Sunday, July 24, 2011

>> Ke Temenggung pula..

Assalamualaikum..


Meninggalkan wad 8 dgn perasaan bercampur aduk. Aku suka ward tu sbb patient tak congested, boleh balik awal dan staff cooperative. Yang tak best cuma specialist dia yg lifethreatening. Consultant Ok sangat, cuma specialist yg menikam kalbu.



Ditakdirkan, ketika kawan aku tu cuti berkahwin, ketika aku seorang cover ward, patient penuh di wad. Kau tahu, apa makna penuh di wad 8? patient 15 orang Haha. Bunyinye sedikit kan, tapi bila kena handle wad sorang, rasa kalut sket ! Yelah, semua atas kepala ngkau... Tak habis lagi nak round pagi, nah MO dah dtg round. Lepas MO pergi, specialist pulak. Si specialist ni mulut sesedap hati marah aku, cakap jadi mandur kat wad, dia tak tahu yang aku ni working nonstop dari pagi. Marah tu mcm buat announcement. Aku dah bagitahu aku sorang HO cover wad pada hari tersebut, mana sempat nak settle semua before dia datang. Dia duk marah cakap aku lembab, dia dah round 3 ward, aku satu ward pun tak habis. Helloooo, aku round ward, aku review patient satu2, review medications, aku review dia punya result, aku bergaduh dgn orang lab cytology, lab hematology sebab lambat baca slide dia walhal aku dah request URGENT, aku isi borang tu, borang ni dan menyelesaikan masalah staff nurse, ' DR, glucometer ni dah 3 reading high, dah bagi actrapid 20 tak turun2 ni nak buat apa lagi', ' DR, patient hypo lagi hari ni', 'DR, patient tu ada IV antibiotic tapi line dah blocked, tolong pasang branula', 'DR, patient fitting lagi, baru bagi valium 15 minit lepas, patient dah on epilim dan phenytoin!!!', 'DR, itu ini dan itu dan ini' dan aku juga berlari2 ke Jabatan Radiology di bangunan hadapan nak request ultrasound URGENT. 

Ye, bukan setakat datang round orang hulur lab result, orang ceritakan progress, orang tolong tulis dan blablablabla


Patutkah aku marah dan rasa nak lempang laju2 bila orang berkata aku jadi mandur dan tak buat kerja. Salah ke aku rasa nak marah even dia bos aku??? Ok, ok, ok fine, aku hanya pekerja bawahan.....



Sayangnya, sepatutnya aku berbahagia di wad itu namun disebabkan hal2 demikian, aku rasa tak tahan. Aku lagi suka kalau Consultant SAHAJA yg datang round. Hidup rasa bermakna dan kehadiran dan kerja2 rasa berbaloi. 



Ok, itu cerita minggu lepas. Mulai hari ini, aku telah berpindah ke wad temenggung, iaitu high dependency ward bersama Saifuhisam. Erk, Bosses sounds good, tapi nak handle patient yg kurang stable ni aku rasa kurang keyakinan sket. The best thing is, tak perlu ambik darah sangat darah pagi diambil oleh orang yg oncall pada malam sebelumnya, cuma kalau ambik pun beberapa ABG. Kat sini pun banyak procedure katanya kawan aku yg previously incharge wad ni. Tadi dah test gear kat situ, nah ambik kau file patient nak yg tebal2 ajew, habis masa aku nak stady balik pasal patient tu. Huhu..




Syukur Alhamdulillah, dlm bulan ni, ni kali ke 2 takde weekend call. Sejak bekerja 1 Jun ritu, aku tak pernah cuti, ye setiap hari tanpa kecuali aku ke hospital. Betul, tak tipu...bukan taknak tapi nak mencari pengganti tu.... Ya Allah susahnya. Kalau hospital lain / department lain mungkin akan bagi 1 day off per week kat Ho tapi department ni, hello, sorry and gudbai. Nak nak sekarang ni cuti dibekukan ntah kenapa la pulak ! Rasa nak ambik EL je... rasa nak pentingkan diri sendiri je,...tapi kesian pulak nanti kawan2 kena cari pengganti aku.



Kesudahannya, sampai sekarang tak cuti lagi. Okeyh, aku nak request ke district la bulan depan. Either Hosp Tanah Merah or Kuala Krai, ok esok jugak aku pergi department mintak. Aku rasa penat sangaaaaatt kerja di sini, mungkin boleh g tenangkan fikiran kat sana. Tu je choice yg ada selain hantar notis 24 jam, kan !



