Sunday, July 24, 2011

>> Ke Temenggung pula..

Assalamualaikum..


Meninggalkan wad 8 dgn perasaan bercampur aduk. Aku suka ward tu sbb patient tak congested, boleh balik awal dan staff cooperative. Yang tak best cuma specialist dia yg lifethreatening. Consultant Ok sangat, cuma specialist yg menikam kalbu.



Ditakdirkan, ketika kawan aku tu cuti berkahwin, ketika aku seorang cover ward, patient penuh di wad. Kau tahu, apa makna penuh di wad 8? patient 15 orang Haha. Bunyinye sedikit kan, tapi bila kena handle wad sorang, rasa kalut sket ! Yelah, semua atas kepala ngkau... Tak habis lagi nak round pagi, nah MO dah dtg round. Lepas MO pergi, specialist pulak. Si specialist ni mulut sesedap hati marah aku, cakap jadi mandur kat wad, dia tak tahu yang aku ni working nonstop dari pagi. Marah tu mcm buat announcement. Aku dah bagitahu aku sorang HO cover wad pada hari tersebut, mana sempat nak settle semua before dia datang. Dia duk marah cakap aku lembab, dia dah round 3 ward, aku satu ward pun tak habis. Helloooo, aku round ward, aku review patient satu2, review medications, aku review dia punya result, aku bergaduh dgn orang lab cytology, lab hematology sebab lambat baca slide dia walhal aku dah request URGENT, aku isi borang tu, borang ni dan menyelesaikan masalah staff nurse, ' DR, glucometer ni dah 3 reading high, dah bagi actrapid 20 tak turun2 ni nak buat apa lagi', ' DR, patient hypo lagi hari ni', 'DR, patient tu ada IV antibiotic tapi line dah blocked, tolong pasang branula', 'DR, patient fitting lagi, baru bagi valium 15 minit lepas, patient dah on epilim dan phenytoin!!!', 'DR, itu ini dan itu dan ini' dan aku juga berlari2 ke Jabatan Radiology di bangunan hadapan nak request ultrasound URGENT. 

Ye, bukan setakat datang round orang hulur lab result, orang ceritakan progress, orang tolong tulis dan blablablabla


Patutkah aku marah dan rasa nak lempang laju2 bila orang berkata aku jadi mandur dan tak buat kerja. Salah ke aku rasa nak marah even dia bos aku??? Ok, ok, ok fine, aku hanya pekerja bawahan.....



Sayangnya, sepatutnya aku berbahagia di wad itu namun disebabkan hal2 demikian, aku rasa tak tahan. Aku lagi suka kalau Consultant SAHAJA yg datang round. Hidup rasa bermakna dan kehadiran dan kerja2 rasa berbaloi. 



Ok, itu cerita minggu lepas. Mulai hari ini, aku telah berpindah ke wad temenggung, iaitu high dependency ward bersama Saifuhisam. Erk, Bosses sounds good, tapi nak handle patient yg kurang stable ni aku rasa kurang keyakinan sket. The best thing is, tak perlu ambik darah sangat darah pagi diambil oleh orang yg oncall pada malam sebelumnya, cuma kalau ambik pun beberapa ABG. Kat sini pun banyak procedure katanya kawan aku yg previously incharge wad ni. Tadi dah test gear kat situ, nah ambik kau file patient nak yg tebal2 ajew, habis masa aku nak stady balik pasal patient tu. Huhu..




Syukur Alhamdulillah, dlm bulan ni, ni kali ke 2 takde weekend call. Sejak bekerja 1 Jun ritu, aku tak pernah cuti, ye setiap hari tanpa kecuali aku ke hospital. Betul, tak tipu...bukan taknak tapi nak mencari pengganti tu.... Ya Allah susahnya. Kalau hospital lain / department lain mungkin akan bagi 1 day off per week kat Ho tapi department ni, hello, sorry and gudbai. Nak nak sekarang ni cuti dibekukan ntah kenapa la pulak ! Rasa nak ambik EL je... rasa nak pentingkan diri sendiri je,...tapi kesian pulak nanti kawan2 kena cari pengganti aku.



Kesudahannya, sampai sekarang tak cuti lagi. Okeyh, aku nak request ke district la bulan depan. Either Hosp Tanah Merah or Kuala Krai, ok esok jugak aku pergi department mintak. Aku rasa penat sangaaaaatt kerja di sini, mungkin boleh g tenangkan fikiran kat sana. Tu je choice yg ada selain hantar notis 24 jam, kan !



Ok lah beb. Kena tidur dulu la.. esok oncall lagi.. :C

Hmmmm... bilalah cycle hidup ni nak berakhir, menjadi kepada, 'Kena tidur dulu la.. esok nak g snorkeling'... atau 'Kena tido dulu la.. esok nak sambung shopping day 4'.. Alahai.. mimpi lah cik Dayah !!!

0 bakal jutawan:

Post a Comment