Tuesday, March 27, 2012

>> Kisah klasik antara aku & dia; bday wishes

Assalamualaikum...


Hari ni genap ulangtahun jubli perak bagi Cik Hidayah Juta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup di dunia ini. 


Thanks to all the birthday wishes, yg sudah aku reply satu persatu kat FB, phone and messages. Kalo aku x reply lagi, remind eh. Hehe semangat gitew. Infinite thank you kerana sudi mendokan aku seorang insan biasa di planet Marikh bumi ini. Nasib baik xde tweeter (jakun!) kalo tak mesti tak menang tangan nak mereply hehe macam biasa perasan hot the hottest. (bak selalu kata Munirah: menyampah aku) hahaha



A few days before the date, I received a parcel from Mr Postman. Terkezut mak, nyah, sebab dapat surat dari Johor. Ingatkan dari mana la sebab Nama + alamat ditaip, bukan tulis tangan. Tapi dah agak dah mesti dari ehem2 sebab aku takde kaitan ngan Johor melainkan dgn ehem2.


As expected (cheh!) mmg dari Mr Fiancee hahaha 



(#^_^#)

(#^_^#)



Berlagakla tu mentang2 blajar bahasa Jopun.
Entah2 dia pun ta paham apa dia tulis ngahaha
Btw, tulisan u cantik, kbai.





Yang ni paling nak gelak. JANGAN LUPA BELAJAR MASAK. Takut kurus lettew nanti aku tak masak kat dia. Haha. Yang lain2 terpaksa censorred sbb takut korang muntah lepas baca. hehe.


Baiklah. Untuk pengetahuan lalim, saya berkebolehan dalam bidang memasak air, nasik serta megi. Kui3. Lain-lain specialty adalah masak spagetti, tomyam, begedil dan membuat kek batik secara cemerlang dan professional. Saya jamin makan di atas sangat berkhasiat dan mampu memberi yg terbaik untuk tubuh anda. So bila nak propose saya mcm Awal propose dekat Scha haaa??? Wakakaka



Bulan lepas pun dia ada hantar surat




Tgklah caption 'baca dan jangan gelak'
haha padahal tak baca lagi pun dah gelak sakan sebab klakar org lelaki buat tulisan gemok2 mcm ni. Dahla tak cantik haha sorry mengutuk sikit2 je



Adoila.. macam2.. ni lah bila PJJ. Best jugak sekali skala guna cara lama hantar surat thru post. Tapi aku tak reply2 sampai sudah malas nak nulis then tak tahu nak tulis apa kan.



Semua orang tanya (cheh2 semua orang gitew, tak abes2 bajet hot kan) hehe, oke2.. Ramai orang bertanya, bila walimahnya? Sabar, sabar, kami pun tak habis2 nak bincang. Mula2, nak cepat-cepatkan, kalo x sempat majlis, nikah gantung dulu. Then tak jadi. Pastu umi aku suh hari raya ni. Pastu cuti sekolah hujung tahun. Pastu Mr F cakap tunggu dia habis blaja dulu.. Pastu.. pastu.. aduh pening rupanya nak set date ni. Takleh bincang banyak2 nanti gaduh haha. Nak pilih tarikh kursus kawen pun puas dah gaduh merajuk bagai. Akhirnya tarikh terpilih adalah 10-11 APRIL 2012 di Balai Islam Lundang. Tahniah kepada kami haha. Then kalo ikutkan Mr F lepas kursus kawen terus nikah ar, wat majlis lainkali. GULP, sabar eh pakcik. Kita plan slow2 saya kan nak majlis yg meriah, mcm yg slalu saya cakap, sy nak SATU KAMPUNG MERAIKAN. kehkeh



Lagipun, takleh buat majlis dalam masa terdekat sebabnya rumah aku ni renovate sikit. Nak tambah bilik kat belah atas. So nilah keadaan rumah yg kucar-kacir.



Diorang kan buat kerja atas bumbung tu, so malam tadi hujan lebat gilaaaaaa air hujan masuk mll tempat tu so satu rumah banjir doo.. huuuuu.. risau betul, kan sekarang ni trend perompak laknatullah masuk rumah melalui atap and siling, nak tido malam mesti takut sangat. hmmm...Kawan2, doakan keselamatan  kami ye.. kami dahla comel2 (tetibe je) huhu


Okeylah setakat ini sahaja untuk entry kali ini. 


