Assalamualaikum..
Hari ni, nak bahasakan diri sbg 'aku', saje suka suki. Kat alam nyata pun kdg2 bahasakan diri ass as aku, saya, oghe, dayah etc etc depends ngan sape aku bercakap tu. tapi most of the time kat hospital biasa bahasakan diri as 'saya' tak kisahlah ngn boy ke girl ke suami makcik mahupun bini orang, sbb rasa bersopan santun gitew hewhew
***********************************************************************
Tik tok tik tok, habis 3 minggu kat team URO.. huuuu..
just 3 words : URO BEST GILERR KOT !! opss 4 words rupanya.
Ternyata 3 minggu adalah satu jangkamasa jangkasuhu yg sgt pendek. Nyesal pulak haritu buat syarat nak masuk URO 3 weeks je. Yelah, kan hari tu rumours cakap ngeri masuk team ni. Bos garang la, penat la, bizi giler la bla3.. Jadi aku telah mempercayai kata2 mak jemah lalu telah mengada2 membuat syarat nak masuk sekejap je. HUhu. Skarang, rasa x puas lagi duk dalam team tu. Banyak sangat benda blajar.
Aku kan mcm baru lagi kat surgery. Lepas 3 minggu masuk posting, aku request masuk URO team sbb masa tu aku spatutnya kena join PAEDS surgery. Aku malasla nak masuk team paeds lagi sbb team tu xde keje sgt. AKu nengok budak2 ni yg jaga paeds ala2 jobless gitu. Masa tu kan aku duk team green colorectal, g mana masa aku bersama team tu, takde OT langsung, dan bila team aktif pun admission 2,3 orang je, menyebabkan aku bosan duk bergolek2 klat bilik oncall tunggu punchcard kul 7 pm. Jadi, aku tak mahu menambah kebosanan dgn join team paeds. And the other reason why aku nak masuk URO cepat2 adalah supaya aku cepat2 gain knowledge psl URO ni supaya nanti masa oncall, kena review patient URO aku tak blurr. Betul, b4 this aku benci giler round pt uro sbb tak faham singkatan apa itu RPG, APG, URS, PCNL, ESWL, flex CE and many more !! so bila patient ada komplen sakit sana sini aku tak tahu whats happening sbb tak faham apa jenis procedure yg patient dah buat. kan !
Orang kata bos garang. Tapi sepanjang aku ade dlm team tu, tak pernah pun tengok bos bertukar menjadi harimau ataupun naga mahupun buaya. Instead, dua2 boss ni sangat2 INSPIRING. Memanglah tegas, tapi tak garang. Dia tak suka kitorang review patient cikai2. Dia nak review as a whole wpun patient just dtg ngan penyakit URO. Semua xray/ CT scan/ IVU film patient kena tgk sendiri, jangan harapkan formal report je sbb masa ni la nak blajar kan. Pastu kalau patient masuk untuk operation, kena pastikan semua investigation ada, especially xray/ CT scan/ IVU dan apa2 lagi radiological film sbb benda ni dia kena tgk dulu sblm op. Bos mmg perfectionist dan dia jenis tak percayakn orang. Selagi boleh dia nak tgk sendiri.
Kat OT pulak, mmg menguji kesabaran. Alhamdulillah sempat tengok dan assist 2 major op, iaitu pyeloplasty dan radical cystoprostatectomy with ileal conduit. Tapi frust sbb x sempat tgk PCNL, sob sob. Best duk OT ni sbb bnyk benda blajar sbb sambil2 bos buat op, dia tanya la soalan2 sket. Buleh jawab ke idak tu lain cerita, mcm biasa la kan. hehe. At least dia stimulate kita utk thinking. Last aku masuk OT hari Isnin ri tu, kau tahu nyah kitorang sume balik kul 12malam. Second case tu , yg cystectomy tu ambil masa 8jam. Dahla case tu habis dekat 10malam, boleh pulak bos suh panggil lagi sorang patient utk RPG and stenting. Dia ckp benda ni urgent sbb patient ni ada kidney stone pastu since dlm ward, temperature tak pernah nak setel. Kitorang macam dah malas sbb penat gile, nurse ngan PPK pun cam malas layan da. Yang kelakarnya, MO kitorang yg tolak mesin2 masuk OT, kitorng HO ni duk gelak2 je malas nak tolong sbb penat. Hehe. Duk prepare patient lambat, tu yg boleh jadi balik lambat tu.