Ok lah beb. Kena tidur dulu la.. esok oncall lagi.. :C

Hmmmm... bilalah cycle hidup ni nak berakhir, menjadi kepada, 'Kena tidur dulu la.. esok nak g snorkeling'... atau 'Kena tido dulu la.. esok nak sambung shopping day 4'.. Alahai.. mimpi lah cik Dayah !!!

Tuesday, July 12, 2011

>> Female ward

Assalamualaikum..

:D :D :D

Amboi.. senyum aje.. mana tak senyum, sejak duk female ward ni, balik ikut ofis hour, pukul 5 ptg dah boleh punch card balik. Hehe. Cuma tadi jelah, terbalik lambat sikit, 5.30pm, rasa looser giler ahaha..Duk kuarters plk tu, 5-10 minit jalan kaki dah sampai ward. Senyum sekali lagi.



Staff nurse dan PPK sini terlebih cekap (haha).. mmg respek serta saspek ah.. Selagi aku tak ambik darah, selagi tu lah duk remind. Selagi aku tak telefon utk referral, selagi tulah duk remind. Selagi tak ambik date utk appointment CT scan ke, ape ke, selagi tulah duk remind. Result investigation pulak, kdg2 tak payah pesan, diorg yg trace sendiri. SN mmg cekap ah, noted je lab result yg tak di trace, terus suruh PPK pergi trace kat lab. Bukan apa, wad ni sadis sket, takde komputer utk trace result (T_T). Ambik je blood, cepat je sampai ke lab. Kenapa bagus sangat ni, nak nangis r camni HAHA..



Aku jaga ward ni dgn Akram. Side aku, patient asik penuh je! Side dia, asik tinggal 1 patient je. Isolation room pun aku tlg cover jgk! hehe tapi tak berkira pun, sbb patient tak ramai pon. Hari ni aku jaga satu wad sorang sbb Akram kena g bertugas kat klinik. Aku lebih rela berada di wad dari g klinik. tak suka la tgk patient kat klinik, penat !! For the next 5 days, Akram cuti berkahwin so kalau takde org ganti dia, aku jaga wad sorang2 la.. Aku harap OK.. 



Di sebalik kegembiraan duk ward ni, tiba2 ada kesedihan menimpa diri. Tadi, masa duk rilek kat kuarters baru balik dr ward, ada HO-mate yg bertugas di CCU telefon. Dia cakap pasal sorang patient tu. 27y/o, underlying nephrotic syndrome, CKD stage V awaiting AVF in August, dan established anterior MI. Masa aku oncall Ahad malam, dia mengadu chest pain dan SOB. Aku buat ECG, ada Q wave je, takde acute ischemic changes. Tapi yg aku ralatnya, ABG dia. Aku buat ABG, dan aku noted ada acidosis. Aku dah tunjuk patient tu kat specialist, aku tunjuk ABG dia. Aku cakap ada respiratory acidosis. Pastu specialist marah, apanya respiratory acidosis, tgkla HCO3 dia tu, low kan. Aku pun betulkan, cakap ye METABOLIC ACIDOSIS. Tapi dia tak cakap pun nak bagi bicarb ke, buat urgent PD ke...... dan lepas tu SN situ tunjuk result VBG dia kat aku, DAN AKU TANPA FIKIR DAN DIGEST RESULT DIA, AKU COP NAMA AKU TANDA AKU NOTED RESULT ITU. Ok, case berhenti di situ seketika. Tadi HO mate aku telefon, dia cakap, patient tu dah dihantar ke general ward sebab hari ni angiogram day, so banyak admission kat CCU/CRW jadi kena transfer banyak patient ke general ward. Masa kat general ward, patient developed shortness of breath dan di intubated. Masa tu, specialist noted VBG dia yg aku signed dan cop nama tu, result tu rupanya severe metabolic acidosis dan tiada tindakan diambil. Patient sekarang tak stable. Urgent peritoneal dialysis dibuat. MO yg incharge patient tu, telefon HO mate aku yg bertugas di CCU tu, tanya kenapa tak ambil tindakan patient ada severe metabolic acidosis. Kawan aku tu, tak perasan result tu. Ye, dia tak perasan dan dia tak notedkan kepada Specialist di CCU juga. Isunya sekarang ni, if patient tu meninggal, of course dia akan di bincang di MORTALITY AUDIT sbb dia young. Di mortality audit, case2 yg menimbulkan syak wasangka, atau cause of death yg debatable akan dibincangkan. Masa ni, siapa yg terlibat dgn patient tu akan dipersoalkan, specialist ke, nurse ke, MO ke, HO ke... So kalau patient tu masuk mortality audit, aku dan kawan aku tu MMG NAIK NAMA la, kira macam mismanage la.. kesian kawan aku tu, mmg tak lena tidur la malam ni.. Sekarang ni just berdoa patient tu survive supaya kami dapat survie dalam kerjaya kami.... takutla kena extend lama2..... AKu rasa, aku redha kalau kena extend 3 bulan, tapi if longer than that, tak tahula apa akan jadi.... Jaya Jusco ada nak guna pekerja tak???? AAAAAAAAAAAAAA