Before saya tutup majlis, saya nak tujukan satu lagu khas utk Mr F. 
Saje tuju lagu ni sebab dia MEMANG TAK SUKA lagu Yuna ni ahaha, sory beb, but I really love this song. Cant wait to see you next week with your birthday present haha


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Thank you for reading. :)



Monday, March 26, 2012

>> Flexible hours

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sejak masuk surgery ni banyak sungguh masa terluang. Thank you to the shift Flexible hour system yang dahulunya aku pernah tentang habis-habisan. Biasalah orang Melayu key, bila ada pembaharuan, mesti mudah melatah. Ternyata gene Melayu begitu utuh dalam sanubariku :O . Bagi yg tak faham apa itu Flexible hours, ia adlah satu system untuk mengurangkan workload HO. Dulu kan HO keje macam lipas kudung cari makan untuk 10 anak, masa system oncall kerja berterus-terusan tak ubah seperti Terusan Suez. Tapi dgn Felxi hours ni, dia limitkan masa bekerja HO, di mana dia tak kasi HO kerja lebih dari 12 jam secara berterusan. So depents on availibility of HO kat dept tu nak buat macam mana. Nama pun Flexi hours so jadual flexible. At least akan ada hari cuti within weekdays/ weekend.


Masa oncall system dulu.. Ya Rabbi.. rasa xleh nak bayang mcm mana boleh survive... fikir kerja jee.... penat sangat2..  Pernah kerja 36hours straight. Pernah oncall selang sehari (EOD every other day) berturut-turut. Means that, Ahad, Selasa, Khamis oncal.. tak sempat nak revive pun. Mata mmg lebam, ngantuk sgt. Bila patient ngada2 sket, terus naik darah. Balik rumah mmg tak mandi terus tido. Boring gila hidup. Siriyes penat. Kalau korang memang ikut blog ni dari awal (HELLO Silent readers HEHE) mmg tau lah kan mcm mana keadaan aku masa mula2 kerja kat medical dulu. Aku kerja stret 4 bulan tu xde cuti pun. AHAD, ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU, mmg kerja. Setiap posting sepatutnya dapat cuti 8 hari, tapi aku guna 3 hari je tu pun sbb konvo. End of posting cuti mmg tak dapat. And you know, last day kat Medical aku ONCALL. The next day sepatutnya start tagging kat OnG tapi kitorang (aku ngan Fad) tebalkan mula pergi mintak cuti sehari ngan O+G punya head of department. Nasib baik dapat, kalo tak, tak ke naya bila post-call kena start tagging...


Masa mula2 introduce flexi, mmg kecoh ar satu hospital. Semua melatah. Melatah pun sebenarnya bersebab. Apa kejadahnya HO satu department (masa tu medical) tak sampai 20 org nak buat flexi hours. Then aku moved ke O+G. Mula2 kitorg tanak buat Flexi hours tapi bila masuk tgh bulan 10 tu, pengarah mmg strict HEY EVERIBODI EVERY DPARTMENT KENA BUAT FLEXI HOURS LAAA.. Ok, Ok , noted. Then bertungkus lumus la setiap ketua HO mencipta jadual yg terbaik. Dah macam2 tukar pattern jadual at last dapat jugak yg serasi.


Masa tu, kat O+G guna system off day satu hari lepas 3 hari bekerja.
Day 1: 7.00am -5 pm, then datang balik malamnya kul 10 sampai 2.00pm esoknya
Day 2: sambungan dari hari sebelumya (balik kul 2.00pm)
Day 3: 7.00am - 11.00pm
Day 4: OFF DAY.


Kalau kira bilangan jam, dalam seminggu kerja 80-90 jam. Tengoklah korang kerja opis bape jam je sehari 8.00am - 5.00pm tu pun keluar lunch awal balik lunch lambat betul tak? hehe.. And you know, walaupun penat tapi kitorang bersyukur sebab at least ada OFF day, adalah masa nak rehatkan minda. Penat tau melayan orang nak beranak ni kang tak layan elok2 masuk suratkabar pulak hehe.

