Wednesday, July 6, 2011

>> Dari Mahsuri ke Bendahara

Assalamualaikum..


Maka, telah tamat rotation aku di wad Mahsuri. Ikhlas aku cakap, AKU SUKA GILA WAD NI... bila dah dapat adapt tu, aku rasa gembira bekerja kat ward ni. Setiap hari geelakk je walaupun kerja bertimbun. Staff nurse sini semua baik dan bertimbangrasa, suka menolong, saling menghormati dan banyak lagi nilai2 murni yg diterapkan di dalam jiwa. Even masa tu tinggal 2 orang je HO kat ward, (aku ngan Afham), semua rasa macam manageable. Takde masalah, yg jadi masalah cuma masa pagi2 x sempat review semua patient before MO datang. Hehe, takpe tu bukan masalah sebab kami boleh review bersama2. :D


Jadi bila aku bertukar ward, aku rasa benci/stress gila. Kenapa aku benci? sebab-sebabnya adalah:
1. Staff nurse yg macam haram. Tak semua tapi kebanyakan macam tu.
2. PPK yg lambat bertindak
3. Specialist yg mendesak.
4. Aku jaga acute cubicle dan isolation room.


Ye, aku sangat berterus terang. Berkaitan SN tu, mereka sgt ......... eesshh tak tahu nak cakap apa. Mulut macam longkang, setiap patah menyakitkan hati. Dengan MO pun meninggi suara. Nak mintak tolong? Jangan harap. Suruh prepare barang utk CBD pun lembab. Kalau aku tak ambik darah patient, dekat 10 kali nak pesan. Nah, kalau diorang tu, nak dapatkan UFEME, urine C+S pun susah !! Sputum utk AFB, MTB C+S tak collect dari patient. Tadi aku kena marah dgn consultant sebab patient tu MDR PTB, admitted ward 28/6 lagi. Order utk collect sputum on the next day. Yang bengongnye, tadi baru collect. Consultant marah la pesal baru hari ni, dah seminggu. Stool pun tak collect jugak. Hari Ahad, aku tgk dah ada stool dan sputum dlm container letak kat meja patient, aku ingat diorg hantar la, rupanya cisss! tak tahu letak mana. Aku dah tanya, buat tak tahu. Pandai pulak tu tukar tarikh required dari 29/6 kepada 6/7. Tak ke sial namaya tu? Input output pun tak catat. Padahal patient dah on CBD, lagi senang. Hish, tak tahulah nak cakap apa. Tak sabar nak habiskan lagi 2 hari kat wad neraka ni. Aku minta maaf kepada staff nurse di luar sana yg berdedikasi, yg tak macam ni. Maaf k, aku just tuju kepada certain people yg perangai betul2 macam ni, ok !



Bila aku jumpa nurse wad aku dulu tu, mereka slalu tanya mcm mana nurse wad sekarang. Rupanya dah banyak complain pasal diorang. HO, MO, specialist, sister pun dah tahu, tapi takde tindakan. Ada sister yg kena tukar pergi ward tu tapi taknak pergi HAHAHA. Sister pun takut kena buli, aku yg mengadap mereka dan berganding bahu (wekk) bekerja ni tak payah cakapla mcm mana nak tahan. 



Tak tahan, mmg tak tahan! Kalau branula tercabut, nah setiap sejam remind! Padahal banyak lagi yg lebih penting dari branula just utk maintainance 2pints normal saline/24hour tu. Kecoh je. Lagi satu yg aku tak suka, KENAPA suka longgok observation chart dan medication chart? suka longgok kat satu tempat. Pastu bila tanya ada kat mana bukan reti nak jawab. Masa wardround gila menggelabah aku nak cari. Kenapa taknak letak sekali dgn BHT? Ok, kalau tiba masa nak bagi ubat, aku tak marah, cuma lepas tu letakla sekali balik dgn BHT. Ni tak, observation chart ntah ke mana, medication chart ntah ke mana, tu belum nak cari X ray ngan CT scan lagi. Geram betul. Lepas ambik BP, PR, glucometer, letak jelah skali dgn BHT, kenapa perlu susun kat satu tempat yg perlu di cari? Tolong staff nurse bagi penjelasan kat aku !



Ok selesai satu bab. Bab tu takleh komen panjang2 sebab nanti ada yg rasa offended, atau mengatakan aku houseman baru yg besar kepala. Ahh, lantaklah kan !



Another thing, pasal PPK. Paling aku geram, PT/APTT yg aku ambik pada pukul 7pm, bila nak trace pagi esoknya takde. Naik ward, tengok ada lagi di kaunter darah, tidak dipungut. Aku rasa mahu simbah acid di muka beliau. Ataupun, aku dtg before pukul 7am, ambik darah. Tgh hari nak trace, result takde. Tengok kat ward, ada lagi blood tersebut. Rasa nak simbah alkali pun ada ni ! Jadi, pengajarannya, blood yg penting2, aku kena TURUN LAB dan HANTAR SENDIRI. PPK di luar sana jgn rasa offended, aku tuju utk wad aku sekarang je, OK, chill :D Aku tak kisah nak pergi hantar darah sendiri, tapi bila bnyk kerja nak buat, ward round abis dekat kul 12, pastu nak refer ke surgery la, ortho la, nak transfer hospital la, masa jadi limited tak dapat nak turun naik hantar darah. Tu nasib baik kalau tak mintak CT brain urgent, Ultrasound early appoinment yg memerlukan aku membuang masa di jabatan radiology. Even kerja hantar darah tu berbunyi remeh, tapi kalau masa tak mengizinkan, tak boleh juga. Lagipun, tak termasuk dlm skop kerja aku.