Begitulah kisahnya.. Aku sangat risau ni.... berdebar2 dari tadi. Tadi ada missed call dari wad di mana patient tu ditempatkan. Aku risau gila !!!! Taknak jawab, TAKUT.... 
Apa lagi yg akan berlaku di masa depan ni.....susah betul la bermain dgn nyawa orang... dan aku memang tak suka oncall di CCU/CRW dan HDW seperti yg aku cakap before this. Ye, aku suka patient yg stable je.. tak mencabar kan? Biarla, tak payah nak pening kepala... 




Risau la.... risau ni..... apa akan jadi kat patient tu.. kawan2, tolong doakan dia selamat, supaya aku dan kawan aku juga selamat.. (T_T)..  Apa yg aku telah buat tu termasuk dalam medical negligence dan benda ni medicolegal.. tapi aku tak sengaja, aku tak buat keputusan sesuka hati aku, aku dah bgtahu specialist.. tapi if anything happen, siapalah aku nak persalahkan specialist. Aku jugak yg kena kan ! Hmmmm...




Emm, minggu ni tak banyak oncall. Lepas oncall Ahad tu , aku oncall Khamis pulak, dan seterusnya Sabtu. Syukur bulan ni 3 kali je EOD oncall.. Eh, ala, Sabtu ni nak buat majlis bercukur anak sedara yg baru, iaitu yg ke tiga. Eh lupa nak bagitahu kalian, akak aku dah selamat melahirkan team sepak takraw di Hospital Umum Sarawak pada 8/7 ritu. 3rd son of the family.. Bila nak dapat daughter ni??? Hehe.. Tapi kan kalau buat majlis Sabtu, tak dapat la nak g, aku oncall. Susah nak suh orang cari ganti sebab weekend... hmmmm...




Oklah setakat tu je dulu, tunggu next update ye !
:)







Friday, July 8, 2011

>> Selamat tinggal Bendahara

Assalamualaikum..


Hari ini dalam sejarah, aku balik rumah awal beb! pukul 2 pm dah sampai rumah, AMAZING !! hehe.

Mulai esok, aku bertugas di wad lain. Selamat tinggal staff nurse yg 'disayangi', mujur seminggu je bersama korang !!! Ahahaha, keji betul aku ni.



Ekceli, suka jugak dapat pergi wad female, pernah on call kat ward tu bbrapa kali, staff semua baik-baik dan cooperative. Aku nak ambik darah je pun, terus sediakan lab form dan yg berkenaan. Nak buat PD, dalam masa seminit terus tersedia barang2 itew. Post-call, bangun pagi dh tersedia blood container berserta lab form yg sudah diisi, cuma tunggu aku sign je.. Waaa, nak nangis kegembiraan la kalau mcm ni.. huhu.. Aku harap attitude mcm tu kekal hingga aku tamat kontrak di situ beberapa minggu lagi. Dalam kesukaan itu, adalah jugak ketidakgembiraan kerana aku agak allergic dgn MO yg bertugas di wad itu. Ciss kenapa dia tak tukar wad, marah ni!! Ahahaha.. takpe2, aku akan try my best, buat kerja baik-baik dan cuba utk tidak buat hal pelik2 ! Ok !