And now, kat O+G, dah tak boleh jalankan Flexi system sbb functioning HO less than 20. Diorang back to oncall system tapi DIBAYAR AS FLEXI BONUS. Naya wei oncall sampai 8 kali sebulan tapi dibayar 600 je. Dahla oncall labour room tak leh tido langsung.... huh... I WILL NEVER GO BACK TO O+G... ciss mulut celupar betul, kang dia panggil balik ke situ... please jangan.. saya tak boleh hidup di labour room. I just dont like oke!



Then I moved to my 3rd posting, Surgery ! Yay I really love the system:

AM: 7.00am - 7.00 pm
PM: 7.00pm - 7.00 am

Maknanya, kalau dtg kerja 7 pagi, kul 7 malam dah boleh blah. Then sapa kerja malam, datang kul 7.00pm la pastu pagi esok 7 pagi balikla wei pergi pasar TEMAN atau brekfes kat McD dan kalau dasar pemalas tu balik Qada tidur. Cis penat la tu kerja malam kunun. Haha. Ok la surgery sbb malam, Alhamdulillah admission tak ramai. Kalau ada pun setakat orang eksiden. So biasanya sempat tidur dgn nyenyak sampai mengigau-ngigau. Staffnurse telefon pun cakap meracau esoknya dia tanya doktor cakap apa smalam saya tak faham adoyai.. Tapi kalau pagi ada CME ke, teaching ke kena attend lah kan. Tapi disebabkan jadual kerja aku ni flexi, jadual keluar week by week. So aku sendiri tak tahu aku kerja ke tak jumaat depan, dan takde OFF day yang fixed. So bila kawan2 tanya wei mu kijo dop 16/4/2012 mana lah aku tau wei jadual aku tak keluar lagi huhu. 



Sekarang banyak sangat masa terluang. Sbb tu saya berani ambil risiko buat bisnes. Ala bukan risiko ape sangat pun. Kita berniaga dgn ikhlas, bukannya menipu orang. Kita jual barang baik, dapatlah hasil yg baik, dok gitu gu kawe? So awak-awak yg kat luar tu, yg waktu kerja fixed dan teratur sekali, jomlah kita slow2 start berbisnes. Untung superb sapa nak bagi kalau kita tak usaha. Minggu lepas , hari khamis masuk gaji. Tengok2 elaun flexi hours yg tertunggak dari bulan Oktober dah masuk. Hmmm tak eksaited sangat pun sebab tunggu kemain 5 bulan tapi dapatnye cuma RM 3300. Huh mesti org bisnes PB ni cakap hek eleh cikainya, bonus bulanan kitorg lagi banyak dari amount tu. Heheh wiweeetett. Tapi Alhamdulillah. Kang tak masuk elaun bising pulakkkk. hehe



Minggu lepas jugak, keluar result SPM kan. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan TAHNIAH kepada yg berjaya. TAHNIAH jugak kat SMKA NAIM LILBANAT sebab dapat sekolah terbaik *clap2* gile bijak budak2 zaman sekarang ni.. selamba je kutip stret A.. aku dulu ambik 12 subjek, tapi  x dapat stret A, kau tahu sbb apa haaaaa sebabnya BAHASA ARAB aku dapat B.. hehe.. kalo aku skolah biasa/ SBP mesti merasa jugak stret A tu kan.. haha nak jugak 'kalo' tu. Dahla dayah, mmg takde rezeki kau nak merasa, sudah2la berangan. Tulah, blajar bahasa arab tak ikhlas kan dah dapat balasan. Nyesal tak belajar betul2. hukhuk. Pastu adik2 dah fikir ke nak pergi ke mana hala tuju? pergilah dik awak nak gi mana2 pun asalkan hati awak senang, asalkan hati awak yakin awak boleh buat. Dulu kan masa form 5 kena isi borang matrik. Aku isi first choice PASUM, then KMK pastu ketiga apentah KMPP ke apa, lupa da. Abg aku cakap, kalo tak dapat PASUM , jgn pegi KMK, tunggu matrik UIA. Then aku betul2 tak dapat Pasum, instead aku ditawarkan ke KMK. Yg besnya, ramai kawan2 satu skolah dapat pegi jugak. SO malas ar nak tunggu UIA. AKu decide nak g KMK. Tapi family aku cam taknak bagi sgt g KMK, ibarat ala rugi ar pergi matrik biasa padahal result bagus *perasan sikit2 di situ* pastu cakap aku nak pergi berkawan2 la (menghala ke arah negative supaya aku x pergi) . Tapi aku berkeras jugak Orang nak pegi matrix la... so aku pun pergilah matrix.. BEST GILA KOT MATRIX SIRIYES WEHH BAHAGIA SANGAT... Pastu bila 1st sem dapat 4 flat org2 yg negative terhadap aku tadi pun mula berbaik dan berbangga bersama sebagai satu ummah ceceh.


