Friday, March 2, 2012

>> New team New environment



Assalamualaikum..


Perasan tak dewasa ini, sy kan slalu update blog pasal bisnes, lantas seolah-olah menggambarkan kehidupan peribadi diketepikan. Oh tentu tidak sama sekali. kerja still kerja, part time bisnes tetap jalan.
:)


Seperti yg sy gembar-gemburkan kat FB, sejak minggu lepas lg sy dah masuk team UROLOGY. Ntahla nape gatal nak wacanakan kat semua orang, sy masuk team URO. Nebes wey masa nak masuk team ni. 
Dengar2 cite, bos garang, tegas, dan tidak berkompromi. Hohuho ..Dengan patient yang berderettttttt... keje banyak!! Dan jadual sgt pack ! 

Ahad: Grand ward round- hari tu habis kul 1.30pm
Isnin: OT (operation teatre) - masuk OT kul 8am keluar 9pm.
Selasa: Clinic day !
Rabu: OT LAGIIII
Khamis: Clinic LAGII

Jumaat: legaaaaaa
Sabtu: Ala, ada OT LOCUM la pulakk.. (rasa nak blasah sape rajin sgt buat OT locum yg menyumbang limpahan patient di wad)


Hewhewhew


Rasa macam masuk dunia lain. Terasing. Seolah-olah dah terkeluar dari dunia general surgery. Dah tak ambil kira, team mana aktif? wad mana aktif? Sapa nak cover ward palliative? Siapa nak cover team Plastic? Sapa nak masuk Emergency OT?
Sorry non of my bussines LoL. 


1st day joined the team, bos masuk OT, tak dtg round pagi.. legaaa sebab round ngan MO yg baik itew. After that Mo tu pun masuk OT, so tinggallah sy dan Wong duk kat luar je..buat keje wad.. Munirah masuk OT.
So esoknya, jumpa ngn bos. Ahh.. satu perkenalan yg tidak bagus lgsg, iaitu, begini:




‎"Mr A***, saya Hidayah HO baru kat URO, tapi saya dah 3rd posting"


MO: Tapi dah 3rd posting?

Mt A***: What do u mean TAPI DAH 3RD POSTING?? Why u tell me u dah 3rd posting? rasa dah lama ke jadi HO? Rasa dah bnyk benda tahu?? hebat?? TAPI DAH 3RD POSTING (ulang banyak kali)






HUHuhu.. malu gilerrr.. rasa tak tahu mana nak letak muka ni.. rasa nak tampar mulut ni apasal la hang pi cakap dah 3rd posting bukannya dia tanya pon ! yelah, bila difikir balik, cakap mcm tu seolah-olah nak menunjukkan bahawa eleh aku dah 3rd posting kot, dah lama jadi HO, dah terrerr gilerrr ni... huhuhu
Subsequently, sy digelar Hidayah 3rd posting, dan bila dia introduce sy kat Bos 2, dia ni bukan HO baru, dah 3rd posting tu. Grrr.. Yg si MO sorg tu pun sebok je nak perli2 orang jgk, geram betul !




Itulah kisah memperkenalkan diri kepada BOS 1. Hari Isnin hari tu, masuk OT. Sejuuukk, masuk awal pagi lagi kul 8am dah terpacak dgn bergaya sekali. Dan yeay, MO yg baik masuk bersama2, dan seronok digandakan apabila melihat kelibat Bos 2 yg masuk OT. Legaaa sbb Bos 1 xde. Sebabnya, kalau Bos 1 ada, dia banyak tanya, x kisahla pasal patient ke, knowledge ke ape2 jelah. Sedang si hati beronok-ronok, oh tidaaakkk Bos 1 masuk juga ! Oh no!! Perkataan pertama, mana houseman? Lantas rasa mcm kepala kura2 rasa nak sorok dlm cangkerang. Huhu. Dalam hati, mintak2 la dia masuk sekejap, cepatla keluar, cepatla keluar! Sy senyap je bajet khusyuk memerhati procedure dilakukan. Biasanya, OT URO ni HO x perlu scrub,  sebab selain observe procedure, just jadi kerani sokongan, iaitu, tukang jawab telefon, tukang taip report, tukang letak Xray/ CT scan/ IVU dan apa2 lg gambar kat board, tukang telefon blood bank kalo bleeding, tukang telefon radiographer mintak Image intensifier. 
Huhuhu..