Malam tadi on call kat Mahsuri. Best sebab lepas tgk semua case ngan MO, specialist, dapat duduk makan2 dgn Hanif, Ho mate yg oncall sama2 dan staff nurse kat wad tu. Bergosip tak ingat dunia, pukul 1 am lebih baru siap haha. (p/s: terima kasih kepada yg sudi menghantar nasi kepadaku di waktu midnight yg hening :DDDD )  Pergi another ward, sebab ada patient transfer in 2 orang. Hanif tgk satu, aku tengok satu. Lepas setel tu, aku tanya SN, ada lagi tak patient transfer in, depa cakap takde, kerja yg tak setel cuma nak pasang branula bbrapa patient. Ahh, persetankan branula tu. Baik aku masuk tido dulu. Pukul 5 pagi , Mahsuri call ckp ada patient baru masuk. Adoi, malas nak g tgk, peram tido, lepas solat Subuh baru bangun. hehe. Takpe, patient stable je, tak perlu tergesa2. Hikhik. Before ke Mahsuri, aku ke wad tadi sebab tertinggal stethoscope. Dan2 tu lah sorg SN cakap sebenarnya ada satu lagi patient transfer in yg DR tak tgk lagi. Marah ni, mlm tadi orang tanya cakap takde. Tapi nasi sudah menjadi bubur, aku dah tak sempat nak tgk sbb nak g clerk new case kat wad Mahsuri, babai to you. Huhu. Tak elok utk perkara mcm ni terjadi, sebab, bila ada new patient masuk, staff nurse akan tulis dlm case note: Case for fully clerking, Dr Hidayah noted. Ok, nama aku ada di situ. If anything happened to the patient before aku sempat tgk, akulah bertanggungjawab. Diorang dah lepas sebab dah mention nama aku di situ, even bgtahu aku pada masa yg tak betul. Kalau patient tak stable ke, akulah orang pertama kena jawab.



Otherwise takde apa dah nak cerita sbb baru je bukak cerita few days back kan.. Cumanya harap yang terbaiklah utk hari-hari kemudian.



Petang ni, mungkin aku akan angkut barang masuk quarters. Dah dekat sebulan dpt, tapi betul2 takde kesempatan nak angkut kain baju. Sabtu lepas sempat pergi bersihkan je, sapu2, mop lantai dan lain2 lagi. Rumah aku 10km je dari hospital, tapi malas la nak drive thats why aku nak duk quarters. Malas jugak nak suruh orang hantar dan ambil, susahb nak bagitahu masa nak balik. Elaun perumahan kena tolak ke if duk kat kuarters? Tak kisahlah kan, duk jelah. Lagipun boleh duk situ setahun je. Nanti duk rumah balik, kan !




Aku ni boring kan, asik bercerita pasal kerja je. Mesti ada yang berkata macam la kerja kau tu bagos sangat, atau, macamlah kau tu pekerja paling bagos !
Hikhik. Ye, aku mmg suka bersikap prejudis! Hikhik
Dah tu, nak wat camana kan, tu je life aku sekarang. Aku takde cuti utk pergi Sunway Lagoon, aku takde masa yang cukup utk pergi New Zealand nak beli susu segar.  Bangun pukul 5 pagi, iron2 baju, siap2 pergi kerja. Kalau tak oncall, balik selepas Maghrib hari yg sama. Kalau on call, balik selepas Maghrib esok harinya. Rutin mmg begitu. Tiada yg berubah. Sudah tiada masa nak pergi kenduri kawan2. Kawan, maaf ye kerana tak dapat hadir ke kenduri kalian, aku bukan taknak hadir tapi masa betul2 membataskan. Tapi nanti kenduri aku, korang datangla plissssss.. Hehe. Bila kenduri aku? Jangan tanya !!!!



Haha dah nak start mengarut... Okaylah. Nak g kemas2 baju masuk beg.  Hope dapat setelkan hari ni. Bestnye minggu ni takde weekend-call. Yeehaww!! hehehe.. 
Cumanya, Ahad oncall sorang je kat CCU and CRW. Waaaaa. tak suka oncall situ. Tak reti la nak jaga. Orang2 yg sakit jantung ni mmg unpredictable. Aku tak reti la nak manage acute situation, contohnya bila nak bagi Isoket infusion, bila nak bagi GTN infusion. Benda2 macam tu la.. Kalau patient dah in amiodarone infusion tapi herat rate still 180 nak buat apa? increase rate on infusion per minute, x pe ke? Takut brady lah pulak. Ahhh! ke nak tambah other drug? eheh tak reti lah nak !!



Ok lah semua, wa chow dulu, bababai... :D

Wednesday, July 6, 2011

>> Dari Mahsuri ke Bendahara

Assalamualaikum..