Tulah dik, akak nak cakap ni, hidup kita ni, kita yg tentukan. ye sebenarnya Allah yg tentukan. Tapi kalau kita tentukan ke arah baik, Allah bagi kita yg baik, dan sebaliknya lah. Kalau kita gagal, kita jangan salahkan orang lain, contohnya Mak aku la ni suh ambik engineering, aku tak minat langsung, tengok aku dah fail dah ! *rasa terpukul dgn ayat sendiri*.  Cuba fikir, mmg mak kita yg suruh kita ambik engineering ke medik apa2 lagi. Tapi tanpa KEIZINAN kita, benda takkan berlaku. Maksunya, kalau kita tak izinkan diri kita ambik engineering, even mak yang suruh, benda takkan berlaku. So kenapa nak salahkan mak? kenapa taknak salahkan diri sendiri yg pergi isi borang tu? Kan? kan? kenapa ye kita suka menyalahkan orang lain....



emm.... banyak pulak idea nak berkata-kata di malam Isnin ni. Mujur malam Isnin, kalo malam Jumaat? Apa kaitan malam Jumaat dgn blog? Ntahnye takde kaitan langsung. Hehe.. so rumusan episod kali ini aku bahagikan kepada 2 point terus, malas la pulak nak buat rumusan ala2 SPM dulu, yg kena cari isi tersurat dan tersirat tu...

1. Aku suka Flexi hours skrg
2. Adik- adik lepasan SPM pikiaq sendiri nak pilih apa, anda yg tentukan hidup anda, segalanya di hujung jari anda. kalau nak nanye kakak dayah apa2 boleh sms/ pm kat FB. Kalo nanak sambung blajo pastu nak buat bisnes same2 ngan kakak dayah pon boleh jugak. Mari, mari ni kakak suke neyyy hehhe



Nunyte everybody !!

Saturday, March 10, 2012

>> Bye bye URO..


Assalamualaikum..

Hari ni, nak bahasakan diri sbg 'aku', saje suka suki. Kat alam nyata pun kdg2 bahasakan diri ass as aku, saya, oghe, dayah etc etc depends ngan sape aku bercakap tu. tapi most of the time kat hospital biasa bahasakan diri as 'saya' tak kisahlah ngn boy ke girl ke suami makcik mahupun bini orang, sbb rasa bersopan santun gitew hewhew


***********************************************************************


 Tik tok tik tok, habis 3 minggu kat team URO.. huuuu.. 
just 3 words : URO BEST GILERR KOT !! opss 4 words rupanya.


Ternyata 3 minggu adalah satu jangkamasa jangkasuhu yg sgt pendek. Nyesal pulak haritu buat syarat nak masuk URO 3 weeks je. Yelah, kan hari tu rumours cakap ngeri masuk team ni. Bos garang la, penat la, bizi giler la bla3.. Jadi aku telah mempercayai kata2 mak jemah lalu telah mengada2 membuat syarat nak masuk sekejap je. HUhu. Skarang, rasa x puas lagi duk dalam team tu. Banyak sangat benda blajar. 



