Assalamualaikum..
Berminggu tak menjenguk ke sini. Maklumlah perasan bizi. Perasan kerja akulah paling bizi di dunia.. haha (tak klakar pon)
Hari tu aku cakap aku takut nak masuk temenggung sbb patient situ tak stable, takut tak dapat manage la ape la.. Temenggung ni high dependency ward (HDW). Mmg patient yg terpilih sahaja masuk situ.
Apa yg bestnya, patient maximum 18 orang, dan 2 HO cover ward tu. Sorang jaga 2 cubicle. 1 cubicle 4 patients sahaja. Hehe. Cumanya, side aku tambah 2 bilik isolation, so jadi secara maximum aku jaga 10 patients! hehe. Kat sini, aku mmg learnt banyak menda la. Procedures dan cara manage patient secara menyeluruh, dan aku jd thorough sket. Semua result trace cepat2, blood culture kalau takde dalam lab system cepat aje call lab mintak jengukkan botol2 patient aku kut ada ketumbuhan organisma. Sebab yelah, penjagaan rapi. HDW kan satu level je bawah ICU. Infection control kena jaga betul2. ESR, CRP sangat penting utk di trace. Biweekly CRP. Penanda aras setakat mana dah berjaya kawal infection patient. Antibiotic yg guna bukan stakat cloxacilllin, tapi, nah meropenem, tazocin, levofloxacin, maxipime dan yg hebat2 belaka.
(hari tu HOD buat announcement supaya stop kejap penggunaan Rocephin sbb penggunaan yg sangat berleluasa, menyebabkan resistant. Jadi Rocephin hanya blh digunakan utk meningitis dan typhoid. Stakat pneumonia tu guna la Claforan ke, Azithro, Augmentin dan yg lain2 ubat yg klasik).
Kalau kat general ward dulu, patient berpuluh, jadi tgk patient pun secara superficial. Kadang2 blood c+s tak trace pun sampai patient discharge. Betul. Sungguh. Rasa macam tgk patient tu niat cuma satu, nak discharge secepat mungkin sbb congested ward. Kadang2 patient dah discharge tapi ada lg blood tak ambil. Betul, aku buat pengakuan ni.
Di HDW, kena round patient 2x sehari, am review, pm review. Pagi2 aku pergi awal jgklah sbb setiap hari boleh ada admission, so aku kena tahu new case before specialist dtg. Patient yg dah lama2, yg muka surat dah beratus2 tu aku tak pentingkan sgt sebab takde perkembanagn ape nak update selain tunggu dia asystole (oppppsss!!). Bila dah abis am round, MO dtg, pastu specialist dtg. Specialist kat sini ada 2 org tapi tak pernah nak round bersama2. Sorang dtg pukul 8 lebih. Sorang dtg pukul 10 lebih. Yang kelakarnya, mereka ni mcm bertentangan. Bila yg tu start antibiotic tu, yang sorang lagi stop, tukar yg lain. Bila yg sorang tu cakap patient ni perlu PD, datang yg sorang lagi cakap tak payahla, buat je HD terus, either CVVHD or SLEDD dan sebagainya. HAHA.. Diorang tak bergaduh tapi pemikiran tak sama. Ok, bila lepas semua specialist dah round, bolehlah buat kerja2 yg di order tu. Contohnya referral ke, buat procedure ke, trace semua result. So bila pm round, kerja2 yg diperlukan ketika pagi dah complete. Maknanya setiap hari kerja utk setiap patient akan setel, dan boleh balik at 5pm, provided Bos tak dtg round. Salah satu bos aku ni rajin, rajin sgt. Dia suka pm round, di mana dia akan dtg pukul 4 lebih approaching 5 pm, dan habis almost 6pm. Tak , aku tak marah dan aku suka round dgn dia sbb dia baik sesangat cuma tulah, balik lambat huhuhu
3 minggu aku kat wad tu. Best, rasa taknak keluar balik general ward. Masa last day, salah sorang bos aku buat assessment. Klakar gila rasa macam long case. Mula2 present presenting symptom pastu examine depan dia, present findings, bagi differential (points for and point against) dan provisional diagnosis. Giler ah ondespot. Haha. Seb baik dapat diagnosis Pulmonary hypertension with right heart failure. Loud P2 dia mmg jelas gila. Rasa nak pos patient ni ke HUKM buat pro-exam. Hehe.. tunggu... assessment tak henti kat situ.. hari tu, cubicle aku ada 8 patient. Setiap patient mesti ada soalan yg ditanya. Nak start antibiotic ke tak, nak treat ke tak, kalau culture apa expected organism, apa definition itu dan ini.. banyak sangat. Tapi Alhamdulillah tak tahu kenapa hari tu otak bergerak cergas, kiranya macam boleh jawab lah jgk kebanyakan soalan tu. Syukur sgt, sbb sejak minggu satu dan dua, aku asik kena marah n bebel je kat bos aku tu...sampai satu tahap dia menggeleng kepala kat aku dah.. huhu betapa teruknya aku.. dan syukur, pada last day aku ngan dia, aku berjaya buktikan yg aku not that bad. Yg plg best nak didengar " I pass kan you.. Jgn runsing, pass, pass.. nanti kalau u kena extend, jgn salahkan I, OK" rasa lega kejap bila dgr mcm tu. Tapi tak tahulah kan, mulut kan sungguh manis utk berbicara !!!