Darah tu satu hal, lab system pun satu hal. Aku suka lab system kat HUKM, masa wardround HO blh mintak tlg student trace result. Takdelah terkejar2 nak tulis lagi, nak print result lagi. Lab system sini sangat sucks! Kat ward, berdoa jelah dapat trace dari PC tu. Biasa system akan hang dan jam mcm lembu. Kalau system ok pun, nak print satu kertas ambik masa seminit. Lembu betul. Ni utk semua ward tau, bukan ward ni sahaja. Jadi bila mcm tu, aku biasakan diri dtg pagi, pergi print kat lab. Ok aku tak kisah kena bawak kertas A4 sendiri utk print, sebab printer sini laju. Canon ke hapa. Yang aku kisah, bila tak dapat trace result dari ward, pergi lab printer jam, telefon lab taknak layan sebab tanya ramai patient. Kesudahannya aku aku kena pergi SALIN SEMUA RESULT  di lab. Aku mengaku, aku menyumpah secara terang terangan sebab membuang masa aku dgn jayanya. Sekian terima kasih. 




Hari tu ada meeting houseman. perjumpaan semua houseman hospital. Rupanya jumlah HO cuma 160 lebih utk semua posting. Gila sikit. Antara issu yg dipertengahkan, adalah supaya HO mengadu jika terlalu banayk bebanan kerja. Cheh, mengadu konon. Nak mengadu ngan sapa? Kalau mengadu, nanti, akan di balas dengan:

" zaman saya dulu, lagi teruk bla bla bla..."
" Masa I HO dulu, kami kena buat itu ini bla bla...."
" I HO kat sini dulu, semua takde masalah bla bla bla...:"
" Zaman dulu, kami HO kena pergi sana sini sinun... bla bla blaa.."



OK FINE, kalau zaman dulu bagus sangat, kenapa tak dtg hospital dgn basikal? Kenapa buat bagunan batu, runtuhkanlah jadikan bangunan kayu. Kalau duk asyik compare macam tu, takde pembaharuanlah. Sampai bila nak ada mentaliti macam tu? Yes I admit at your time, it was a hard time. Tapi sekarang ni zaman dah berubah. Ramai yg celik pelajaran, ramai yg nak jadi doktor so kena lah buat pembaharuan. Zaman sekarang semua nak kerja dgn senang dan cepat, kenapa perlu ada lambakan kerja lagi? Sampai bila kami nak kena EOD call?? Suarakanlah kpd yg berkenaan, ye dah suarakan tapi hasilnya di department kami Ho cuma 20 kot, everyday yg oncall 6 orang utk cover 9 wad. Meletihkan. Dahla takde cuti. CUTI ADALAH KEISTIMEWAAN, BUKANNYA HAK. CISS !!Sejak aku bekerja 1 Jun lalu, tak pernah ada cuti. Hari-hari pergi kerja, jumaat sabtu toksah cerita la. Ye, kami masih dalam latihan, tapi kami ni juga pekerja dan penjawat awam. Mana keistimewaan kami? Tak adil betul.



Hmm.. panjang betul aku membebel kali ni. Baanyak benda yg tak puas hati. 4 isi utama kat atas tu tak hurai sgt pun.. Huhu.. Cuma yg pasal aku jaga acute bed tu, mmg penatlah. Even kali ni aku jaga just 8 patient as compared to 17patient wad dulu, aku rasa kepenatannya sama. Patient kurang stable, banyak kena buat. Serial blood taking, refer sana sini CT scan la Echo la Xray la bla bla bla..... hadoi....



Ok lah, tak leh bebel dah, nak kena tido. Esok oncall lagi.. hmmm.. so kena tido sekaranglah.. babai, sori ending tergesa2  next week aku sambung lagi tatatatta:DDD

6 bakal jutawan:

Anonymous said...

dasatnya ketidakefektifan SN d wad hg.kt spital ak kalo wat centu SN terbabit bakal dijerkah atau diketuk kepala dgn matron. huhuhu -kekek

[MH] said...

tabahnya kak day.. (rasa nak demam tiba2 bila baca..)

Anonymous said...

daia...kedebe sungguh SN tu...doa la byk2 supaya diorg berubah...btw, wats life without courage to attempt anything?..emm.. my advice is, juz dont attempt anything stupid....

Hidayah Juta said...

@kiki: dalam kes ni, matron hang mmg efektif. Tapi dlm kes hang yg pasal ECG tu,tak efektif langsung haha..

@Fathy: jangan demam, this is just the beginning.. huwaaaa


@ cik anon: bagi contoh apa yang stupid?? hehe

Anonymous said...

no wonder la doktor2 pn bekeng..sbb tension kut hehe

Anonymous said...

staff nurse memang,,klu hal2 me remind doktor punya kje bkn main lg,doktor..branula tercabut,doktor discharge summary xbuat lg..and mcm2 lg,tp klu dorg punye kje,buat bodo je,i/o charting pn menipu,pastu doktor tgh sibuk mereview patient dia pn sibuk nk bht,,konon nk pass over,tp ak dgr passover dia ntah ape2 ntah..ms specialist round bkn nya nk ikut.ak benci nurse.ada 1001 lg perkara ak benci nurse

Post a Comment