Maka, telah tamat rotation aku di wad Mahsuri. Ikhlas aku cakap, AKU SUKA GILA WAD NI... bila dah dapat adapt tu, aku rasa gembira bekerja kat ward ni. Setiap hari geelakk je walaupun kerja bertimbun. Staff nurse sini semua baik dan bertimbangrasa, suka menolong, saling menghormati dan banyak lagi nilai2 murni yg diterapkan di dalam jiwa. Even masa tu tinggal 2 orang je HO kat ward, (aku ngan Afham), semua rasa macam manageable. Takde masalah, yg jadi masalah cuma masa pagi2 x sempat review semua patient before MO datang. Hehe, takpe tu bukan masalah sebab kami boleh review bersama2. :D


Jadi bila aku bertukar ward, aku rasa benci/stress gila. Kenapa aku benci? sebab-sebabnya adalah:
1. Staff nurse yg macam haram. Tak semua tapi kebanyakan macam tu.
2. PPK yg lambat bertindak
3. Specialist yg mendesak.
4. Aku jaga acute cubicle dan isolation room.


Ye, aku sangat berterus terang. Berkaitan SN tu, mereka sgt ......... eesshh tak tahu nak cakap apa. Mulut macam longkang, setiap patah menyakitkan hati. Dengan MO pun meninggi suara. Nak mintak tolong? Jangan harap. Suruh prepare barang utk CBD pun lembab. Kalau aku tak ambik darah patient, dekat 10 kali nak pesan. Nah, kalau diorang tu, nak dapatkan UFEME, urine C+S pun susah !! Sputum utk AFB, MTB C+S tak collect dari patient. Tadi aku kena marah dgn consultant sebab patient tu MDR PTB, admitted ward 28/6 lagi. Order utk collect sputum on the next day. Yang bengongnye, tadi baru collect. Consultant marah la pesal baru hari ni, dah seminggu. Stool pun tak collect jugak. Hari Ahad, aku tgk dah ada stool dan sputum dlm container letak kat meja patient, aku ingat diorg hantar la, rupanya cisss! tak tahu letak mana. Aku dah tanya, buat tak tahu. Pandai pulak tu tukar tarikh required dari 29/6 kepada 6/7. Tak ke sial namaya tu? Input output pun tak catat. Padahal patient dah on CBD, lagi senang. Hish, tak tahulah nak cakap apa. Tak sabar nak habiskan lagi 2 hari kat wad neraka ni. Aku minta maaf kepada staff nurse di luar sana yg berdedikasi, yg tak macam ni. Maaf k, aku just tuju kepada certain people yg perangai betul2 macam ni, ok !



Bila aku jumpa nurse wad aku dulu tu, mereka slalu tanya mcm mana nurse wad sekarang. Rupanya dah banyak complain pasal diorang. HO, MO, specialist, sister pun dah tahu, tapi takde tindakan. Ada sister yg kena tukar pergi ward tu tapi taknak pergi HAHAHA. Sister pun takut kena buli, aku yg mengadap mereka dan berganding bahu (wekk) bekerja ni tak payah cakapla mcm mana nak tahan. 



Tak tahan, mmg tak tahan! Kalau branula tercabut, nah setiap sejam remind! Padahal banyak lagi yg lebih penting dari branula just utk maintainance 2pints normal saline/24hour tu. Kecoh je. Lagi satu yg aku tak suka, KENAPA suka longgok observation chart dan medication chart? suka longgok kat satu tempat. Pastu bila tanya ada kat mana bukan reti nak jawab. Masa wardround gila menggelabah aku nak cari. Kenapa taknak letak sekali dgn BHT? Ok, kalau tiba masa nak bagi ubat, aku tak marah, cuma lepas tu letakla sekali balik dgn BHT. Ni tak, observation chart ntah ke mana, medication chart ntah ke mana, tu belum nak cari X ray ngan CT scan lagi. Geram betul. Lepas ambik BP, PR, glucometer, letak jelah skali dgn BHT, kenapa perlu susun kat satu tempat yg perlu di cari? Tolong staff nurse bagi penjelasan kat aku !



Ok selesai satu bab. Bab tu takleh komen panjang2 sebab nanti ada yg rasa offended, atau mengatakan aku houseman baru yg besar kepala. Ahh, lantaklah kan !



