Friday, February 10, 2012

>> Pembedahan

Assalamualaikum.. Selamat tgh hari Jumaat. Hari ni gua keje malam so gua ada satu hari siang yang free. Jadi gua hajat nak guna masa terluang ni untuk menghapdet blog gua yg dah mcm gua ni.


Hikhik. Tak best lah bahasakan diri sbg 'gua'. Tak mesra alam gitew. Tak cute!! hakhak back to normal lah donk !! Nak gua-gua jgk pergi gua.com lah weyy


*Lama kan tak update blog hehe. Padahal bukannya hidup mengejar waktu seperti dahulu*


Tanggal 1 February 2012, aku dan kawan seperjuangan  Fadila mohd zuki telah mendaftarkan diri sebagai hamba abdi orang rumah (houseman) di Jabatan Pembedahan. Weeee.. dah masuk 3rd posting. Dah jadi senior HO.. wohoho.. Tagging 2 hari je.. Supposed to tag from 7.00am-12.00am tapi, yelah donk, nak tag buat apa lama2, hari pertama kitorang balik kul 10.30pm dan hari ke 2 kul 6.30 dah blah. Tu pun lepak2 kat bilik oncal je dari kul 4pm sbb taktau nak buat apa. Cheh, bajet senior la kan, berani da buat hal. Haha.. masa tagging pun, org mintak tolong buat discaj siap ckp 'mana leh buli taggers'.. pastu bila mintak tolong apa2 ckp 'saya taggers, saya tak tahu apa2' HAHAHA.. siot betul menjawab.. hikhik.. bkn apa, nilah masa aku tak perlu bertanggungjawab, bila dah start in charge patient, aku buatlah dgn hati yg tulus mulus yg penting dpt fulus.. hehe



Alhamdulillah sejak seminggu berada di sini tak pernah kena marah lagi. Mungkin sbb bila bos dgr kita ni 3rd posting, dah percaya sket kan. Dan possible sbb masuk team yg tak bizi dan bos yg amat amat hensem serta berhemah tinggi. Nanti bila dah bertukar team, ibarat masuk mulut naga. Bersedialah hidayah ye... hikhik.. Sepanjang duk sini seminggu, mmg tak bizi langsung. Sini shift BD, iaitu, 7am-7pm, dan 7pm-7am. So, kalau patient tak ramai alamatnya bukan stakat goyang kaki, goyang hospital la jawabnye. Macam hari tu, patient team ada 5 orang je, so kau imanginelah apa aku buat sepanjang hari nak tunggu punch out kul 7pm tu. Letih dah g makan, sembang2, golek2 kat bilik oncal. Hari tu siap kluar makan ngan encik tunang pastu balik hospital utk punch out. Kihkih. Mmg x seswai ah shift kat dept ni. Sblm ni kan aku kat dept MEDICAL ngan ONG yang busy like hell!! Kat medical n OnG tahap stress berada di puncak (mmg betul2 menuju puncak). Tak pernah aku merasa perasaan bergoyang kaki pagi2 sambil tunggu MO ngan Specialist round. Adoii.. xleh ingat kesengsaraan di dua dept tu...Bila ingat balik, rasa tak percaya mcm mana boleh go through that time. Rasa mcm tough gila (emosi la, bukan body).. heheh



Jadi kepada kawan2 yang baru nak habis sekolah perubatan tu, apply la hosp ni. Dan mintaklah dept surgery supaya anda boleh tagging ngan aku. (1st poster tagging 1 minggu). Meh tagging ngan akak yeh, nanti akak ajar ambil darah, pasang branula, off chest tube, pasang CVL, ajar buat discaj, refer kat dept lain, request urgent radiological invstgn dan lain2 lagi hikhik. Anda pasti akan merasakan keseronokan beronok-ronok bekerja.. hehehe
(Sila baca dgn nada nenek kebayan nak bagi epal kat snow white)




Nak tahu apa cerita plg best masa duk sini? hehe.. Ia adalah ketika Sultan Muhammad V dtg melawat sorang patient kat wad 28. Hehe. Patient dia mlawat tu adlh mangsa tembak. Perompak masuk utk merompak pastu tembak makcik tu kena kat bahagian badan sebelah kiri, dan peluru tu tembus keluar balik. Hasben dia kena acu je pistol kat dahi.. Jahat betol nama pun perompak. Beliau mengalami kecederaan kat limpa, tapi tak sampai tahap kena operate. Dalam bahasa yg cerdik sket, dia mengalami Spleen injury grade III for conservative management. Hehe. makcik ni patutnya blh balik hari sabtu tapi terpaksa simpan sehari lagi sbb Tuanku nak dtg tgk hari Ahad tu. Makcik tu kan muka rilek je bila tahu sultan nak g mlawat dia. tak eksaited lagsg. Muka dia seolah2 berkata, hmm, sultan nak tgk aku, ade aku heran, rilek ah beb, coool la..aku kena tembak pun hidup lagi derr.. Eh suka hati aku je bagi skrip kat orang !!  Pagi ahad tu ape lagi puak2 radicare ni bekerja keras la nak membersih dan menghias wad dan laluan tuanku. Habis di lap lampu kipas lantai meja dan tiba2 lantai Lif pun di polish seningga berkilat boleh buat cermin nak betulkan tudung supaya maintain muncung. Agaga. Aku yg kerja hari tu, ekcited plak. tak pasal2 g tunggu tuanku sampai. haha haruslah jakun beb. Semua doktor kena pakai white coat, termasuklah specialist dan ketua jabatan (macam dlm cerita melayu pulak). Kitorang buat barisan di sepanjang pintu wad.. Bila tuanku sampai aku rasa nak nangis. Kenapa dia humble sangat pakai jubah putih ngan kopiah dan slipper biasa je.. uuuuu...humble sangat.. uuuuu..  Ada ke sultan lain nak pakai mcm dia? Takdenye kapet kuning ke merah ke pepel ke hijau kepala itik ke, xde. Rilek je jalan mcm org biasa yg baru balik masjid smayang asar  dan singgah melawat saudara kat ospital je.. huuu



Dah2, dah abis cerita psl sultan, jgn nanes ehh..Hehe..btw, utk mengisi masa lapang ni, aku nak kembangkan bisnes aku la. Banyak sgt masa terluang ni. At least 2 hari seminggu. Dan dah boleh nak follow cerita2 kat TV. Cerita feveret 'Serapah Darah Bulan Madu' , 'Bicara hati' , wahahaha macam makcik2 kan ! Eh chup2, korang tak tahu aku bisnes apa? hmmmm nak kena babap ni.. hehe.. takpe2, tgk previous post dan tunggu next update pasal tu..


Key beb, babai lalim.




p/s: Aisshh.. bila nak masuk elaun shift ni.. tunggakan since October 2011. Dahla tanak bagi elaun oncall.. gasak luuuu.. pihak berwajib, sila ambil tindakan.