Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sejak masuk surgery ni banyak sungguh masa terluang. Thank you to the shift Flexible hour system yang dahulunya aku pernah tentang habis-habisan. Biasalah orang Melayu key, bila ada pembaharuan, mesti mudah melatah. Ternyata gene Melayu begitu utuh dalam sanubariku :O . Bagi yg tak faham apa itu Flexible hours, ia adlah satu system untuk mengurangkan workload HO. Dulu kan HO keje macam lipas kudung cari makan untuk 10 anak, masa system oncall kerja berterus-terusan tak ubah seperti Terusan Suez. Tapi dgn Felxi hours ni, dia limitkan masa bekerja HO, di mana dia tak kasi HO kerja lebih dari 12 jam secara berterusan. So depents on availibility of HO kat dept tu nak buat macam mana. Nama pun Flexi hours so jadual flexible. At least akan ada hari cuti within weekdays/ weekend.
Masa oncall system dulu.. Ya Rabbi.. rasa xleh nak bayang mcm mana boleh survive... fikir kerja jee.... penat sangat2.. Pernah kerja 36hours straight. Pernah oncall selang sehari (EOD every other day) berturut-turut. Means that, Ahad, Selasa, Khamis oncal.. tak sempat nak revive pun. Mata mmg lebam, ngantuk sgt. Bila patient ngada2 sket, terus naik darah. Balik rumah mmg tak mandi terus tido. Boring gila hidup. Siriyes penat. Kalau korang memang ikut blog ni dari awal (HELLO Silent readers HEHE) mmg tau lah kan mcm mana keadaan aku masa mula2 kerja kat medical dulu. Aku kerja stret 4 bulan tu xde cuti pun. AHAD, ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU, mmg kerja. Setiap posting sepatutnya dapat cuti 8 hari, tapi aku guna 3 hari je tu pun sbb konvo. End of posting cuti mmg tak dapat. And you know, last day kat Medical aku ONCALL. The next day sepatutnya start tagging kat OnG tapi kitorang (aku ngan Fad) tebalkan mula pergi mintak cuti sehari ngan O+G punya head of department. Nasib baik dapat, kalo tak, tak ke naya bila post-call kena start tagging...
Masa mula2 introduce flexi, mmg kecoh ar satu hospital. Semua melatah. Melatah pun sebenarnya bersebab. Apa kejadahnya HO satu department (masa tu medical) tak sampai 20 org nak buat flexi hours. Then aku moved ke O+G. Mula2 kitorg tanak buat Flexi hours tapi bila masuk tgh bulan 10 tu, pengarah mmg strict HEY EVERIBODI EVERY DPARTMENT KENA BUAT FLEXI HOURS LAAA.. Ok, Ok , noted. Then bertungkus lumus la setiap ketua HO mencipta jadual yg terbaik. Dah macam2 tukar pattern jadual at last dapat jugak yg serasi.
Masa tu, kat O+G guna system off day satu hari lepas 3 hari bekerja.
Day 1: 7.00am -5 pm, then datang balik malamnya kul 10 sampai 2.00pm esoknya
Day 2: sambungan dari hari sebelumya (balik kul 2.00pm)
Day 3: 7.00am - 11.00pm
Day 4: OFF DAY.
Kalau kira bilangan jam, dalam seminggu kerja 80-90 jam. Tengoklah korang kerja opis bape jam je sehari 8.00am - 5.00pm tu pun keluar lunch awal balik lunch lambat betul tak? hehe.. And you know, walaupun penat tapi kitorang bersyukur sebab at least ada OFF day, adalah masa nak rehatkan minda. Penat tau melayan orang nak beranak ni kang tak layan elok2 masuk suratkabar pulak hehe.
And now, kat O+G, dah tak boleh jalankan Flexi system sbb functioning HO less than 20. Diorang back to oncall system tapi DIBAYAR AS FLEXI BONUS. Naya wei oncall sampai 8 kali sebulan tapi dibayar 600 je. Dahla oncall labour room tak leh tido langsung.... huh... I WILL NEVER GO BACK TO O+G... ciss mulut celupar betul, kang dia panggil balik ke situ... please jangan.. saya tak boleh hidup di labour room. I just dont like oke!
Then I moved to my 3rd posting, Surgery ! Yay I really love the system:
AM: 7.00am - 7.00 pm
PM: 7.00pm - 7.00 am
Maknanya, kalau dtg kerja 7 pagi, kul 7 malam dah boleh blah. Then sapa kerja malam, datang kul 7.00pm la pastu pagi esok 7 pagi balikla wei pergi pasar TEMAN atau brekfes kat McD dan kalau dasar pemalas tu balik Qada tidur. Cis penat la tu kerja malam kunun. Haha. Ok la surgery sbb malam, Alhamdulillah admission tak ramai. Kalau ada pun setakat orang eksiden. So biasanya sempat tidur dgn nyenyak sampai mengigau-ngigau. Staffnurse telefon pun cakap meracau esoknya dia tanya doktor cakap apa smalam saya tak faham adoyai.. Tapi kalau pagi ada CME ke, teaching ke kena attend lah kan. Tapi disebabkan jadual kerja aku ni flexi, jadual keluar week by week. So aku sendiri tak tahu aku kerja ke tak jumaat depan, dan takde OFF day yang fixed. So bila kawan2 tanya wei mu kijo dop 16/4/2012 mana lah aku tau wei jadual aku tak keluar lagi huhu.