Kat klinik pulak, HO kena take turns turun. Maksudnya gilir2 la hehe. Hari klinik Selasa ngan Khamis. Aku sempat turun 2x je hmmmm (buat2 sedey plak). Masa hari 1st turun, ingatkan boleh pilih nak duk bilik mana , tetengok bos suh duk depan dia. Haha ala2 nebes gitu nak tanya soalan kat patient ala2 hidup segan mati tak mahu LOL. Tapi bila duk situ, rasa untung pulak, sbb senang skit nak consult apa2 permasalahan. Tak segan sangat nak tanya any questions. Pastu bila duk depan dia boleh tgk radiological film sama2, dia suh interpret, cari stone ade ke x, apa yg abnormal. Mmg learnt a looooot dari situ. Dari segi drug, boleh kenal Tamsulosin, Harnal OCAS (haa, kau tahu ke? hehe). Procedure utk TRUS biopsy pun blaja dari clinic. Masa tu ikut je bos cakap apa, suruh pegi drug lunch talk pun pegi tau! Masa kali kedua turun klinik ni rasa lain sket, confident tu dah ada. Tgk patient pun dah laju. (b4 this bos cakap aku tgk patient ibarat uroflow tu, Qmax 2.7, maksudnya slow sgttt.huhu). Tapi bila agak2 dah malas nak tgk patient, (sorry ye patient, anda terpaksa menunggu lama masa dtg follow up sbb wujudnya doktor sebegini, heh) bangun senyap2 wat muka bodo g lepak kat bilik MO sbelah, sembang2 ngan kak azura sampai habis bos tgk patient. Huhu juruh nih !! Wahaha.
Overall, mmg enjoy la duk team ni. Rasa nak sambung lagi seminggu dua. Eh aku ni duk cakap best, best duk uro ntah2 bos/MO duk mengata aku kat blakang hahah. Xpolah, yg tu lain cerita asalkan segalanya nampak indah didepannya. Tapi ada satu benda klakar terjadi masa finishing team ni. Kat previous post kan aku ade cakap, aku tersalah perkenalkan diri kat bos, ala yg aku tak pasal2 bagitau aku dah 3rd posting tuu.. yg tu, subsequently, aku menjadi bahan ketawa / perlian one of my MO. Mmg tak habis duk kutuk aku 3rd posting sampai satu tahap aku rasa nak muntah sbb geram sgt. Nak dijadikan cerita, hari khamis tu aku ni dah xde keje sgt ikutla MO pegi tgk 4 patient referral ke Uro. Patient kat Puteri, Bendahara, Mawar ngan Cempaka. Sepanjang perjalanan tu MO aku ni duk perli2 aku je, duk highlight isu 3rd posting aku tu la. GRRRR.. geram betul, nasib baik ada rasa hormat lagi kalau tak mmg nahas aku ketuk ngan BP set. Aku tak tahulah dia ni niat bergurau ke apa sbb xdelah pulak dia sebut sahaja aku bergurau dgn hidayah ghani ke apa. Sbb geram sangat, malam tu aku telah mengumpat secara besar-besaran kat status FB kwn satu team aku ni . Kemain lagi aku bercerita pasal MO ni. Rupanya MO aku ni terbaca umpatan aku dan konco-koncoku ini. Haha. Mekanisma bagaimana dia boleh baca, jgnlah ditanya. Pastu kitorng gabra la macam mana ni apa nak buat ni mana nak letak muka ni malu giler mengumpat pastu kantoiiii haha. Kepada MO Y, kalau hang terasa mintak maaplah lah dei, aku ngumpat pun sbb aku geram sgt ngan hang hari tu, tulah hang pun tak henti2 nak mengata aku sejak 3 minggu lepas, sedey wey sob sob sob, butthurt u knoww, sob sob sob. ( ni dah buat kenyataan secara terbuka ni, harap hang lupakan hal ni, kbai) wokeyyy..
Hehe. Cam poyo pulak buat kenyataan mcm tu padahal dia bukannya baca pun blog aku ni kan, kihkihkih. Xpelah. Apepon, aku kira semua benda yg berlaku masa aku ngan Uro ni as a sweet memory. Aku enjoy to be in the team, tapi aku TAKNAK kembali sebagai MO Uro ahaha. Malaslah asek balik lambat je, tak mao tak mao.
So, esok masuk Paeds surgery. Katanya patient tak ramai sbb bos pergi umrah. Brapa lama bos pergi, tak taula pulak. Adoii, kena bermanis muka ngan kanak2. Adik, mari kakak dayah ambik darah cikiiiiitttt jeww, boyeh? (sambil buat muka mcm upin ipin) huhu.. Tgklah nanti aku boleh cope ke tak, maklumlah aku ni kurang kesabaran skit bab2 memujuk orang. heheheh. Ntah2 nanti ada yg sawan sbb kena lempang laju-laju ngan aku haha. -garang nih-
Then, emmm ape lagi ek?? haa, kepada siapa2 yang ingin mendapatkan Premium beautiful / lactollite atau mahu berjinak2 dgn peluang perniagaan PB ni, boleh contact aku anytime ye, coz I have a lot of leisure time. Jomla join, marilah kita menjadi seorang yang serba boleh. Wanita versatile dan berkebolehan ni untung tau! :)
Then, stakat ni ar dulu. Nak g tgk bola la, oppps nak g solat Isyak dulu (rasa solehah sangat, hehe), pastu tgk bola, perak lawan Tganu. Ala, dia tanak tunjuk KL lawan red warrior. Sampai hati die ! tanak kawan !!!
K babai.
(majuk ngn TV)
0 bakal jutawan:
Post a Comment