Banyak jugaklah soalan ditanya. Kalo xleh jawab die suh tanya MO pastu MO xleh jawab jgk rasa lega sbb sama2 berkongsi ketidaktahuan wakaka. Kalau senyap je lepas dia tanya, nanti dia akan tanya balik, jgn harap dia lupa. Then Last case, Left Pyeloplasty, Alhamdulillah boleh scrub. Katanya 1st pyeloplasty dibuat kat hosp ni. Hehe.
Secara brief, patient ni ada gross left hydronephrosis secondary to pelvi-ureteric junction (PUJ) obstruction, dan dia on nephrostomy.


Mari kita lihat gambar gajah utk pemahaman yg lebih baik





Berdasarkan rajah di atas, setelah urine dihasilkan, ia akan dibawa ke renal pelvis dan terus ke ureter untuk dihantar ke urinary bladder.


Tapi dalam patient ni, dia ada obstruction kat renal pelvis (stricture) menyebabkan urine berkumpul menyebabkan saluran itu membengkak.

Jadi operation bernama Pyeloplasty dibuat, bermaksud renal pelvis (collecting system) yg bengkak tu dibaiki supaya kembali kepada normal size.

Macam tulah lebih kurang. Sehabis baik sy terangkan supaya u all paham. Sorylah terpaksa juga guna medical term sbb kalo translate jadi mcm bahasa indon plk. 



Dahla last case, start pukul 3.55pm, habis kul 8.45pm. Wuhuhu... Rajin sgt nak scrub, kan dah lenguh kaki. Tapi nasib baik masa dekat kul 7pm tu Bos 2 suruh unscrub utk take turn pegi solat Asar. Hehehehe bolehla curi2 g pantry minum air, lepas solat tu duduk2 hilangkan lenguh pastu g scrub balik. Pastu MO suh g solat Maghrib. Dah solat maghrib tu, malas la pulak nak scrub blk sbb diorang ngah suture nak close da. YEAY !! Alhamdulillah semua case hari tu berjaya tanpa komplikasi. Kesian sorang MO ni, dia dahla postcall, balik sama2 lambat. Pastu dia buat pengakuan exclusive, dia tak mandi lagi hari tu sbb dia kan postcall, abis keje kat casualty terus masuk OT. Huhu kesian.




Dalam team ni kan, semua orang macam overwork. Start dari consultant - specialist- MO - HO APATAH LAGI. Yelah, setiap kali OT day, balik malam. Kalau takde OT, round petang habis kul 6 lebih, then nak carryout bos punye plan, mahu naik ke malam jugak baliknya... penat..penat.. tapi sapelah saya nak merungut kan, sbb even consultant pun overwork, MO pun redha tanpa merungut. Kak Azura tu dah 7 bulan duk balik lambat mcm tu.. so..






UROlogy ni, bnyk lagi kena study, kena baca. Sbb masa student dulu saya mengaku x ambil berat sgt. Huhu, baca baca pun pastu lupa, tajuk yg ingat cuma BPH. (tiba2 teringat lecture Prof Zul yg sangat bersemangat !!) Eh rindu la pulak HUKM. Ye ke rindu? Adelah sikit-sikit. Most of the specialist kat sini ni, UKM graduates, x kisahlah degree/ master. So kenal la supervisor, prof2 sy dulu, so diorg letak high expectation sbb diorg tahu basically apa yg diajar, apa case biasa dilihat di sana. Huhehoo






Akhir kata, (cheh macam syarahan pulak), harap sgt akan lalui team ni dgn smoothly, xde masalah. Kena rajin baca buku, kena kenal patient by heart!
Hope to enjoy the days ahead !!






p/s: Ahad ni grand wardround. Dup dap dup dap, lub dub lub dub


0 bakal jutawan:

Post a Comment