Sekarang banyak sangat masa terluang. Sbb tu saya berani ambil risiko buat bisnes. Ala bukan risiko ape sangat pun. Kita berniaga dgn ikhlas, bukannya menipu orang. Kita jual barang baik, dapatlah hasil yg baik, dok gitu gu kawe? So awak-awak yg kat luar tu, yg waktu kerja fixed dan teratur sekali, jomlah kita slow2 start berbisnes. Untung superb sapa nak bagi kalau kita tak usaha. Minggu lepas , hari khamis masuk gaji. Tengok2 elaun flexi hours yg tertunggak dari bulan Oktober dah masuk. Hmmm tak eksaited sangat pun sebab tunggu kemain 5 bulan tapi dapatnye cuma RM 3300. Huh mesti org bisnes PB ni cakap hek eleh cikainya, bonus bulanan kitorg lagi banyak dari amount tu. Heheh wiweeetett. Tapi Alhamdulillah. Kang tak masuk elaun bising pulakkkk. hehe
Minggu lepas jugak, keluar result SPM kan. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan TAHNIAH kepada yg berjaya. TAHNIAH jugak kat SMKA NAIM LILBANAT sebab dapat sekolah terbaik *clap2* gile bijak budak2 zaman sekarang ni.. selamba je kutip stret A.. aku dulu ambik 12 subjek, tapi x dapat stret A, kau tahu sbb apa haaaaa sebabnya BAHASA ARAB aku dapat B.. hehe.. kalo aku skolah biasa/ SBP mesti merasa jugak stret A tu kan.. haha nak jugak 'kalo' tu. Dahla dayah, mmg takde rezeki kau nak merasa, sudah2la berangan. Tulah, blajar bahasa arab tak ikhlas kan dah dapat balasan. Nyesal tak belajar betul2. hukhuk. Pastu adik2 dah fikir ke nak pergi ke mana hala tuju? pergilah dik awak nak gi mana2 pun asalkan hati awak senang, asalkan hati awak yakin awak boleh buat. Dulu kan masa form 5 kena isi borang matrik. Aku isi first choice PASUM, then KMK pastu ketiga apentah KMPP ke apa, lupa da. Abg aku cakap, kalo tak dapat PASUM , jgn pegi KMK, tunggu matrik UIA. Then aku betul2 tak dapat Pasum, instead aku ditawarkan ke KMK. Yg besnya, ramai kawan2 satu skolah dapat pegi jugak. SO malas ar nak tunggu UIA. AKu decide nak g KMK. Tapi family aku cam taknak bagi sgt g KMK, ibarat ala rugi ar pergi matrik biasa padahal result bagus *perasan sikit2 di situ* pastu cakap aku nak pergi berkawan2 la (menghala ke arah negative supaya aku x pergi) . Tapi aku berkeras jugak Orang nak pegi matrix la... so aku pun pergilah matrix.. BEST GILA KOT MATRIX SIRIYES WEHH BAHAGIA SANGAT... Pastu bila 1st sem dapat 4 flat org2 yg negative terhadap aku tadi pun mula berbaik dan berbangga bersama sebagai satu ummah ceceh.
Tulah dik, akak nak cakap ni, hidup kita ni, kita yg tentukan. ye sebenarnya Allah yg tentukan. Tapi kalau kita tentukan ke arah baik, Allah bagi kita yg baik, dan sebaliknya lah. Kalau kita gagal, kita jangan salahkan orang lain, contohnya Mak aku la ni suh ambik engineering, aku tak minat langsung, tengok aku dah fail dah ! *rasa terpukul dgn ayat sendiri*. Cuba fikir, mmg mak kita yg suruh kita ambik engineering ke medik apa2 lagi. Tapi tanpa KEIZINAN kita, benda takkan berlaku. Maksunya, kalau kita tak izinkan diri kita ambik engineering, even mak yang suruh, benda takkan berlaku. So kenapa nak salahkan mak? kenapa taknak salahkan diri sendiri yg pergi isi borang tu? Kan? kan? kenapa ye kita suka menyalahkan orang lain....
emm.... banyak pulak idea nak berkata-kata di malam Isnin ni. Mujur malam Isnin, kalo malam Jumaat? Apa kaitan malam Jumaat dgn blog? Ntahnye takde kaitan langsung. Hehe.. so rumusan episod kali ini aku bahagikan kepada 2 point terus, malas la pulak nak buat rumusan ala2 SPM dulu, yg kena cari isi tersurat dan tersirat tu...
1. Aku suka Flexi hours skrg
2. Adik- adik lepasan SPM pikiaq sendiri nak pilih apa, anda yg tentukan hidup anda, segalanya di hujung jari anda. kalau nak nanye kakak dayah apa2 boleh sms/ pm kat FB. Kalo nanak sambung blajo pastu nak buat bisnes same2 ngan kakak dayah pon boleh jugak. Mari, mari ni kakak suke neyyy hehhe
Nunyte everybody !!
1 bakal jutawan:
Assalamualaikum.. Akak... nak fb akak.. Boleh tak? Nak bertanya tentang course nedicine ni :) hehe.
Post a Comment