Then, pada pagi Ahad yg hening, di saat aku sedang sibuk round dgn bos baru di general ward female, telefon berdering...
" Dr, kak Siti ni (kerani ofis). Dr jgn terkejut ni, DR S***** nak buat viva ngan Dr hari ni pukul 2.45pm"
"ok kak siti, 2.45pm, ok,"
Bukan aku tak terkejut, tapi tak sempat sebab ngah wardround. Gullp, dalam hati risau gila sbb mana sempat stadi pun, tetiba cakap nak viva... waaaaa....
Tapi...
tapi...
Pada ptg itu, aku pergi awal lg, 2.35 dah terpacak depan bilik dia. Dahla logbook tak bawak. Dalam hati berdoa mintak2 la tak jadi, mintak2 la x jadi....namun, kul 3 dia sampai.. eerrrggghhh matilah aku kali ni... masuklah cakap2 introduce diri, bagitahu my previous wards.. Pastu dia cakap bosanlah viva dlm bilik je, bawak stetoscope x, jom pergi wad.. huhu.. pastu pergi la wad, buat short case haha... CVS examination. patient dtg dgn SOB, pastu ada irregularly irregular pulse, raise JVP, gallop rhythm, bilateral leg edema. ECG: irregular rhythm, no p wave. CXR congested lung. Diagnosis aku heart failure secondary to chronic AF. Hahaha.. pastu bincang sket2 pasal systolic failure, diastolic failure. Apa yg berlaku dan bagaimana terjadimya systolic dan diastolic failure. huhu. back to basic gile. At last dia cakap,
"goooood, just carry on"
gullp, tertelan air liur. dia ni perli ke hapa. Kan banyak kali jugak aku duk errr.. er... haha
Dua peristiwa tu menyebabkan aku rasa ada semangat sket nak teruskan berlari. tapi pagi tadi masa round dgn bos, xleh jawab soalan dia pastu cakap aku ni ada potensi utk kena extend. Hahahaha
Macam tu lah hidup sekarang ni. Ada naik turun. Hari ni kena puji, esok kena bambu. Esok kena marah lusa dapat complement. Yg penting kena kuatlah kan.....heheheh...
Ok tutup bab tu. Bukak bab lain yg aku rasa lebih menarik. Ok, bg yg tak tahu, umur 24 tahun, bak kata orang melayu, masih muda jelita walaupun tak guna SK II essence. hikhik.. tengok kawan2 dah beranak pinak berlaki bini. Ada yg dah nak masuk bini ke 4. Ok yg tu tipu.
Hmm... umi aku duk suruh aku menikah aje.. suh kawin cepat2, dapat anak cepat2 sbb aku ni dah lanjut usia. Lagipun, Mr X pun sudah mengajak utk mempercepatkan proses ke arah membina keluarga yg sihat dan cerdas. Adoii.. bukan tanak kawin.. nak , tapi.. tak boleh lagi la skrg... Duit tak jadi masalah.. tapi aku risau la nak kawen masa HO ni.. dah oncall pun 11 kali sebulan. Hari post call, akan tido mcm kena minyak senyonyong! Baju pun hantar dobi. Bilik kuarters pun sapu seminggu sekali. Macam mana nak jaga laki aku? Dia nak buat apa kat rumah kalau aku on call. Nanti tak sempurna tugas sbg isteri sama ada dari segi zahir atau batin atau kedua2 sekali jika sabit kesalahan. kang kesunyian pulak laki aku tuk. kang fedap pulak beliau nak kena masakkan utk aku tiap2 hari. kan? Kan Kan???
Itulah, aku kalau boleh nak tunggu habis HO.. tapi bila aku habis? Kalau ikutkan, masa umur 26. Tapi betul ke lulus masa umur 26? Kalau kena extend??? Hmmm.. lanjut sgt la pulak usia pasa waktu tersebut, macam mana nak kejar 2 boys, 2 girls, nak telan OCP lagi... HAHAHA.. mengom la aku ni. !! So macam mana ni kawan2??? Dilemma sungguh la... Kalau tunang sekarang, akan jadi pertunangan yg panjang, which aku betul2 tak mahu. Kalau boleh, bertunang secara maksimumnya 6 bulan sahaja. Kalau aku tunang lepas raya, maksudnya bulan 3 dah kena kawin... Adoi, cepat sgtlah pulaknya! Tak pelah Mr X, u pikirlah sendiri macam mana, nasib u lah dapat bini doktor macam I ni HAHAHA menyesal la tu !!!
Ok lah weh.. ngantuk ah. nak tido. Esok tido kat sepital pulak, maklumlah, ongkollll kannnn !! huh ! tak abis2 ongkol chiiitt!! huhu.. jiwa pulak dah aku di tgh malam yg dingin yg sepi pi pi ni... okey, tatata...
0 bakal jutawan:
Post a Comment