Friday, November 11, 2011

:: Kisah klasik antara aku & dia ; Engaged ::

Assalamualaikum...


Aku malas nak buat gimik tiup2 habuk, dan membuat gaya menyapu sarang labah2 ala Misae sebagai gimik pembuka bicara, bagi menandakan dah berbulan tidak menjenguk ke sini. Klise sangat. Cukup sekadar, 'HAI KORANG, PEKABAR? KALAU SIHAT BAGUSLAH, KALAU TAK SIHAT NASIB KORANG LAH KAN! ' hakhak..



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seemuaaaaa rakyat Malaysia (ayat mcm perdana menteri pulak). Best tak raya haji tahun ni ? Bape ekor korban lembu? Bagi aku, raya tahun ni sangat best. teehee. Salah satu sebab dpt cuti hari raya pertama, dan kedua mestilah sebab dpt bertukar status. hihihi.. rasa mcm gedik plak. hihihihihihi.. tahap gedik bertambah subur.....weeeeeeee....




Btw, straight to the point. Kali ni aku nak bercerita kisah pertunangan aku, boleh? Takpe eh, aku bkn apa, bukan tak nak cerita pasal raya haji ni, cthnya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tp korang semua mesti dah tahu kan. Nanti bila aku cerita kang, korang cakap, 'please la hidayah, kitorang dah tahu laaaa cerita ni!!'. Huhu kesian kat aku nanti taw.. uhuuu



Ermmm, ramai ke terkejut ?? Ribut tidak, angin pula tidak berbahasa, banjir apatah lagi, tup2 dpt tahu aku bertunang kan? huhu.. ramai bertanya, DENGAN SIAPA? misteri tunang hidayah, ayuh suruh Mastika selongkar. haha. Bajet femes.





Aku kan selalu cakap, kalau boleh nak kawen lepas habis houseman. Dan before kawen nak ada kereta ngan rumah sendiri dulu. Ramai cakap mustahil. Takkanla di usia muda boleh menggapai bintang dilangit! Even ex boifren aku dulu cakap, benda tu mengarut! well, dia tak tahu, ni Hidayah  la beb. Aku akan pastikan, benda yg aku nak tu dapat. So skrg jgn menyesal kerana melepaskan aku pergi HAHAHA. blahla kau! Jadi syukur ke hadrat Ilahi, kerana mengizinkan aku utk memiliki kereta sendiri, walaupun kereta tidak segah mana, dan  mengizinkan aku utk membeli sebuah tanah. Bukan tanah pusaka, tapi tanah yg dibeli dgn keringat aku membanting tulang di HRPZ. Bukan mahu berbangga, jauh sekali menunjuk, tapi mahu menyatakan bahawa cita2ku hampir tercapai, jadi sebab itulah aku membuat keputusan utk mengikat tali sebuah perhubungan.




Rancangan utk bertunang ni dibuat selepas hari raya puasa lepas. Mereka dtg merisik. Ibubapa berbincang. Kata sepakat terpulang kepada kami, nak cepat ataupun lambat. Greenlight sangat green. Bagi pihak umi aku, beliau mahu kami disetelkan cepat2, kalau boleh raya haji dah boleh akad. Wallaweh. Kus semangat! Kursus kawen pon belom, beb! Namun pihak sana mahu sedikit masa. Aku plak, nak je kawen (gatal itu lumrah manusia, hikhik) tapi memandangkan masa aku bnyk dihabiskan di hospital, asek oncall je, aku risau nanti tak punya masa nak diluangkan dengan encik suami. Nanti kehausan kasih sayang zahir batin pulak laki aku tow !!! Ahahah...Jadi first step adalah - bertunang. Pihak sana mahukan sebuah majlis yg ringkas sahaja. Keluarga aku juga begitu. Namun, aku ada plan aku sendiri. Aku dah lama mengimpikan sebuah majlis pertunangan yg lengkap, siap dgn pelamin dan baju santek2. Hehe. Maka  aku memaksa semua orang mengikut kehendak hakiki aku, terima kasih kpd yg berjaya ku kerah......




