make sure baca dlm satu nafas sahaja)
0 bakal jutawan:
Post a Comment