Tuesday, March 27, 2012

>> Kisah klasik antara aku & dia; bday wishes

Assalamualaikum...


Hari ni genap ulangtahun jubli perak bagi Cik Hidayah Juta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup di dunia ini. 


Thanks to all the birthday wishes, yg sudah aku reply satu persatu kat FB, phone and messages. Kalo aku x reply lagi, remind eh. Hehe semangat gitew. Infinite thank you kerana sudi mendokan aku seorang insan biasa di planet Marikh bumi ini. Nasib baik xde tweeter (jakun!) kalo tak mesti tak menang tangan nak mereply hehe macam biasa perasan hot the hottest. (bak selalu kata Munirah: menyampah aku) hahaha



A few days before the date, I received a parcel from Mr Postman. Terkezut mak, nyah, sebab dapat surat dari Johor. Ingatkan dari mana la sebab Nama + alamat ditaip, bukan tulis tangan. Tapi dah agak dah mesti dari ehem2 sebab aku takde kaitan ngan Johor melainkan dgn ehem2.


As expected (cheh!) mmg dari Mr Fiancee hahaha 



(#^_^#)

(#^_^#)



Berlagakla tu mentang2 blajar bahasa Jopun.
Entah2 dia pun ta paham apa dia tulis ngahaha
Btw, tulisan u cantik, kbai.





Yang ni paling nak gelak. JANGAN LUPA BELAJAR MASAK. Takut kurus lettew nanti aku tak masak kat dia. Haha. Yang lain2 terpaksa censorred sbb takut korang muntah lepas baca. hehe.


Baiklah. Untuk pengetahuan lalim, saya berkebolehan dalam bidang memasak air, nasik serta megi. Kui3. Lain-lain specialty adalah masak spagetti, tomyam, begedil dan membuat kek batik secara cemerlang dan professional. Saya jamin makan di atas sangat berkhasiat dan mampu memberi yg terbaik untuk tubuh anda. So bila nak propose saya mcm Awal propose dekat Scha haaa??? Wakakaka



Bulan lepas pun dia ada hantar surat




Tgklah caption 'baca dan jangan gelak'
haha padahal tak baca lagi pun dah gelak sakan sebab klakar org lelaki buat tulisan gemok2 mcm ni. Dahla tak cantik haha sorry mengutuk sikit2 je



Adoila.. macam2.. ni lah bila PJJ. Best jugak sekali skala guna cara lama hantar surat thru post. Tapi aku tak reply2 sampai sudah malas nak nulis then tak tahu nak tulis apa kan.



Semua orang tanya (cheh2 semua orang gitew, tak abes2 bajet hot kan) hehe, oke2.. Ramai orang bertanya, bila walimahnya? Sabar, sabar, kami pun tak habis2 nak bincang. Mula2, nak cepat-cepatkan, kalo x sempat majlis, nikah gantung dulu. Then tak jadi. Pastu umi aku suh hari raya ni. Pastu cuti sekolah hujung tahun. Pastu Mr F cakap tunggu dia habis blaja dulu.. Pastu.. pastu.. aduh pening rupanya nak set date ni. Takleh bincang banyak2 nanti gaduh haha. Nak pilih tarikh kursus kawen pun puas dah gaduh merajuk bagai. Akhirnya tarikh terpilih adalah 10-11 APRIL 2012 di Balai Islam Lundang. Tahniah kepada kami haha. Then kalo ikutkan Mr F lepas kursus kawen terus nikah ar, wat majlis lainkali. GULP, sabar eh pakcik. Kita plan slow2 saya kan nak majlis yg meriah, mcm yg slalu saya cakap, sy nak SATU KAMPUNG MERAIKAN. kehkeh



Lagipun, takleh buat majlis dalam masa terdekat sebabnya rumah aku ni renovate sikit. Nak tambah bilik kat belah atas. So nilah keadaan rumah yg kucar-kacir.



Diorang kan buat kerja atas bumbung tu, so malam tadi hujan lebat gilaaaaaa air hujan masuk mll tempat tu so satu rumah banjir doo.. huuuuu.. risau betul, kan sekarang ni trend perompak laknatullah masuk rumah melalui atap and siling, nak tido malam mesti takut sangat. hmmm...Kawan2, doakan keselamatan  kami ye.. kami dahla comel2 (tetibe je) huhu


Okeylah setakat ini sahaja untuk entry kali ini. 


Before saya tutup majlis, saya nak tujukan satu lagu khas utk Mr F. 
Saje tuju lagu ni sebab dia MEMANG TAK SUKA lagu Yuna ni ahaha, sory beb, but I really love this song. Cant wait to see you next week with your birthday present haha


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Thank you for reading. :)



2 bakal jutawan:

kinn said...

mu tak balas pun msg aku! pui. =P

Tengkubutang said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. heee..

hai.. salam kenal,
follower no.25
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Post a Comment