Another thing, pasal PPK. Paling aku geram, PT/APTT yg aku ambik pada pukul 7pm, bila nak trace pagi esoknya takde. Naik ward, tengok ada lagi di kaunter darah, tidak dipungut. Aku rasa mahu simbah acid di muka beliau. Ataupun, aku dtg before pukul 7am, ambik darah. Tgh hari nak trace, result takde. Tengok kat ward, ada lagi blood tersebut. Rasa nak simbah alkali pun ada ni ! Jadi, pengajarannya, blood yg penting2, aku kena TURUN LAB dan HANTAR SENDIRI. PPK di luar sana jgn rasa offended, aku tuju utk wad aku sekarang je, OK, chill :D Aku tak kisah nak pergi hantar darah sendiri, tapi bila bnyk kerja nak buat, ward round abis dekat kul 12, pastu nak refer ke surgery la, ortho la, nak transfer hospital la, masa jadi limited tak dapat nak turun naik hantar darah. Tu nasib baik kalau tak mintak CT brain urgent, Ultrasound early appoinment yg memerlukan aku membuang masa di jabatan radiology. Even kerja hantar darah tu berbunyi remeh, tapi kalau masa tak mengizinkan, tak boleh juga. Lagipun, tak termasuk dlm skop kerja aku.



Darah tu satu hal, lab system pun satu hal. Aku suka lab system kat HUKM, masa wardround HO blh mintak tlg student trace result. Takdelah terkejar2 nak tulis lagi, nak print result lagi. Lab system sini sangat sucks! Kat ward, berdoa jelah dapat trace dari PC tu. Biasa system akan hang dan jam mcm lembu. Kalau system ok pun, nak print satu kertas ambik masa seminit. Lembu betul. Ni utk semua ward tau, bukan ward ni sahaja. Jadi bila mcm tu, aku biasakan diri dtg pagi, pergi print kat lab. Ok aku tak kisah kena bawak kertas A4 sendiri utk print, sebab printer sini laju. Canon ke hapa. Yang aku kisah, bila tak dapat trace result dari ward, pergi lab printer jam, telefon lab taknak layan sebab tanya ramai patient. Kesudahannya aku aku kena pergi SALIN SEMUA RESULT  di lab. Aku mengaku, aku menyumpah secara terang terangan sebab membuang masa aku dgn jayanya. Sekian terima kasih. 




Hari tu ada meeting houseman. perjumpaan semua houseman hospital. Rupanya jumlah HO cuma 160 lebih utk semua posting. Gila sikit. Antara issu yg dipertengahkan, adalah supaya HO mengadu jika terlalu banayk bebanan kerja. Cheh, mengadu konon. Nak mengadu ngan sapa? Kalau mengadu, nanti, akan di balas dengan:

" zaman saya dulu, lagi teruk bla bla bla..."
" Masa I HO dulu, kami kena buat itu ini bla bla...."
" I HO kat sini dulu, semua takde masalah bla bla bla...:"
" Zaman dulu, kami HO kena pergi sana sini sinun... bla bla blaa.."



OK FINE, kalau zaman dulu bagus sangat, kenapa tak dtg hospital dgn basikal? Kenapa buat bagunan batu, runtuhkanlah jadikan bangunan kayu. Kalau duk asyik compare macam tu, takde pembaharuanlah. Sampai bila nak ada mentaliti macam tu? Yes I admit at your time, it was a hard time. Tapi sekarang ni zaman dah berubah. Ramai yg celik pelajaran, ramai yg nak jadi doktor so kena lah buat pembaharuan. Zaman sekarang semua nak kerja dgn senang dan cepat, kenapa perlu ada lambakan kerja lagi? Sampai bila kami nak kena EOD call?? Suarakanlah kpd yg berkenaan, ye dah suarakan tapi hasilnya di department kami Ho cuma 20 kot, everyday yg oncall 6 orang utk cover 9 wad. Meletihkan. Dahla takde cuti. CUTI ADALAH KEISTIMEWAAN, BUKANNYA HAK. CISS !!Sejak aku bekerja 1 Jun lalu, tak pernah ada cuti. Hari-hari pergi kerja, jumaat sabtu toksah cerita la. Ye, kami masih dalam latihan, tapi kami ni juga pekerja dan penjawat awam. Mana keistimewaan kami? Tak adil betul.



Hmm.. panjang betul aku membebel kali ni. Baanyak benda yg tak puas hati. 4 isi utama kat atas tu tak hurai sgt pun.. Huhu.. Cuma yg pasal aku jaga acute bed tu, mmg penatlah. Even kali ni aku jaga just 8 patient as compared to 17patient wad dulu, aku rasa kepenatannya sama. Patient kurang stable, banyak kena buat. Serial blood taking, refer sana sini CT scan la Echo la Xray la bla bla bla..... hadoi....



Ok lah, tak leh bebel dah, nak kena tido. Esok oncall lagi.. hmmm.. so kena tido sekaranglah.. babai, sori ending tergesa2  next week aku sambung lagi tatatatta:DDD