Assalamualaikum..
Hari ini dalam sejarah, aku balik rumah awal beb! pukul 2 pm dah sampai rumah, AMAZING !! hehe.
Mulai esok, aku bertugas di wad lain. Selamat tinggal staff nurse yg 'disayangi', mujur seminggu je bersama korang !!! Ahahaha, keji betul aku ni.
Ekceli, suka jugak dapat pergi wad female, pernah on call kat ward tu bbrapa kali, staff semua baik-baik dan cooperative. Aku nak ambik darah je pun, terus sediakan lab form dan yg berkenaan. Nak buat PD, dalam masa seminit terus tersedia barang2 itew. Post-call, bangun pagi dh tersedia blood container berserta lab form yg sudah diisi, cuma tunggu aku sign je.. Waaa, nak nangis kegembiraan la kalau mcm ni.. huhu.. Aku harap attitude mcm tu kekal hingga aku tamat kontrak di situ beberapa minggu lagi. Dalam kesukaan itu, adalah jugak ketidakgembiraan kerana aku agak allergic dgn MO yg bertugas di wad itu. Ciss kenapa dia tak tukar wad, marah ni!! Ahahaha.. takpe2, aku akan try my best, buat kerja baik-baik dan cuba utk tidak buat hal pelik2 ! Ok !
Malam tadi on call kat Mahsuri. Best sebab lepas tgk semua case ngan MO, specialist, dapat duduk makan2 dgn Hanif, Ho mate yg oncall sama2 dan staff nurse kat wad tu. Bergosip tak ingat dunia, pukul 1 am lebih baru siap haha. (p/s: terima kasih kepada yg sudi menghantar nasi kepadaku di waktu midnight yg hening :DDDD ) Pergi another ward, sebab ada patient transfer in 2 orang. Hanif tgk satu, aku tengok satu. Lepas setel tu, aku tanya SN, ada lagi tak patient transfer in, depa cakap takde, kerja yg tak setel cuma nak pasang branula bbrapa patient. Ahh, persetankan branula tu. Baik aku masuk tido dulu. Pukul 5 pagi , Mahsuri call ckp ada patient baru masuk. Adoi, malas nak g tgk, peram tido, lepas solat Subuh baru bangun. hehe. Takpe, patient stable je, tak perlu tergesa2. Hikhik. Before ke Mahsuri, aku ke wad tadi sebab tertinggal stethoscope. Dan2 tu lah sorg SN cakap sebenarnya ada satu lagi patient transfer in yg DR tak tgk lagi. Marah ni, mlm tadi orang tanya cakap takde. Tapi nasi sudah menjadi bubur, aku dah tak sempat nak tgk sbb nak g clerk new case kat wad Mahsuri, babai to you. Huhu. Tak elok utk perkara mcm ni terjadi, sebab, bila ada new patient masuk, staff nurse akan tulis dlm case note: Case for fully clerking, Dr Hidayah noted. Ok, nama aku ada di situ. If anything happened to the patient before aku sempat tgk, akulah bertanggungjawab. Diorang dah lepas sebab dah mention nama aku di situ, even bgtahu aku pada masa yg tak betul. Kalau patient tak stable ke, akulah orang pertama kena jawab.
Otherwise takde apa dah nak cerita sbb baru je bukak cerita few days back kan.. Cumanya harap yang terbaiklah utk hari-hari kemudian.
Petang ni, mungkin aku akan angkut barang masuk quarters. Dah dekat sebulan dpt, tapi betul2 takde kesempatan nak angkut kain baju. Sabtu lepas sempat pergi bersihkan je, sapu2, mop lantai dan lain2 lagi. Rumah aku 10km je dari hospital, tapi malas la nak drive thats why aku nak duk quarters. Malas jugak nak suruh orang hantar dan ambil, susahb nak bagitahu masa nak balik. Elaun perumahan kena tolak ke if duk kat kuarters? Tak kisahlah kan, duk jelah. Lagipun boleh duk situ setahun je. Nanti duk rumah balik, kan !
Aku ni boring kan, asik bercerita pasal kerja je. Mesti ada yang berkata macam la kerja kau tu bagos sangat, atau, macamlah kau tu pekerja paling bagos !
Hikhik. Ye, aku mmg suka bersikap prejudis! Hikhik
Hikhik. Ye, aku mmg suka bersikap prejudis! Hikhik
Dah tu, nak wat camana kan, tu je life aku sekarang. Aku takde cuti utk pergi Sunway Lagoon, aku takde masa yang cukup utk pergi New Zealand nak beli susu segar. Bangun pukul 5 pagi, iron2 baju, siap2 pergi kerja. Kalau tak oncall, balik selepas Maghrib hari yg sama. Kalau on call, balik selepas Maghrib esok harinya. Rutin mmg begitu. Tiada yg berubah. Sudah tiada masa nak pergi kenduri kawan2. Kawan, maaf ye kerana tak dapat hadir ke kenduri kalian, aku bukan taknak hadir tapi masa betul2 membataskan. Tapi nanti kenduri aku, korang datangla plissssss.. Hehe. Bila kenduri aku? Jangan tanya !!!!
Haha dah nak start mengarut... Okaylah. Nak g kemas2 baju masuk beg. Hope dapat setelkan hari ni. Bestnye minggu ni takde weekend-call. Yeehaww!! hehehe..
Cumanya, Ahad oncall sorang je kat CCU and CRW. Waaaaa. tak suka oncall situ. Tak reti la nak jaga. Orang2 yg sakit jantung ni mmg unpredictable. Aku tak reti la nak manage acute situation, contohnya bila nak bagi Isoket infusion, bila nak bagi GTN infusion. Benda2 macam tu la.. Kalau patient dah in amiodarone infusion tapi herat rate still 180 nak buat apa? increase rate on infusion per minute, x pe ke? Takut brady lah pulak. Ahhh! ke nak tambah other drug? eheh tak reti lah nak !!
Ok lah semua, wa chow dulu, bababai... :D
2 bakal jutawan:
rindu lah kat awak:)
goyah..sungguh sadis ku membaca kisah2mu..bele2 terhibur..tobak ayat mu masih tok berubah, supo nga "paper2" hok kito dok ngabe maso form 4 dulu...selamat bekerja dgn penuh dedikasi dr dayah, aku yakin mu akan jd doctor yg bagus..nanti aku wat lolok deme gi masuk kt wad tepat mu oncall, nok tera raso keno cucuk branula..hehehe
Post a Comment