Aku kan mcm baru lagi kat surgery. Lepas 3 minggu masuk posting, aku request masuk URO team sbb masa tu aku spatutnya kena join PAEDS surgery. Aku malasla nak masuk team paeds lagi sbb team tu xde keje sgt. AKu nengok budak2 ni yg jaga paeds ala2 jobless gitu. Masa tu kan aku duk team green colorectal, g mana masa aku bersama team tu, takde OT langsung, dan bila team aktif pun admission 2,3 orang je, menyebabkan aku bosan duk bergolek2 klat bilik oncall tunggu punchcard kul 7 pm. Jadi, aku tak mahu menambah kebosanan dgn join team paeds. And the other reason why aku nak masuk URO cepat2 adalah supaya aku cepat2 gain knowledge psl URO ni supaya nanti masa oncall, kena review patient URO aku tak blurr. Betul, b4 this aku benci giler round pt uro sbb tak faham singkatan apa itu RPG, APG, URS, PCNL, ESWL, flex CE and many more !! so bila patient ada komplen sakit sana sini aku tak tahu whats happening sbb tak faham apa jenis procedure yg patient dah buat. kan !



Orang kata bos garang. Tapi sepanjang aku ade dlm team tu, tak pernah pun tengok bos bertukar menjadi harimau ataupun naga mahupun buaya. Instead, dua2 boss ni sangat2 INSPIRING. Memanglah tegas, tapi tak garang. Dia tak suka kitorang review patient cikai2. Dia nak review as a whole wpun patient just dtg ngan penyakit URO. Semua xray/ CT scan/ IVU film patient kena tgk sendiri, jangan harapkan formal report je sbb masa ni la nak blajar kan. Pastu kalau patient masuk untuk operation, kena pastikan semua investigation ada, especially  xray/ CT scan/ IVU dan apa2 lagi radiological film sbb benda ni dia kena tgk dulu sblm op. Bos mmg perfectionist dan dia jenis tak percayakn orang. Selagi boleh dia nak tgk sendiri. 



Kat OT pulak, mmg menguji kesabaran. Alhamdulillah sempat tengok dan assist 2 major op, iaitu pyeloplasty dan radical cystoprostatectomy with ileal conduit. Tapi frust sbb x sempat tgk PCNL, sob sob. Best duk OT ni sbb bnyk benda blajar sbb sambil2 bos buat op, dia tanya la soalan2 sket. Buleh jawab ke idak tu lain cerita, mcm biasa la kan. hehe. At least dia stimulate kita utk thinking. Last aku masuk OT hari Isnin ri tu, kau tahu nyah kitorang sume balik kul 12malam. Second case tu , yg cystectomy tu ambil masa 8jam. Dahla case tu habis dekat 10malam, boleh pulak bos suh panggil lagi sorang patient utk RPG and stenting. Dia ckp benda ni urgent sbb patient ni ada kidney stone pastu since dlm ward, temperature tak pernah nak setel. Kitorang macam dah malas sbb penat gile, nurse ngan PPK pun cam malas layan da. Yang kelakarnya, MO kitorang yg tolak mesin2 masuk OT, kitorng HO ni duk gelak2 je malas nak tolong sbb penat. Hehe. Duk prepare patient lambat, tu yg boleh jadi balik lambat tu.



Kat klinik pulak, HO kena take turns turun. Maksudnya gilir2 la hehe. Hari klinik Selasa ngan Khamis. Aku sempat turun 2x je hmmmm (buat2 sedey plak). Masa hari 1st turun, ingatkan boleh pilih nak duk bilik mana , tetengok bos suh duk depan dia. Haha ala2 nebes gitu nak tanya soalan kat patient ala2 hidup segan mati tak mahu LOL. Tapi bila duk situ, rasa untung pulak, sbb senang skit nak consult apa2 permasalahan. Tak segan sangat nak tanya any questions. Pastu bila duk depan dia boleh tgk radiological film sama2, dia suh interpret, cari stone ade ke x, apa yg abnormal. Mmg learnt a looooot dari situ. Dari segi drug, boleh kenal Tamsulosin, Harnal OCAS (haa, kau tahu ke? hehe). Procedure utk TRUS biopsy pun blaja dari clinic. Masa tu ikut je bos cakap apa, suruh pegi drug lunch talk pun pegi tau! Masa kali kedua turun klinik ni rasa lain sket, confident tu dah ada. Tgk patient pun dah laju. (b4 this bos cakap aku tgk patient ibarat uroflow tu, Qmax 2.7, maksudnya slow sgttt.huhu). Tapi bila agak2 dah malas nak tgk patient, (sorry ye patient, anda terpaksa menunggu lama masa dtg follow up sbb wujudnya doktor sebegini, heh) bangun senyap2 wat muka bodo g lepak kat bilik MO sbelah, sembang2 ngan kak azura sampai habis bos tgk patient. Huhu juruh nih !! Wahaha. 