Ekceli, dah lama aku berkawan dgn encik tunang ni. Tapi malas nak mengembar-gemburkan cerita. Mmg aku rahsiakan. Family je tahu. Encik tunang pun tak mahu aku hebohkan, either di FB/ real life. Betul tu, tak perlu nak bagitahu satu dunia, sbb kalau tak jadi, malu lah muka mak, nyah ! hehe. Lagipun, di usia senja sebegini, tak perlu nak bercerita kepada kawan2, pakwe kitew bessshhh. diew kasi bungee ngan cokolat kat kitew taw. beshnye makan cokolat pakwe bagi!! Ataupun, pakwe kitew suweet, dia belikan goweng pisang utk kitewww !! Oh pleeeaaase, not me ! Masa belajar dulu pun , bila keluar ngan dia, aku just cakap keluar ngan kawan. Malasla nak bercerita. Rasa mcm budak2 plak bila menunjuk2 pasal boifren ni kan. Even masa dinner2 final year pun dia yg belikan baju dinner, dan sewakan baju dinner, bayarkan bil telefon, belikan barang2 dapur dan banyak lagi lah, tak cerita pun kat org. Baagus jgk aku ye, getus aku di dlm hati aku yg kudus ni. Hakhak!



Jadi, setelah mencapai kata sepakat, kami bersepakat utk mendirikan masjid mengadakan majlis pertunangan serba sepakat pada hari raya haji ke 2. Seronotnya. Excited sangat. Mula2 aku berhajat nak ambik pakej pertunangan je kat mana2 bridal boutique, namun setelah melihat baju tunang Sheira Ayob, aku dah set my mind - aku nak baju mcm dia!! hehe serious, beb. Dan aku mulakan buat semua serba sendiri. Hantaran, pelamin semua plan nak buat sendiri. Beli barang kat SSF, KK home deco dan ke rantau panjang. Bestnya buat persiapan. Ingin aku bagitahu, setiap kali balik kerja, aku mengadap hantaran. Aku buat sendiri semua, betul. Even manik di baju tu, aku jahit sendiri. Cantik tak cantik, belakang kira, asalkan aku puas hati. Korang tak percaya lantaklah kan. Hihi. Btw, sapa nak sewa baju tu, bgtahu aku, k. harga boleh runding. Provided pinggang korang adalah size aku. Heehehe.








Nah, mesti korang dah malas nak baca ceritera ni kan. Tengok ah gamba2 dulu. Tak banyak pun gambar diambil. Huhu.. baru kutahu, malu ah orang ambil gambar kite. Especially yg amik gambar ngan henfon. AAuuuuuwww,, maluuuuu.. hihihihi. gedik lagi.





Cantik kan baju dia. Simple but very nice.
Tapi mmg takleh ah nak sama, baju dia hasil Hatta Dolmat sedangkan baju aku D.I.Y saja. hehe


And, another thing is, aku memang TAKNAK pakai baju kain lace utk tunang. Bagi aku, nampak serabut. Baju2 kain lace pun tak semua cantik, konon je nampak grand kan padahal tak vogue langsung. Hehe. Sesedap mulut je mengata kan. Takpe sebagai rakyat1Malaysia aku bebas meluahkan pendapat.


Jadi aku try jahit manik sikit2. Pastu siap jahit pada hari raya haji tu. hehe.


just a starting..





Reka bentuk pelamin plak idea Umi aku. Siap letak besi melengkung kat atas tu. Kain merah putih beli kat Nagoya KB ni jew. Yang bantal tempat duduk tu Umi aku cipta dan jahit sendiri. Hebat tak?



Hantaran, aku gubah sendiri. tak mau orang lain buatkan. Beli polisterin bulat, renda balut tepi, bunga2 tu sume.. best tau buat menda2 gini.


Pada malam sebelum hari kejadia, unti aku tlg siapka pelamin sbb mak aku sibuk di dapur.
















Bekas cincin




Taraaaaa!!! masa baru je siap !! 







Semuanya sudah siap. menunggu ketibaan rombongan.



Sebahagian rombongan yg tiba.
Rombongan dtg sebanyak 10 buah kereta. huhu 









Hehehe.. inilah Si Demok saya.. tengok pipi yg chubby itu, rasa nak cubit2.. haha.
Macam teddy bear kan? hehe
(jgn marah ye dear)




