Assalamualaikum..
:D :D :D
Amboi.. senyum aje.. mana tak senyum, sejak duk female ward ni, balik ikut ofis hour, pukul 5 ptg dah boleh punch card balik. Hehe. Cuma tadi jelah, terbalik lambat sikit, 5.30pm, rasa looser giler ahaha..Duk kuarters plk tu, 5-10 minit jalan kaki dah sampai ward. Senyum sekali lagi.
Staff nurse dan PPK sini terlebih cekap (haha).. mmg respek serta saspek ah.. Selagi aku tak ambik darah, selagi tu lah duk remind. Selagi aku tak telefon utk referral, selagi tulah duk remind. Selagi tak ambik date utk appointment CT scan ke, ape ke, selagi tulah duk remind. Result investigation pulak, kdg2 tak payah pesan, diorg yg trace sendiri. SN mmg cekap ah, noted je lab result yg tak di trace, terus suruh PPK pergi trace kat lab. Bukan apa, wad ni sadis sket, takde komputer utk trace result (T_T). Ambik je blood, cepat je sampai ke lab. Kenapa bagus sangat ni, nak nangis r camni HAHA..
Aku jaga ward ni dgn Akram. Side aku, patient asik penuh je! Side dia, asik tinggal 1 patient je. Isolation room pun aku tlg cover jgk! hehe tapi tak berkira pun, sbb patient tak ramai pon. Hari ni aku jaga satu wad sorang sbb Akram kena g bertugas kat klinik. Aku lebih rela berada di wad dari g klinik. tak suka la tgk patient kat klinik, penat !! For the next 5 days, Akram cuti berkahwin so kalau takde org ganti dia, aku jaga wad sorang2 la.. Aku harap OK..
Di sebalik kegembiraan duk ward ni, tiba2 ada kesedihan menimpa diri. Tadi, masa duk rilek kat kuarters baru balik dr ward, ada HO-mate yg bertugas di CCU telefon. Dia cakap pasal sorang patient tu. 27y/o, underlying nephrotic syndrome, CKD stage V awaiting AVF in August, dan established anterior MI. Masa aku oncall Ahad malam, dia mengadu chest pain dan SOB. Aku buat ECG, ada Q wave je, takde acute ischemic changes. Tapi yg aku ralatnya, ABG dia. Aku buat ABG, dan aku noted ada acidosis. Aku dah tunjuk patient tu kat specialist, aku tunjuk ABG dia. Aku cakap ada respiratory acidosis. Pastu specialist marah, apanya respiratory acidosis, tgkla HCO3 dia tu, low kan. Aku pun betulkan, cakap ye METABOLIC ACIDOSIS. Tapi dia tak cakap pun nak bagi bicarb ke, buat urgent PD ke...... dan lepas tu SN situ tunjuk result VBG dia kat aku, DAN AKU TANPA FIKIR DAN DIGEST RESULT DIA, AKU COP NAMA AKU TANDA AKU NOTED RESULT ITU. Ok, case berhenti di situ seketika. Tadi HO mate aku telefon, dia cakap, patient tu dah dihantar ke general ward sebab hari ni angiogram day, so banyak admission kat CCU/CRW jadi kena transfer banyak patient ke general ward. Masa kat general ward, patient developed shortness of breath dan di intubated. Masa tu, specialist noted VBG dia yg aku signed dan cop nama tu, result tu rupanya severe metabolic acidosis dan tiada tindakan diambil. Patient sekarang tak stable. Urgent peritoneal dialysis dibuat. MO yg incharge patient tu, telefon HO mate aku yg bertugas di CCU tu, tanya kenapa tak ambil tindakan patient ada severe metabolic acidosis. Kawan aku tu, tak perasan result tu. Ye, dia tak perasan dan dia tak notedkan kepada Specialist di CCU juga. Isunya sekarang ni, if patient tu meninggal, of course dia akan di bincang di MORTALITY AUDIT sbb dia young. Di mortality audit, case2 yg menimbulkan syak wasangka, atau cause of death yg debatable akan dibincangkan. Masa ni, siapa yg terlibat dgn patient tu akan dipersoalkan, specialist ke, nurse ke, MO ke, HO ke... So kalau patient tu masuk mortality audit, aku dan kawan aku tu MMG NAIK NAMA la, kira macam mismanage la.. kesian kawan aku tu, mmg tak lena tidur la malam ni.. Sekarang ni just berdoa patient tu survive supaya kami dapat survie dalam kerjaya kami.... takutla kena extend lama2..... AKu rasa, aku redha kalau kena extend 3 bulan, tapi if longer than that, tak tahula apa akan jadi.... Jaya Jusco ada nak guna pekerja tak???? AAAAAAAAAAAAAA
Begitulah kisahnya.. Aku sangat risau ni.... berdebar2 dari tadi. Tadi ada missed call dari wad di mana patient tu ditempatkan. Aku risau gila !!!! Taknak jawab, TAKUT....
Apa lagi yg akan berlaku di masa depan ni.....susah betul la bermain dgn nyawa orang... dan aku memang tak suka oncall di CCU/CRW dan HDW seperti yg aku cakap before this. Ye, aku suka patient yg stable je.. tak mencabar kan? Biarla, tak payah nak pening kepala...
Risau la.... risau ni..... apa akan jadi kat patient tu.. kawan2, tolong doakan dia selamat, supaya aku dan kawan aku juga selamat.. (T_T).. Apa yg aku telah buat tu termasuk dalam medical negligence dan benda ni medicolegal.. tapi aku tak sengaja, aku tak buat keputusan sesuka hati aku, aku dah bgtahu specialist.. tapi if anything happen, siapalah aku nak persalahkan specialist. Aku jugak yg kena kan ! Hmmmm...
Emm, minggu ni tak banyak oncall. Lepas oncall Ahad tu , aku oncall Khamis pulak, dan seterusnya Sabtu. Syukur bulan ni 3 kali je EOD oncall.. Eh, ala, Sabtu ni nak buat majlis bercukur anak sedara yg baru, iaitu yg ke tiga. Eh lupa nak bagitahu kalian, akak aku dah selamat melahirkan team sepak takraw di Hospital Umum Sarawak pada 8/7 ritu. 3rd son of the family.. Bila nak dapat daughter ni??? Hehe.. Tapi kan kalau buat majlis Sabtu, tak dapat la nak g, aku oncall. Susah nak suh orang cari ganti sebab weekend... hmmmm...
Oklah setakat tu je dulu, tunggu next update ye !
:)
1 bakal jutawan:
oh,camtu ceritanyer....daia...segala bende jgn ambil mudah...ak pun dh bape kali kene marah sbb bende2 camni n x ambil tindakan...mmg dlm kes ni, ko salah la.. x leh kate ape dh...berdoa la byk2 supaya die selamat....n jgn sedih, sbb ramai gak HO baru yg slalu camni, bkn ko sorg k...gd luck to u..:)
Post a Comment