Overall, mmg enjoy la duk team ni. Rasa nak sambung lagi seminggu dua. Eh aku ni duk cakap best, best duk uro ntah2 bos/MO duk mengata aku kat blakang hahah. Xpolah, yg tu lain cerita asalkan segalanya nampak indah didepannya. Tapi ada satu benda klakar terjadi masa finishing team ni. Kat previous post kan aku ade cakap, aku tersalah perkenalkan diri kat bos, ala yg aku tak pasal2 bagitau aku dah 3rd posting tuu.. yg tu, subsequently, aku menjadi bahan ketawa / perlian one of my MO. Mmg tak habis duk kutuk aku 3rd posting sampai satu tahap aku rasa nak muntah sbb geram sgt. Nak dijadikan cerita, hari khamis tu aku ni dah xde keje sgt ikutla MO pegi tgk 4 patient referral ke Uro. Patient kat Puteri, Bendahara, Mawar ngan Cempaka. Sepanjang perjalanan tu MO aku ni duk perli2 aku je, duk highlight isu 3rd posting aku tu la. GRRRR.. geram betul, nasib baik ada rasa hormat lagi kalau tak mmg nahas aku ketuk ngan BP set. Aku tak tahulah dia ni niat bergurau ke apa sbb xdelah pulak dia sebut sahaja aku bergurau dgn  hidayah ghani ke apa. Sbb geram sangat, malam tu aku telah mengumpat secara besar-besaran kat status FB kwn satu team aku ni . Kemain lagi aku bercerita pasal MO ni. Rupanya MO aku ni terbaca umpatan aku dan konco-koncoku ini. Haha. Mekanisma bagaimana dia boleh baca, jgnlah ditanya. Pastu kitorng gabra la macam mana ni apa nak buat ni mana nak letak muka ni malu giler mengumpat pastu kantoiiii haha. Kepada MO Y, kalau hang terasa mintak maaplah lah dei,  aku ngumpat pun sbb aku geram sgt ngan hang hari tu, tulah hang pun tak henti2 nak mengata aku sejak 3 minggu lepas, sedey wey sob sob sob, butthurt u knoww, sob sob sob. ( ni dah buat kenyataan secara terbuka ni, harap hang lupakan hal ni, kbai) wokeyyy..



Hehe. Cam poyo pulak buat kenyataan mcm tu padahal dia bukannya baca pun blog aku ni kan, kihkihkih. Xpelah. Apepon, aku kira semua benda yg berlaku masa aku ngan Uro ni as a sweet memory. Aku enjoy to be in the team, tapi aku TAKNAK kembali sebagai MO Uro ahaha. Malaslah asek balik lambat je, tak mao tak mao. 



So, esok masuk Paeds surgery. Katanya patient tak ramai sbb bos pergi umrah. Brapa lama bos pergi, tak taula pulak. Adoii, kena bermanis muka ngan kanak2. Adik, mari kakak dayah ambik darah cikiiiiitttt jeww, boyeh? (sambil buat muka mcm upin ipin) huhu.. Tgklah nanti aku boleh cope ke tak, maklumlah aku ni kurang kesabaran skit bab2 memujuk orang. heheheh. Ntah2 nanti ada yg sawan sbb kena lempang laju-laju ngan aku haha. -garang nih- 




Then, emmm ape lagi ek?? haa, kepada siapa2 yang ingin mendapatkan Premium beautiful / lactollite atau mahu berjinak2 dgn peluang perniagaan PB ni, boleh contact aku anytime ye, coz I have a lot of leisure time. Jomla join, marilah kita menjadi seorang yang serba boleh. Wanita versatile dan berkebolehan ni untung tau! :)



Then, stakat ni ar dulu. Nak g tgk bola la, oppps nak g solat Isyak dulu (rasa solehah sangat, hehe), pastu tgk bola, perak lawan Tganu. Ala, dia tanak tunjuk KL lawan red warrior. Sampai hati die ! tanak kawan !!!



K babai.
(majuk ngn TV)