Lelaki bertuah yg bertuah sbb dapat wanita plg best di dunia ni namanya Zikri. Makcik aku cakap, sesuailah tu, duk berzikir2 pastu dapat hidayah ! ahaha.. kelakar kan.. Beliau skrg ngah sambung master kat UTM Skudai, course math engineering if i not mistaken. Hehe. Before that dia kerja as service engineer di sebuah syarikat kat Shah Alam. Tapi kerja dia takbest, kena g kuantan la, melaka la seremban la. Banyak gi luar kan. Jarang ade kat rumah. Ini tak boleh dibiarkan, nanti kesian aku asek kena tinggal dan tidak mendapat kasih sayang secukupnya. Hehe. Beliau juga tidak suka kerana penat bekerja, dan buat keputusan utk sambung belajar sbb nak jadi lecturer. Doakan dia berjaya k !! Kalau takde aral, hujung tahun depan baru habis 




Salah satu sbb why aku suka beliau, adelah dia ni jenis yg tak reti marah. Sabar sgt ngan aku yg garang mcm makcik harimau ni. Pastu mendengar kata, ikut je aku suruh. Hahah. Jahat aku buli orang. Bak kata ore klate 'mudoh baso' hehe








Lihatlah gaya aku control macho. Sedang malu huhu








Bakal mak mertua menyarung cincin emas. hehe











Sarung cincin tuk dak laki tu plak !










Amboi menjeling ke arahku plak pakcik ni.. terpesona la tu .. wakakaka















Muka ku nampak tenang, namun sebenarnya rasa nak terkam orang depan tuu.. HAHA






































Ni kazen aku. Tengpk pipi dia, geram nak cucuk ngan jarum.






























Selesai sudah majlis nya.. Sampai hari ni baju tak dibasuh lagi.. Ahahaha...




Yaaah, itulah antara gambar2nye.. tak banyk sgt ambik gamba. Frust gakla sbb x sempat nak cari cameraman. Harap kat adik aku je amik gmba, tu pun bnyk yg blur.. masa baca doa tak ambil gamba.. dan bnyk lg la yg termiss.. uuu.. takpelah, salah aku jgk tak cari awal2.. Yg penting majlis smooth. 
Ketika rombongan tiba, tiba2 hujan turun seketika... hujan rahmat orang kata.. huhu..


Semoga kami berdua diberkati dan dipermudahkan jodoh. Bila walimahnya, jangan ditanya. Mungkin setahun dari sekarang, mungkin lebih ataupun mungkin 2,3 bulan lagi, aku sendiri tak pasti. Biarlah encik masa yg menentukan. kalau ikutkan mak aku, nikah dulu masa Chinese new year ni, kalau tak sempat buat persiapan majlis, buat akad dulu, majlis kemudiankan. Hmm. ntahlah. aku pon jadi undecided. lagipun encik tunang kan jauh nun di selatan.. waaa.. tak pernah terfikir akan terjebak dalam PJJ ni.. huhu.. tak shuka...


Huhu.. oklah, aku kira cukup setakat ni dulu. terima kasih kepada semua yg terlibat dlm majlis ni, especially family aku yg banyak bersusah payah menurut kehendak aku ni heheh. Ni baru tunang deyy, nanti kawen banyak lagi aku nak menyusahkan korang wahahaha... Minta maaf kepada yg tidak dijemput, bkn tak mahu, tp ni cuma majlis ringkas lg tertutup, mmg tak jemput ramai. Yg aku jempaut tp x dpt dtg pun , xpe, ku tak marah kerana kalian ada komitmen lain yg lg penting. Yg penting nanti majlis sebenar wajib datang, kalau tak, aku pancung sekor2! Hakhak. kepada kakakku, Intan dan keluarga, adalah rugi besar kerana tidak dpt hadir, kerana tidak dpt melihat kejelitaan dgn mata kasar. Heheh. Takpolah, by the time korang balik, pelamin masih utuh di situ.. :D


Sekian, terima kasih.




5 bakal jutawan:

Anonymous said...

comel2..aku pun tgh berusaha menyiapkan hantarn nih...hehe..tahniah..tunang aku nanti wajib dtg! nikoh punwajibal ghunnah dtg!!!

Hidayah Juta said...

hehe.. aku punya simple je.. tapi rasa besh giler sbb buat sndiri.. nanti nikah nak grandiose!
hehe.;. good luck dgn persiapan.. sbulan lebih lagi tuu

Long distance relationship. said...

ouhh,dok sekooo ado gmbr kawe jgk.hhhehehee..nk nikoh nty,kabo la ko ambe if nak usha bridal.i can suggest u the best MUA n bridal.:)

kinn said...

untung laaahh dah tunang~~~

[MH] said...

selamat berbahagia sampai ke alam pernikahan! :)

Post a Comment